Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin March 13, 2018 @ 10:39am

5 Cara Jaga Karpet Agar Bebas Daripada Hama

Karpet merupakan antara elemen pelengkap dekorasi bagi setiap rumah. Selain fungsinya bagi mengelakkan tapak kaki kedinginan, karpet juga merupakan penyeri rumah. Lawa memang lawa, tapi bukan mudah nak jaga karpet ini. 

Lebih teruk jika tidak dijaga dengan betul, ia akan menjadi sarang pembiakan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit dan alergik tau! Bukan itu saja, karpet juga akan berbau dan akan menimbulkan suasana yang tidak selesa.

Foto : Carpet Direct

Ini antara tips yang anda boleh lakukan untuk memastikan karpet kekal bersih dan bebas hama.

1. Anda perlu gulung atau hamparkan kain bersih di atas permaidani setiap kali hendak masuk tidur atau sewaktu hendak meninggalkan rumah. Ia bagi menjaga kebersihan permukaan karpet yang mudah memerangkap habuk.

Foto : Vijesti Online

2. Gunakan vakum untuk menyedut segala debu dan kotoran kecil setiap kali membersihkan karpet. Anda boleh melakukan pembersihan vakum ini sebanyak 2 kali seminggu. 

Foto : Dreamstime

3. Jemur karpet di bawah panas terik matahari selama beberapa jam sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Ini bagi mencegah pembiakan hama pada bulu karpet.

Foto : Cara Bu Az

4. Gunting hujung benang yang terkeluar jika terdapat jahitan benang atau bulu karpet yang tercabut. Jangan ditarik kerana ini boleh menyebabkan keseluruhan benang tanggal.

Foto : Ali Express

5. Sekirannya anda mempunyai karpet yang mahal dan berkualiti, penjagaan yang teliti harus dilakukan. Anda perlu memastikan karpet tersebut dibersihkan dan dikeringkan sebelum digulung dan dibalut dengan kertas berwarna coklat untuk disimpan. Tutup bahagian gulungan tersebut supaya tidak dimasuki habuk dan serangga. Simpan di tempat gelap dan berudara.

Foto : Clark

6. Ataupun cara yang paling selamat, anda boleh hantar ke dobi untuk cucian karpet. Biasanya, mereka mempunyai sabun khas untuk menghapuskan kuman dan bakteria. 

Oleh itu, anda perlu menjadikan aktiviti pembersihan karpet ini sebagai rutin setiap minggu okay! Barulah bersih dan selesa untuk berehat dekat rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Kumpulan Media Karangkraf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 10 Jan 2018

Rahsia Power Nap

Setiap kali berasa letih atau mengantuk pada waktu tengah hari, pasti ramai yang memilih untuk bergantung pada kafein bagi mengatasi masalah tersebut. Namun, tahukah anda tidur sekejap atau power nap merupakan cara paling berkesan untuk […]

Featured Thu, 12 May 2022
Featured Tue, 21 Aug 2018

Beli Sekeping Pizza Dari Mesin Layan Diri Sahaja. Maju Betul Negara Jepun!

Penghasilan pizza mesin ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja!

Featured Tue, 12 Feb 2019

Mengenakan bengkung sambil melakukan senaman tarian, berpeluh sakan dibuatnya!

Wow! peserta lelaki dan Erul AF pun ber’salsation’ sambil berbengkung? Terujanya!

Gaya Hidup Wed, 9 Oct 2019

Dituduh menunjuk-nunjuk kekayaan, Kylie Jenner padam foto kereta mewahnya

Komen orang ramai di Instagramnya pedas-pedas belaka!

Featured Fri, 10 May 2019

Halima Aden cipta sejarah sebagai model Muslim pertama yang memakai burkini untuk majalah Sports Illustrated

Sebelum ini, isu ‘Swimsuit” majalah ini hanya menampilkan wanita dalam baju renang yang seksi!

Gaya Hidup Tue, 22 Jan 2019
Gaya Hidup Fri, 15 Mar 2019

Pengebumian suku Toraja di Indonesia ambil masa lama, sanggup tidur dengan mayat

Semakin kaya si mati, maka lebih lama proses pengebumian berlangsung.

Gaya Hidup Wed, 6 Mar 2019
error: Content is protected !!