Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops March 20, 2018 @ 4:21pm

Tak Ada Mood Untuk Seks? Aktiviti Berbasikal Terbukti Boleh Meningkatkan Ghairah Seksual Wanita

Sex life anda kurang menyeronokkan kerana anda tidak “aktif” atau tak ada selera? Anda mungkin perlu menyertai spin class, atau mula berbasikal sebagai senaman anda.

Menurut sebuah kajian oleh University of California San Francisco (UCSF), wanita yang berbasikal dibuktikan lebih aktif ketika melakukan hubungan seks daripada wanita yang tidak berbasikal.

Foto: sportadictos.com

Mungkin anda terkejut sebab sebelum ini pernah ada laporan mengatakan aktiviti berbasikal boleh membahayakan fungsi seksual wanita. Kajian terbaru ini yang diterbitkan minggu lalu membantah teori ini.

Untuk kajian ini, para penyelidik telah mencari peserta dari pertubuhan berbasikal, berenang dan larian ternama di Amerika, Kanada, United Kingdom, Australia and New Zealand.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan – peserta yang berbasikal lebih daripada 3 kali seminggu dan melebihi 40 kilometer setiap kali; dan peserta low-intensity yang berbasikal kurang daripada itu.

Kajian UCSF ini mendapati bahawa aktiviti berbasikal tidak mempunyai sebarang kesan negatif terhadap fungsi seksual atau kencing wanita. Sebaliknya, wanita yang berbasikal lebih kerap melaporkan mereka lebih enjoy ketika bersetubuh.

Walau bagaimanapun, kajian tersebut tidaklah positif sepenuhnya. Wanita berbasikal mungkin akan mengalami isu ginekologi biasa seperti jangkitan kuman pada saluran kencing dan alat kelamin yang kejang yang berpotensi untuk menyekat fungsi intimasi.

Foto: totalwomenscycling.com

Tapi kesan negatif ini taklah penting sangat berbanding kepercayaan orang sebelum ini tentang impak berbasikal kepada golongan wanita. Pada tahun 2006, sebuah kajian oleh Universiti Yale mendapati bahawa fungsi alat kelamin kebanyakan pelumba basikal wanita lama-lama berkurangan. Dengan ini, ramai orang telah buat keputusan yang berbasikal memberi impak negatif kepada kesihatan seksual wanita.

Kajian UCSF membuktikan bahawa kepercayaan tersebut dah ketinggalan zaman sebenarnya. Penyelidik berkata berbasikal memang boleh improve fungsi seksual wanita, tapi pada masa yang sama mereka haruslah berjaga-jaga tentang kesan negatifnya.

Apa lagi? Jom berbasikal!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 5 Dec 2021

Koleksi Barbie Dalam Pakaian Inspirasi Malaysia… Comelnya!

Kita sudah terbiasa melihat patung Barbie menyarungkan pelbagai busana yang cantik dan menawan. Pernahkan anda terbayang Barbie menyarungkan pakaian dalam inspirasi Malaysia? Taylor’s University, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dan Barbie Mattel telah bekerjasama dalam […]

Gaya Hidup Fri, 23 Mar 2018

Ambil Perhatian! Ini 6 Perkara Penting Yang Perlu Anda Buat Sebelum Travel Ke Luar Negara

Setiap daripada anda mesti akan teruja untuk merancang trip percutian bersama keluarga atau kawan-kawan kan?

Gaya Hidup Thu, 30 Aug 2018

Nak Tahu Bagaimana Anda Mentafsir Sesebuah Kehidupan, Jom Layan Kuiz Ini

Objek pertama yang anda lihat menerusi gambar ini bakal mengungkap bagaimana anda mentafsir sesebuah kehidupan selain goals yang ingin dicapai!

Featured Fri, 27 Dec 2019
Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019
Featured Fri, 3 Apr 2020

7 sebab Huawei MatePad Pro perlu dimiliki

Tablet baharu memudahkan kerja dari rumah

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019

Waris Mendiang Steve Irwin Dinobatkan Wildlife Photographer Of The Year!

Andai mendiang Steve Irwin masih hidup, tentunya dia berbangga dengan pencapaian Robert.

Featured Wed, 12 Feb 2020
Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

Nak Kuruskan Badan Tak Semestinya Perlu Ke Gym, Ikuti 7 Tips Mudah Ini! Ramai Dah Berjaya

Nak kuruskan badan tak semestinya perlu kerap ke gym atau betul-betul mengawasi pengambilan makanan. sekali. Jangan seksa badan anda. 

Featured Tue, 12 Feb 2019

Mengenakan bengkung sambil melakukan senaman tarian, berpeluh sakan dibuatnya!

Wow! peserta lelaki dan Erul AF pun ber’salsation’ sambil berbengkung? Terujanya!

error: Content is protected !!