Parenting By: tex_admin March 16, 2018 @ 3:16pm

Harga Lampin Pakai Buang Mahal. Ini Cara Mudah & Cepat Ajar Anak Untuk Bebas Lampin.

Setiap ibu yang ingin melahirkan anak pasti akan membuat persiapan dengan membeli pelbagai barangan bayi termasuklah diapers atau lamping pakai buang. Diapers antara barangan keperluan bayi yang sangat penting dan perlu ada bagi memudahkan urusan bayi ke bilik air. 

Walaupun diapers ini memudahkan para ibu, anda juga perlu bijak melatih anak untuk tidak memakai diapers lagi apabila telah mencapai usia 3 tahun. Hal ini kerana, anak pada usia ini sudah boleh bercakap dan sebaiknya anda melatih mereka supaya tidak memakai diapers. Berbicara dengan anak anda sebab-sebab munasabah mengapa mereka perlu tidak memakai diapers lagi, anak anda mesti akan paham!

Foto : Vitadamamma

Anda mesti terfikir untuk mengajar anak tidak memakai diapers merupakan perkara yang sukar kan? Untuk pengetahuan anda, proses ini merupakan salah satu proses dalam perkembangan kanak-kanak untuk membersar, ada yang anak hampir lima tahun masih memakai diapers dan ada juga yang seawal usia dua tahun sudah bersedia untuk ke tandas sendiri. Sebenarnya untuk melatih anak untuk proses ini memerlukan kesabaran yang tinggi ya khususnya daripada ibu bapa! Jom, kita baca tips yang diberikan oleh ‘Baby Buddies’ dengan tiga tips dan satu praktikal khas untuk anda.

Training Selama 3 Hari

Mulakan fasa training selama 3 hari, dan digalakkan pada waktu 3 hari ini anda tidak keluar ke mana-mana atau travel. Cara ini adalah sepenuhnya tak pakai diapers langsung sepanjang masa, waktu siang, malam dan waktu tidur. Ini kerana bagi memudahkan anak lebih memahami yang dia dah tak pakai diapers dan tak nak anak confuse! Anda juga dinasihatkan untuk menggulung semua karpet dan tikar yang ada dekat rumah, kemudian sediakan plastik vinyl (macam alas meja makan) untuk alas tempat tidurnya. Boleh juga beli cadar yang waterproof.

1. Training Hari Pertama

Bawa anak ke tandas setiap 15 minit. Minta mereka duduk mencangkung atau duduk di potty mereka jika menggunakan potty. Minta mereka kencing dan tunggu 4-5 minit. Anak kebiasaannya belum faham isyarat badan mereka bila mahu buang air kecil atau besar. Proses ini akan bantu mereka untuk faham.

Jika anak ada buang air kecil atau besar jelaskan kepada mereka tentang perkara tersebut. Puji mereka bila mereka berjaya buang air kecil atau besar. Jika anak anda tidak buang air kecil atau besar, maklumkan seperti “Ok. Adik tak dapat nak buang air lagi ya, takpe, next time kita buang air ya.”

Kemudian, basuh kemaluan mereka, basuh tangan mereka dan basuh kaki mereka. Ulang semua steps ini setiap kali bawa mereka ke tandas.

Pada waktu malam, sebelum tidur bawa mereka ke tandas dan minta mereka membuang air kecil. Ulang steps selepas membuang air kecil.

Kejutkan mereka maksimum 2 kali untuk buang air kecil di tengah malam atau awal pagi. Lama-lama anda akan perasan anak akan pandai untuk buang air kecil waktu malam sama seperti orang dewasa.

Pastikan anda tidak memarahi anak sekiranya mereka terbuang air kecil dengan tidak sengaja. Ingat ya, mereka dalam proses training! Anda juga tidak perlu mengurangkan air minuman mereka pada setiap hari. Biarkan keadaan seperti normal kerana mereka perlu belajar dalam real situation.

2. Training Hari Kedua

Bawa anak ke tandas untuk buang air kecil atau besar setiap 30 minit. Ulang seperti hari pertama.

3. Training Hari Ketiga

Pada hari ketiga biasanya anak sudah mula tunjuk hint yang mereka sudah sedikit demi sedikit memahami bahasa badan mereka. Kadar bagi mereka untuk terbuang air kecil dengan tidak sengaja akan semakin berkurangan dan mereka akan mula memaklumkan atau memberi isyarat yang mereka nak buang air kecil atau besar.

Praktikal 1 Hingga 2 Minggu

Proses praktikal ini lebih santai apabila anda sudah tidak perlu membawa anak ke tandas secara rutin, anda boleh bawa mereka ke tandas apabila merasakan sudah lama mereka tidak membuang air kecil atau besar. Tetapi lebih baik bagi mereka masa untuk belajar untuk memaklumkan kepada anda apabila mereka nak buang air kecil atau besar.

Please bear in mind ya, anak lebih mudah untuk belajar memahami tentang buang air kecil kerana prosesnya lebih banyak kali mereka tempuhi dalam sehari berbanding buang air besar.

Please bear in mind juga, anak lebih mudah untuk free diapers pada waktu siang berbanding malam, kerana sewaktu tidur mereka terkadang tak perasan isyarat badan mereka bila mahu membuang air kecil.

Kepada para ibu bapa, jom try tips ini! Pasti akan menjimatkan anda, tak perlu lagi nak beli diapers anak sebab mereka dah pandai pergi tandas sendiri untuk membuang air kecil atau besar. Selamat mencuba!

Sumber: Baby Buddies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Mon, 11 Jun 2018

5 Cara Semulajadi Untuk Sembuhkan Gigitan Nyamuk Pada Anak Anda

Tidak perlu beli ubat untuk rawat gigitan nyamuk, gunakan sahaja bahan semulajadi ini. Berkesan!

Featured Sat, 28 Sep 2019

Empat penyakit mata yang boleh menggelapkan masa depan anak anda!

Ambil tahu dan bantu anak atasi masalah mata mereka

Parenting Wed, 25 Apr 2018

Jangan Urut Bayi Anda Sesuka Hati. Ikuti 9 Cara Yang Betul Ini

Teruja nak urut bayi tapi tidak tahu teknik yang betul? Ini caranya.

Acara Thu, 13 Jun 2019
familuv Tue, 3 Dec 2019

Bawa anak-anak mengembara bersama empat buku ini!

Fakta menarik dan cerita mengenai mitos serta haiwan liar menanti pembaca

Parenting Wed, 18 Apr 2018

Tak Nak Anak Lemas Ketika Tidur? Ikuti Tip Posisi Tidur Yang Betul Oleh Doktor Ini

Jangan ambil mudah tentang posisi tidur anak anda. Ikuti tips ini.

Featured Tue, 8 Oct 2019

Pertolongan cemas bayi? Anda mesti ambil tahu!

Hadapi situasi cemas bersama bayi anda dengan yakin

Parenting Wed, 24 Jan 2018

Tipu Dalam Perkahwinan

Perkahwinan yang terbina dengan cinta, kasih sayang dan rasa percaya sudah tentu akan goyah apabila satu pihak berlaku tidak jujur kepada pasangan. Tidak semestinya terpalit dengan episod curang, penipuan lain dalam rumah tangga juga boleh […]

Featured Thu, 3 May 2018

3 Bahasa Asing Ini Boleh Menjanjikan Peluang Pekerjaan Yang Luas Untuk Anak Anda Kelak

Nanti senanglah nak berkomunikasi atau mencari kerja di syarikat-syarikat antarabangsa.

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍