Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin March 28, 2018 @ 10:55am

Letih Ketika Hamil? Ini 7 Makanan Terbaik Untuk Anda

Jika anda baharu saja disahkan hamil, tahniah kami ucapkan! Memandangkan anda bakal menjadi ibu, pasti anda tertanya-tanya tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Mungkin di awal kehamilan anda tidak begitu berselera, terutamanya jika anda mengalami mabuk hamil pada waktu pagi. Mesti letih kan?

Foto: Vicare

Walaupun begitu, cubalah makan secara sihat agar dapat mengatasi masalah keletihan yang anda alami itu. Diet yang sihat juga dapat membantu anda berasa lebih cergas dan akan membantu bayi mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar. Kami kongsikan antara makanan yang berkhasiat dan yang pasti makanan ini dapat membantu mengurangkan keletihan anda ketika hamil.

1. Daging Tanpa Lemak

Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. Sebaiknya, ketika hamil ini anda makanlah daging tanpa lemak. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan daging seperti burger atau sosej kerana ianya kurang segar dan cenderung untuk kehilangan nutrisi yang baik.

2. Kekacang

Kebiasaannya apabila hamil akan mudah mengantuk. Bagi anda yang sering mengantuk ketika di pejabat atau pada waktu siang, elakkan mengambil kudapan yang tidak berkhasiat seperti asam dan jeruk. Sebaliknya, anda perlu mengambil kudapan yang berunsurkan kekacang seperti kuaci, kacang badam, almond, pistachio dan walnut. Seeloknya, carilah kekacang daripada sumber yang asli dan tidak bergaram atau berperisa.

Kekacang mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Minyak kacang walnut misalnya mempunyai omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stress ketika hamil.

3. Sayuran Hijau

Sayuran sememangnya mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk wanita hamil. Anda boleh makan sayuran yang berwarna hijau tua misalnya sayur bayam, sawi, dan sebagainya. Contohnya, sayur bayam mempunyai khasiat vitamin A, C dan K. Sayuran juga membantu melancarkan sistem pencernaan anda agar semua toksin dalam badan dapat disingkirkan.

4. Buah-Buahan

Untuk pengetahuan anda, makanan bagi ibu hamil perlu diambil daripada pelbagai sumber warna buah-buahan seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih. Hal ini kerana, anda dan bayi akan mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza akan memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang lebih terperinci untuk tubuh badan masing-masing.

Anda tidak perlu risau tentang kiraan kalori kerana buah-buahan adalah diet yang sihat. Ia amat sesuai untuk dijadikan snek semasa mengantuk di siang hari!

5. Kurma

Kurma adalah salah satu makanan sunnah yang telah terbukti secara saintifik dapat memberi tenaga kepada ibu hamil. Sebab itulah, kurma merupakan makanan pelengkap yang cukup popular pada bulan Ramadhan. Ia juga mampu membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawati masalah sembelit. Kismis, buah tin, aprikot atau apa sahaja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu yang hamil.

6. Susu

Susu sememangnya minuman yang amat sinonim untuk ibu hamil kerana mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan 2 kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika anda kekurangan kalsium, tubuh anda boleh berasa letih, tidak sihat, dan akan berisiko kepada anemia.

Tetapi, tidak semua ibu hamil boleh menelan susu kerana mungkin akan berasa mual, muntah dan sebagainya. Oleh itu, anda boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju dan yogurt. Kesemua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium sama seperti susu!

7. Air Kosong

Foto: Healthbytez.com

Tahukah anda, walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan seluruh sistem tubuh badan. Bukan itu je, ia dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan dan mampu sebagai ‘penahan’ rasa lapar yang sering melanda ketika hamil. Sepanjang kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Sila bawa bekal air kosong ketika pergi kerja Ok!

Jadi, anda perlu mengambil makanan yang kami cadangkan ini agar anda dan bayi dalam keadaan sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan. 

Sumber: Zuriat.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019

5 tanda hubungan cinta terbaharu anda berkembang dengan terlalu pantas

Jangan terburu-buru, nanti menyesal kemudian hari!

Gaya Hidup Mon, 12 Feb 2018

Apa Rahsia Khloe Kardashian Hingga Berjaya Turunkan 18kg Berat Badan? Baca 11 Tips Ini!

Sejak kecil, Khloe Kardashian memang berbadan montel dan tidak mengambil berat tentang tabiat pemakanannya sewaktu dia membesar.

Featured Fri, 29 May 2020
Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Ikuti Tip 5 Selebriti Wanita Ini, Pasti Langsing Dan Sihat

Lima selebriti jelita tempatan merungkai rahsia mereka menjaga bentuk badan agar kekal langsing walaupun sudah mempunyai anak.

Gaya Hidup Mon, 18 Feb 2019

Kini ada topeng muka yang mudah untuk wanita berhijab pakai!

Tidak perlu lagi pakai sebelum menyarungkan hijab.

Gaya Hidup Fri, 18 Jan 2019

Kisah ‘Mowgli’ Malaysia buat dunia terpukau, tahniah!

Kasih-sayang dan hormat-menghormati kunci kepada mesej foto ini.

Cahaya Mata Wed, 28 Dec 2022

Sedih Jauh Dengan Keluarga, Sajat Lebar Sayap Buka Perniagaan Di Australia

Usahawan kontroversi, Nur Sajat mendedahkan dirinya sedih setelah lama berjauhan dengan keluarga. @sajatperempuanfuh Replying to @mariabritneyyy ANAK-ANAK ADALAH KEKUATAN SAJAT #fyp #fypシ #sajat #nursajat #foryou #viral #fypシ゚viral ♬ original sound – SajatNur Menerusi hantaran yang […]

Featured Fri, 26 Oct 2018

Lima Negara Dengan Status Penduduk Paling Gembira, Baru Lihat Gambar Dah Buat Kita Happy!

National Geographic menamakan lima negara didiami penduduk paling gembira!

Featured Mon, 14 Oct 2019

Impikan perkahwinan di dalam jet peribadi? Dengan RM50,000 anda mampu melaksanakannya!

Pakej ini hanya boleh didapati menerusi perkhidmatan Efinair!

Featured Fri, 19 Oct 2018
error: Content is protected !!