Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops August 16, 2019 @ 10:00am

Pernah ditipu secara ‘online?’ Ini apa yang anda perlu buat & cara pencegahan

Bagi anda yang sudah lama menggunakan wadah media sosial atau Internet, pasti anda tahu mengenai pelbagai jenis penipuan atas talian yang sering berlaku.

Perkataan yang selalu digunakan untuk menggambarkan situasi jenayah ini ialah ‘scam.’

Bayangkan situasi ini, anda tiba-tiba mendapat mesej atau emel yang mengatakan anda telah memenangi hadiah yang lumayan. Ataupun, anda dihadiahkan wang berjumlah berjuta-juta ringgit, tanpa sebab yang munasabah.

Ataupun, seseorang yang anda tidak kenali tiba-tiba menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Ataupun, tiba-tiba anda didatangi seorang jejaka kacak dan kaya yang ingin mengenali diri anda di laman media sosial.

Jika anda melayannya, kebiasaannya ia akan berakhir dengan kehilangan wang. Janji-janji manis tadi langsung tidak kelihatan.

Pernahkah anda mengalami semua ini? Jika anda terpikat dengan tawaran sebegini, hati-hati. Keinginan anda sedang dieksploitasi!

Kes-kes scam ini mula menyerang warga Malaysia beberapa tahun lalu, tetapi malangnya sehingga kini masih ada antara kita yang menjadi mangsa.

Foto: The Economic Times

Tahap kesedaran warga Malaysia masih rendah

Menurut Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) di bawah Cyber Security Malaysia (CSM), sejak 2008, dalam banyak jenis jenayah siber, penipuan siber ialah insiden yang paling banyak dilaporkan.

Ini menunjukkan tahap kesedaran terhadap hal ini dalam kalangan pengguna Internet di negara ini masih rendah.

Sebanyak 3,127 kes penipuan siber dilaporkan kepada MyCERT di antara Januari dan Julai tahun ini. Tahun lepas, jumlahnya mencecah 5,123 kes!

Antara kes penipuan siber yang sering dilaporkan melibatkan penipuan dalam urus niaga barangan secara online, penipuan loteri, penipuan pekerjaan, Nigerian scam, love scam dan memancing data (phishing).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Amirudin Abdul Wahab, penjenayah siber rata-ratanya telah dilatih untuk mengendalikan psikologi manusia.

“Mereka sebenarnya mahir dalam memanipulasi orang hingga mangsa ini melakukan sesuatu perkara yang mereka ingini ataupun mendedahkan maklumat sulit,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Foto: CSO

Tip elak daripada menjadi mangsa penipuan

1. Jangan update status yang mengatakan anda sedih kerana kesunyian, ataupun anda tengah atau terdesak untuk mencari pasangan hidup.

2. Fikir dua tiga kali sebelum menerima Friend Request daripada sesiapa yang anda langsung tidak kenal ataupun tidak berapa kenal.

3. Jangan terpedaya dengan sebarang pujuk rayu, pujian atau hadiah yang ditawarkan oleh rakan media sosial.

4. Jika ‘rakan’ anda ini berkata dia berpangkat atau berdarjat tinggi ataupun kaya-raya (apa sahaja yang berbunyi indah), jangan percaya serta-merta.

5. Hentikan sebarang jenis komunikasi yang melibatkan wang, terutamanya jumlah yang banyak.

6. Sebelum membuat pembelian secara online, periksa dulu testimoni terhadap si penjual. Periksa sama ada penjual itu bertauliah dan boleh dipercayai atau tidak.

7. Lakukan transaksi wang tunai jika boleh. Simpan rekod komunikasi anda dengan penjual dan sebarang transaksi kewangan.

8. Elak membeli barang yang memerlukan deposit.

9. Pastikan perkhidmatan pembayaran menawarkan ciri-ciri keselamatan yang mengikut piawaian tempatan dan antarabangsa.

Langkah jika menjadi mangsa

Buat laporan kepada Pusat Bantuan Cyber999, sebuah perkhidmatan awam yang menawarkan respons terhadap kecemasan berkaitan dengan keselamatan komputer.

Semua insiden yang melibatkan jenayah siber boleh dilaporkan dengan cara berikut:

  • Borang
  • Telefon: 1-300-88-2999 atau 019-2665850 (talian bantuan kecemasan 24-jam)
  • Aplikasi mudah alih Cyber999
  • Faks: 03-80087000
  • SMS: CYBER999 REPORT (e-mel)(laporan) ke 15888
  • E-mel: [email protected]
  • Lawat MyCyberSecurity Clinicwww.cybersecurityclinic.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 23 Sep 2019

10 buah untuk kulit cantik

Guna bahan semula jadi

Featured Tue, 26 Jun 2018

Pening Kepala Sebab Pokai Beraya? Ini Tip Untuk Tebalkan Kembali Dompet Anda

Mulalah tertanya-tanya, cukup ke duit yang ada untuk survive?

Gaya Hidup Fri, 30 Mar 2018

Perghh Lawa Betul Ais Krim Kat Kafe Ini. Nak Makan Pun Sayang

Warga Lembah Klang yang suka tangkap gambar makanan untuk dimuatnaik di Instagram, ada berita baik untuk anda!

Featured Thu, 18 Oct 2018
Gaya Hidup Wed, 21 Nov 2018

14 Foto Haiwan Lucu Yang Memenangi Comedy Wildlife Photography Awards

Tak sangka haiwan-haiwan liar boleh jadi kelakar macam ini.

Gaya Hidup Mon, 5 Mar 2018

6 Jenis Makanan Ini Membantu Hindari Kanser, Korang Boleh Amalkan Dari Sekarang!

Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua orang. Ramai yang masih lagi tidak tahu bahawa pemakanan merupakan aspek utama yang perlu dijaga agar kita terhindar daripada penyakit-penyakit yang merbahaya ni!

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

5 Cara Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit memang menjengkelkan ramai wanita kerana ia membuatkan penampilan kelihatan kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika ingin mengenakan busana yang mengikut bentuk badan. Selain itu, perut buncit juga menimbulkan rasa kurang selesa apabila perlu duduk […]

Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Ketahui 5 Personaliti Berdasarkan Coklat Kegemaran Anda

Bagi anda yang suka coklat susu, anda adalah seorang yang bijak dan suka menjadi pusat perhatian.

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Hidangan Bajet Di Kelate Kitchen, Sedap ‘Boh’!

Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan unik dan sedap yang boleh kita cuba. Setiap negeri mesti ada makanan yang popular yang perlu korang test! Salah satunya adalah di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Bagi mereka yang berasal dari negeri Kelantan pastinya sudah biasa dengan aneka makanan tradisional mereka, tetapi bagi korang yang bukan anak jati Kelantan ni mesti kena rasa tau!

Gaya Hidup Fri, 18 Jan 2019

Kisah ‘Mowgli’ Malaysia buat dunia terpukau, tahniah!

Kasih-sayang dan hormat-menghormati kunci kepada mesej foto ini.

error: Content is protected !!