Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 15, 2018 @ 2:26pm

Jangan Sedap Makan Saja! Ini 5 Jenis Bahan Makanan Lazim Yang Boleh Menambahkan Risiko Kanser

Pada masa kini, kanser adalah salah satu pembunuh utama di Malaysia selain serangan jantung dan kemalangan. Jika dulu ada yang menganggap keturunan atau pencemaran di sekeliling kita seperti asap rokok merupakan ancaman utama kepada kanser, tapi sekarang situasi telah berubah. Semakin moden dunia kita hari ini, semakin bertambah penyebab yang boleh mengakibatkan kanser, termasuklah apa yang kita makan setiap hari.

Jom tengok apa jenis bahan makanan yang kita biasa nikmati, tapi berisiko mengakibatkan kanser.

1. Daging merah

wikimedia.com

Nikmatnya kalau dapat makan roast beef atau lamb chop! Tapi awas! Ia telah dibuktikan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti dan darah tinggi. Lama-kelamaan, penyakit ini ada potensi untuk menjadi kanser.

2. Tomato dalam tin

www.safebee.com

Canned tomatoes ini lebih murah, mudah dan ringkas untuk dipakai dari tomato biasa. Tak payah basuh, kisar atau potong; campak saja ke dalam periuk. Tapi walaupun ia mempunyai banyak kelebihan, tin yang digunakan itu sebenarnya mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Tomato dalam tin secara tak langsung memang tak elok dimakan, lebih-lebih lagi apabila ia dimasak.

3. Minyak sayuran

Pixnio.com

Bukan semua minyak sayuran merbahaya, melainkan minyak kanola dan minyak yang pernah dipakai. Minyak kanola mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan kanser, sementara minyak yang terpakai akan menjadi toksik. Itu sebabnya minyak yang anda pakai untuk menggoreng sesuatu makanan tu tak elok untuk dipakai semula.

4. Ikan salmon yang diternak

Ikan salmon adalah satu sumber asid lemak Omega-3 yang berkhasiat. Tetapi anda perlu tahu, salmon yang bagus untuk dimakan ialah yang organik dan ditangkap dari laut, bukan jenis yang diternak. Farmed salmon ni diternak dalam kurungan dan diberi makanan berisi bahan kimia yang badan mereka tak dapat nak cerna. Jadi tak kiralah sebaik mana salmon ni dimasak sekalipun. Ia masih terdedah kepada bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan setelah dimakan.

5. Microwaveable popcorn

www.flickr.com

Bertih jagung yang dijual di panggung wayang tu mahal sangat! Kalau dah teringin tu, beli saja popcorn yang anda boleh “pop” sendiri dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Tapi anda mesti tahu bahawa ­radiasi yang datang dari microwave tu memang menyebabkan kanser. Jangan risau, anda masih boleh “masak” bertih jagung tu dalam periuk biasa di atas api.

Memanglah kita makan untuk hidup tapi perlulah berpada-pada dan pilih yang mana yang sihat. 

Sumber: Curiousmob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 3 Oct 2018

5 Cara Terbaik Untuk Lupakan Kekasih Lama Selepas Breakup

Kalau lama-lama merana, kualiti hidup anda akan terjejas.

familuv Wed, 14 Dec 2022

“Tipulah Kalau Tiada Masalah Dalam Keluarga” – Pesanan Aisyah Habshee Curi Tumpuan Warganet

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan institusi keluarga yang kurang kesefahaman @americano______ #aisyahhabshee #life #foryourpage #maryammuhsin ♬ original sound – radittt Aisyah memberitahu mustahil jika sebuah […]

Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Tue, 4 Jun 2019

Figura Lebaran 2019: Berhabis RM40,000 untuk Lebaran – Noryn Aziz

Pernah kumpul duit raya lebih RM1,000, wow!

Featured Fri, 29 May 2020
Gaya Hidup Fri, 16 Aug 2019

Pernah ditipu secara ‘online?’ Ini apa yang anda perlu buat & cara pencegahan

Tahap kesedaran warga Malaysia nampaknya masih rendah.

Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini

Gaya Hidup Mon, 5 Mar 2018

6 Jenis Makanan Ini Membantu Hindari Kanser, Korang Boleh Amalkan Dari Sekarang!

Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua orang. Ramai yang masih lagi tidak tahu bahawa pemakanan merupakan aspek utama yang perlu dijaga agar kita terhindar daripada penyakit-penyakit yang merbahaya ni!

Featured Tue, 19 May 2020
Gaya Hidup Tue, 31 Jul 2018

8 Cara Cool Hilangkan Sunburn Di Muka

Mereka yang berkulit cerah lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap

error: Content is protected !!