Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin January 31, 2018 @ 11:26pm

THE MOST WANTED HIJABISTA DI MALAYSIA

Norhadiani Baharom

Hola to all hijabi dan hijabista in the world! Be proud of yourself kerana esok adalah hari yang indah buat kalian dimana berlangsungnya sambutan World Hijab Day (WHD) kali ke-6.

Acara tahunan bertitik-tolak dari cetusan wanita Muslim di Amerika Syarikat itu membuktikan pemakaian hijab diterima masyarakat dunia apalagi didorong kisah pencapaian hebat wanita Muslim yang menggerunkan dunia!

Bersempena sambutan WHD, Hijab & Heels ingin memberikan ‘highlight’ kepada lima hijabista paling berpengaruh di Malaysia atau lebih dikenali dengan gelaran Instafamous atau Influencer berdasarkan jumlah followers mereka di laman sosial Instagram (IG), yang hampir setanding populariti selebriti! 

Mereka ini bukan saja berjaya menarik perhatian pengusaha butik mahupun produk-produk kecantikan. Bahkan menjana pendapatan 5 ANGKA sebulan! dengan hanya melakukan review produk menerusi IG mahupun live update di facebook.

Lebih hebat dari sebuah kehidupan yang penuh glamor, stail dan cara mereka mengenakan hijab, telah menarik minat ramai wanita muda diluar sana untuk berketrampilan seperti mereka.

  1. Adirasalahudi, 489k Followers

Gadis persis wajah bintang Korea, Song Ji Hyo, ini menduduki carta pertama Instafamous berhijab paling hangat di Malaysia. Siti Nur Adira Salahudi, 21 atau lebih mesra dengan panggilan Adira, dilahirkan kelahiran Kuala Terengganu juga merupakan anak bongsu daripada 4  beradik. Mula menceburi bidang peragaan sejak berusia 19 tahun, pelajar jurusan Diploma Kreatif Skrin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam ini, menggunakan popularitinya dengan membina empayar  pakaian jenama sendiri iaitu kebaya wrap, inner lace scarf dan terbaru kanta lengkap eyesofadira.

2. Tasnimshah_ 426K Followers

Berbintang Gemini dan berusia 20, baru menamatkan pengajian asasi undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), menjadi influencer produk kecantikan dan penggayaan baju sejak Julai 2015. Memiliki produk  kosmetiknya iaitu Tasnim Shah Cosmetic, gadis berwawasan ini bercita-cita untuk menjadi peguam dan usahawanita berjaya.

3. _myrazainal, 337K Followers

Sweet 17 Myra, siapa menyangka diusia muda  dia beejaya menjana pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan. Tidak bersandarkan status  anak Dato’ semata-mata, gadis yang mempunyai 9 adik beradik ini mengusahakan jenama hijabnya sendiri iaitu  ‘impatienscarves’ dengan menggunakan wang  hasil pendapatannya sebagai model di dunia maya. 

4. Sharifahrose_ , 298K Followers

Populariti di Instagram membawa tuah kepada Sharifah Rose Syed. Mohd. Mazfira, 19 tahun. Sejak popular di laman sosial, gadis cantik ini dihujani tawaran menjadi model oleh beberapa jenama fesyen ternama tempatan. Selain rupa paras komersial, anak kelahiran Selangor ini mempunyai bakat dalam bidang lakonan..

5. nrdhyh, 239K Followers

Membuka akaun Instagram tiga tahun lalu, gadis berusia 18 tahun ini tidak pernah terbayangkan dirinya akan menjadi terkenal. Menjadikan Bella Hadid sebagai idolanya, Nurdahiyah berasal dari Kuala Lumpur mula popular selepas melakukan beberapa reviu di laman instagramnya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Jul 2025

“Semua Lari Bertempiaran Macam Lipas Kena Spray” – Uyaina Arshad

Uyaina tampil mendedahkan netizen kaki buli akhirnya padam komen.

Featured Wed, 26 Nov 2025

Nidji X Bunkface Bergabung Gegarkan Nusa Fest 2025

Pentas Megastar Arena pastinya gamat dengan dua nama besar ini!!!

Featured Fri, 8 Jun 2018

Wanita Ini Melukis Potret Penuh ‘Bling’ Dengan Menggunakan Serbuk Glitter! Lihat Caranya

Nampak macam susah, tapi kalau anda pandai pilih warna shading mungkin senang.

Featured Fri, 26 Sep 2025

Netizen Pertikai Tindakan Linda Rafar Perlekeh ‘Tittle’ & Individu Jual Selipar – “Level Ni Je Cara Dia Handle Teguran Orang?”

Kapsyen yang ditulis Linda tidak selari dengan foto yang dimuat naik kerana ia seperti membuka aib nya sendiri.

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Featured Wed, 5 Nov 2025

Tuduhan Tak Ambil Peduli Isu Palestin, Zizi Kirana Backup Faizal Tahir – “Siapa Cakap Macam Tu Dia Geng Isr**l”

Zizi Kirana tampil bersuara dan mempertahankan Faizal apabila memuat naik kenyataan di platform sama.

Featured Fri, 5 Apr 2024
error: Content is protected !!