Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom March 7, 2018 @ 4:29pm

Mahu Rasai Penginapan Mewah Seperti Bercuti Di Bali? Jom Ke Aman Rimba Janda Baik!

Belumpun sempat mata terlelap, gara-gara terlarut dek kehijauan pemandangan menghiasi kiri dan kanan Kuala Lumpur-Karak Highway (KLK),  kami selamat tiba ke destinasi yang di tuju.
 
Terpegun dan terpesona, perasaan yang  terlahir jujur saat menjejakkan kaki di perkarangan Aman Rimba Private Estate, terletak di  Janda Baik, yang mengambil masa cuma 50 minit perjalanan.
 

www.instagram.com/amanrimbajandabaik

Kehadiran kami disambut dengan senyuman oleh pihak pengurusan resort berkenaan diketuai Pengurus Aman  Rimba, Ashari Shuib yang turut ditemani pembantunya, Iskandar Dzulkarnain, Hapiz dan Zaen. Kami turut diberikan jus kiwi sebagai minuman penyejuk badan.

Berlatarkan suasana kampung, selain turut menonjolkan sentuhan kontemporari, resort berkeluasan 3 ekar itu, terletak berdepan dengan aliran sungai air terjun Ulu Tempik. 
 

www.instagram.com/amanrimbajandabaik

 
“Sebenarnya pemilik tidak pernah merancang Aman Rimba dijadikan perniagaan, sebalik kediaman rehat atau rumah persinggahan khusus untuk keluarga dan kawan-kawan terdekat.
 
“Tetapi setelah beberapa ketika ada diantara kawan beliau memohon untuk membawa keluarga juga staff mereka untuk bercuti atau mengadakan program latihan sekaligus menawarkan bayaran berbentuk sewaan, pemilik Aman Rimba tidak menetapkan sebarang bayaran kerana pada masa itu Aman Rimba tidak mempunyai sebarang rate card.
 

www.instagram.com/amanrimbajandabaik/

  
“Biasanya penyewa terdiri daripada rakan-rakan pemilik memberi bayaran sebagai saguhati. Lama-kelamaan Aman Rimba menjadi bualan ramai, sehingga ramai yang bertanya untuk menjadikan ia lokasi Hari Keluarga bagi syarikat-syarikat termasuk percutian keluarga.
 
“Bertitik-tolak dari situlah, timbul idea untuk menjadikan Aman Rimba sebagai satu entiti perniagaan sejak enam tahun lalu,” katanya.
 

www.instagram.com/amanrimbajandabaik/

 
Membangunkan resort itu secara berperingkat, ilham rekaan datang daripada pemiliknya sendiri yakni beliau sendiri yang memilih tukang, bahan serta rekaan nya.
 
Setiap villa menjanjikan ‘feel’ yang berbeza dari sudut rekaan. Dari reka bentuk rumah tradisional Melayu sehinggalah kotemporari. Sementara lanskap dan setting pula bercirikan tropikal dan ala Bali.
 

www.instagram.com/amanrimbajandabaik/

 
“Sebagai orang Melayu sudah tentu tradisi Melayu di utamakan. Keunikan seni rekaan rumah Melayu tidak kurang hebatnya dari rekaan moden. Malah ciri authentic yang melambangkan identiti masyarakat lebih digemari pelancong lebih-lebih lagi pengunjung dari negara luar.
 
“Rumah Sireh misalnya, menggunakan 100% kayu keras tempatan sebagai bahan binaan utama iaitu chengal dan balau. Manakala atap genting diambil dari tumpat Kelantan,” katanya.
 

www.instagram.com/amanrimbajandabaik/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 16 Aug 2019

Pernah ditipu secara ‘online?’ Ini apa yang anda perlu buat & cara pencegahan

Tahap kesedaran warga Malaysia nampaknya masih rendah.

Featured Sun, 31 May 2020
Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Gaya Hidup Thu, 11 Apr 2019
Featured Thu, 23 Aug 2018

Jambu Air Bukan Saja Sedap, Malah Ada Khasiat Tersembunyi Yang Anda Tak Tahu

Vitamin C dan A yang terkandung dalam buah jambu air adalah sebagai sumber zat untuk mencantikkan kulit.

Gaya Hidup Wed, 6 Apr 2022

Philips Steam Generator Jamin Tiada Kesan Bakar Pada Pakaian

Kerja menggosok pakaian bukanlah kegemaran semua. Lebih-lebih lagi ketika mengejar masa untuk ke tempat kerja, menggosok baju yang banyak kedutan memerlukan masa lebih lama. Membantu rakyat Malaysia menyelesaikan tugas menggosok baju penuh gaya, Philips memperkenalkan […]

Gaya Hidup Fri, 5 Apr 2019

4 selebriti ini membuktikan mereka ‘wanita besi’ dengan menjalani pembedahan C-Section!

April adalah bulan menghargai wanita yang menjalani C-Section.

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Perkahwinan Berkonsepkan Taman Atau Di Waktu Malam Memang Romantis Tapi…

Meskipun resepsi yang dilatari hutan hijau dan disemarakkan dengan bunyian unggas kedengaran sungguh mengasyikkan, realitinya, sungguh mengejutkan.

Featured Thu, 9 Aug 2018
Featured Mon, 18 Mar 2019
error: Content is protected !!