Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin September 26, 2022 @ 6:12pm

Pertama Kali Di Malaysia, Rizman Ruzaini Kumpul 50 Jelitawan Untuk…

Bukan di London ataupun New York tetapi Bukit Bintang, itu sejarah yang tercipta baru-baru ini apabila jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini membuat kejutan melalui perarakan fesyen di lokasi tumpuan pelancong itu.

Mengumpulkan 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial. Apa yang cukup mencuri tumpuan bagaimana kesemua mereka ini mengenakan pakaian Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.

Menurut Rizman walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama Kuala Lumpur menyaksikan acara yang cukup berprestij ini.

“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.

“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,” katanya.

Sementara itu, menuju ke sasaran jualan RM10 juta untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu Basic Tote Beg. Jelas Rizman melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.

Malah lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui rizmanruzaini.my

“Melihat sambutan yang diterima  tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.

“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,” katanya.

Sementara itu menurut Rizman walaupun ada beberapa warna yang sudah habis dijual, namun pihaknya akan berusaha untuk menambah stok beg melalui warna pilihan sedikit masa lagi.

Jelasnya melalui perancangan perniagaan yang dibuat pihaknya menjadi harapan agar semua produk Rizman Ruzaini dapat dinikmati semua golongan dengan harga mampu milik.

Sementara itu melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.

“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.

“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membukan sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Feb 2020
Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

Beri Pendedahan Tentang Anatomi Di Awal Usia, Sheikh Muszaphar Harap Anak Jadi Doktor

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipuji warganet kerana mengajar anak-anaknya yang masih kecil berkenaan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh manusia. @drsheikhmuszaphar #doctors ♬ Bara Bara Bere Bere – Gino Debugati Menerusi perkongsian […]

Gaya Hidup Thu, 18 Oct 2018

10 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kopi

100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Malu Miss V Berbau? Atasi Dengan Tip Ini

Jika bau busuk semakin teruk, ia adalah satu tanda yang tidak baik dan boleh menyebabkan masalah yang serius.

Gaya Hidup Sat, 10 Nov 2018
Featured Fri, 12 Jun 2020
Gaya Hidup Fri, 16 Oct 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial. Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan […]

Gaya Hidup Wed, 24 Oct 2018

5 Benda Di Pejabat Anda Yang Ada Kuman Paling Banyak

Lepas membaca artikel ini anda pasti akan lebih gunakan hand sanitizer.

Featured Fri, 3 Apr 2020

Salsabila jual aneka kuih tradisional Melayu di Belanda

Anak jati Pontian sedia khidmat makanan halal

Gaya Hidup Tue, 23 Jan 2018

Magis Alam di MaxOne Hotel Ubud

Jika merancang bercuti ke Bali dan ingin menginap di daerah Ubud yang kurang hiruk-pikuk kota, apa kata anda memilih Max One Hotel Ubud yang terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali.

error: Content is protected !!