Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 6, 2018 @ 7:01pm

Tip Elak Cemburui Kebahagiaan Orang Lain

Siapa sahaja yang boleh menafikan impak negatif cemburu yang antaranya boleh mengundang tekanan, menyekat kebebasan, menjurus ketidakpuashatian dan seterusnya menyebabkan individu membuat sesuatu tidak terjangka.

Tibalah masa membebaskan diri daripada belenggu iri yang boleh menjadi penyakit hati di akhirnya, tapi bagaimana ya?

1. Tumpukan kepada sisi positif diri

Salah satu punca utama cemburu adalah kita memandang enteng kurniaan diberi. Sedari dan hargai segala yang anda miliki. Hidup ini terlalu bermakna untuk mengikut acuan orang lain. Nikmat yang tidak terhitung banyaknya perlu anda ingatkan kembali.

2. Tiada siapa punya segalanya

Membandingkan hidup dengan orang lain akan berakhir dengan penyesalan dan rasa tidak bersyukur. Akan sentiasa ada orang yang punya banyak kelebihan berbanding kita. Untuk elak semua ini, lihat kekurangan dirinya juga dan bukan sisi bahagianya semata.

3. Elakkan negativiti

Jika anda banyak habiskan masa dengan mereka yang banyak merungut perihal semua benda, anda akan turut terpengaruh melihat keburukan dalam semua sudut. Elakkan diri anda dari mereka, jauhi daripada berbual dan jangan ikut mereka di laman sosial untuk menarik anda sama ke perlakuan sama.

4. Raikan kejayaan orang lain

Bila orang mendapat apa yang anda idamkan, raikan kegembiraan mereka bersama. Jangan melihat semua benda sebagai satu pertandingan. Apabila anda boleh berbahagia dengan kejayaan orang lain, anda setapak lebih maju untuk mengelakkan cemburu.

5. Bermurah hati

Walaupun rasa terpaksa di awalnya, tabiat banyak memberi, bersedekah dan membuat kerja amal akan memberi kepuasan di pengakhirannya. Kepuasan apabila melihat orang yang dibantu tersenyum bahagia akan perlahan-lahan mengikis iri hati yang merasuk dalam diri.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 31 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 29 May 2018

Ikuti 5 Cara Ini Agar Kulit Wajah Kekal Hidrat Sepanjang Bulan Ramadan

Kulit wajah juga harus dijaga sepajang bulan Ramadan ini.

Featured Sun, 7 Oct 2018

Jika Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir, 5 Perkara Ini Wajib Anda Buat!

Jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda jika terperangkap dalam banjir.

Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 25 Sep 2018
Gaya Hidup Thu, 19 Dec 2019
Gaya Hidup Fri, 27 Jul 2018
Featured Thu, 10 May 2018

Susu Emas Minuman Berkhasiat Yang Versatil Dan Resipinya Boleh Dipelbagaikan

Perihal minuman kecantikan yang satu ini iaitu susu emas pernah tular kerana bukan saja warna keemasannya yang menggoda selera tetapi juga khasiat yang terdapat di dalamnya.

error: Content is protected !!