Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 18, 2019 @ 10:00am

Kini ada topeng muka yang mudah untuk wanita berhijab pakai!

Apabila musim batuk atau selesema melanda, pasti menimbulkan kebimbangan dalam kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak kecil kerana penyakit terbabit mudah berjangkit.

Batuk, bersin atau menghembuskan hingus akan menyebabkan jutaan virus dirembes ke udara, sekali gus meningkatkan potensi jangkitan orang di sekelilingnya yang terdedah kepada virus itu.

Jika mengalami demam selesema, anda boleh mengelakkan rembesan virus itu daripada bergerak jauh dengan memakai topeng muka.

Walaupun tidak nampak bergaya, sekurang-kurangnya anda tidak perlu rasa bersalah kerana tindakan itu boleh menghalang virus daripada berpindah kepada orang lain.

Jika anda tidak berhijab, senanglah untuk memakai topeng muka konvensional yang ada dijual di pasaran. Sangkut sahaja tali pengikatnya pada belakang telinga!

Tetapi untuk wanita Muslim yang berhijab pula bagaimana? Agak sukar untuk memakai topeng dulu sebelum memakai tudung.

Ini bermakna untuk menanggalkan topeng, anda perlu menanggalkan hijab terlebih dahulu. Rumitnya!

Dirumus khas untuk wanita berhijab

Kini sudah ada penyelesaian menerusi 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask, sebuah produk keluaran syarikat sains global 3M Malaysia.

Si pemakai hanya perlu menyarungkan tali pengikatnya pada bahagian belakang kepala. Jadi mereka bolehlah memakai dan menanggalkan topeng ini bila-bila mereka mahu. Mudah sekali!

Selain itu, topeng muka ini juga mempunyai tiga lapisan penapis yang melindungi si pemakai daripada partikel makro dan habuk dengan tahap keberkesanan sehingga 95 peratus.

Lapisan dalamnya berciri lembut jadi ia selesa untuk kulit. Lapisan tengahnya berupaya untuk memerangkap partikel halus seperti habuk, manakala lapisan luar pula menapis udara dan partikel bersaiz besar.

Bagaimanapun, jangan risau kerana topeng muka ini lut udara dan ringan – memang ideal untuk digunakan ketika anda tidak sihat tetapi perlu juga berjumpa dengan orang ramai.

Tambahan lapisan karbon

Selain itu, 3M turut menyediakan topeng muka untuk mereka yang sering terdedah kepada pencemaran udara yang berbahaya.

3M™ Nexcare Carbon Mask bukan seperti topeng muka yang biasa kerana ia mempunyai penapis yang terdiri daripada empat lapisan.

Selain lapisan dalaman, lapisan penapis dan lapisan luarannya, topeng ini juga merangkumi lapisan karbon aktif yang mampu menapis kemasukan partikel dengan kadar keberkesanan sehingga 95 peratus.

Lapisan karbon aktif ini bukan sahaja membantu menapis bau daripada emisi ekzos kenderaan bermotor yang berbahaya, tetapi juga sesuai bagi mereka yang sering terdedah kepada persekitaran tercemar seperti pengguna motosikal dan kereta api, serta pekerja hospital atau kilang.

Individu yang sering mengunjungi kawasan yang berhabuk ataupun sekitar bandar yang sibuk turut boleh mendapat manfaat daripada topeng ini.

Dapatkannya sekarang

3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dan 3M™ Nexcare Carbon Mask boleh didapati di farmasi terkemuka di Malaysia dan cawangan 99 Speedmart, Ace Hardware serta Mr DIY.

Sekali lagi penulis ingin tegaskan, walaupun ia tidak nampak bergaya, atau sedikit remeh untuk memakainya, topeng muka ialah alat yang penting bagi keselamatan kesihatan anda.

Walaupun tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada pencemaran ini, anda masih boleh mengurangkan kadar pendedahan ini dengan memakai topeng muka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 11 Nov 2024
Gaya Hidup Tue, 17 Mar 2020
Featured Fri, 21 Sep 2018

Ini Keburukan Hand Sanitizer Yang Anda Tak Tahu

Hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh seseorang!

Featured Sun, 29 May 2022
Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Perkahwinan Berkonsepkan Taman Atau Di Waktu Malam Memang Romantis Tapi…

Meskipun resepsi yang dilatari hutan hijau dan disemarakkan dengan bunyian unggas kedengaran sungguh mengasyikkan, realitinya, sungguh mengejutkan.

Featured Fri, 5 Jul 2019

Guna duit bonus suami untuk ke London

Pengorbanan yang sangat berbaloi!

Featured Wed, 22 Apr 2020
Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

error: Content is protected !!