Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom February 23, 2018 @ 3:24pm

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Detik manis yang membanggakan itu tambah bererti apabila ”living legend supermodel’, Tinie atau nama sebenarnya, Hartini Yasin, yang cukup terkenal dengan identiti berambut pendek diberi penghormatan sebagai ‘muse’  di pentas ‘runaway’ yang disertai model antarabangsa.

Bercakap mengenai  pertunjukan fesyen itu, Fatimah, 43 tahun, satu-satunya pereka fesyen Singapura yang diundang untuk mengambil bahagian dalam LMFW yang berlangsung  di Rumah Victoria, Bloomsbury Square, London.

“Ini satu perjalanan yang menakjubkan bagi saya dan pasukan saya. Saya berbangga dapat mempamerkan koleksi pakaian saya di London.

“Malah berasa sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan (syarikat perhubungan awam) 160 Works dan pasukan LMFW yang berkongsi visi yang sama untuk menjadikan fesyen sopan sebagai satu perkongsian yang penting baik bagi jenama baru mahupun yang sudah lama bertapak,” katanya.

Sepanjang dua hari berlangsungnya LMFW, telah memberikan Fatimah semangat baru untuk terus maju dan mencipta lebih banyak pencapaian baru pada masa akan datang. Bahkan dia amat menyakini industri pakaian sopan  boleh berkembang dengan lebih pesat lagi.

LMFW yang diasaskan tahun lalu oleh  peruncit fesyen sopan dalam talian Haute Elan , merupakan platform bagi pereka fesyen baru dari serata dunia memperkenalkan fesyen mereka di pentas antarabangsa.

Pada acara berprestij itu, 14 koleksi busana yang dipamerkan Fatimah Mohsin  merangkumi gaun petang dan pakaian pengantin yang dihiasi elegan dengan les, sifon sutera bagi menyerlahkan lagi pesona setiap pakaian.

Penampilan busana sedemikian membezakan Fatimah daripada pereka fesyen lain yang kebanyakannya mengetengahkan gaya pakaian siap pakai.

Terdahulu, Fatimah pernah terbabit dalam  beberapa pertunjukan fesyen di sekitar Asia termasuk terlibat dalam Minggu Fesyen Sopan Tokya di Jepun.

Selain dijangka melancarkan jenamanya di Kuala Lumpur pada suku pertama tahun ini sekaligus mempunyai perancangan  menembusi pasaran Timur Tengah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 11 Feb 2019

Lady Gaga begemerlapan dengan aksesori berlian lebih 100 karat di Grammy Awards

Sesuailah dengan tahap popularitinya sebagai seorang selebriti.

Oh Lawa Fri, 13 Jul 2018
Oh Lawa Tue, 13 Aug 2019

Sebut kemenyan pun sudah seram, apatah lagi sapu di muka, agak-agak berani tak?

Pati kemenyan mempunyai ciri-ciri antiseptik, berupaya membaiki kulit wajah.

Featured Thu, 22 Aug 2019

Manfaat teh hijau untuk kulit

Senangnya nak cantik!

Featured Thu, 14 Feb 2019
Featured Tue, 19 May 2020
Oh Lawa Fri, 11 Jan 2019

Lady Gaga attends a formal event… carrying a ball of feathers as her accessory?

Well, she’s always been skilled at turning heads but what is that thing?

error: Content is protected !!