Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops March 29, 2018 @ 12:36pm

Gegaran Dirasai Di KL Sabtu Ini, Siap Sedia Warga Kota!

Gegaran bakal dirasai di Kuala Lumpur pada 31 Mac ini? Bawa bertenang, jangan panik! Ini kerana apa yang akan menggegarkan warga KL pada Sabtu ini ialah festival hipster abad ini iaitu Gegaria Fest.

Setelah menggegarkan Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh Perak pada 24 Mac lalu, festival yang menyatukan golongan belia ini bakal diadakan pula di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, KL.

 

Please enable Javascript to watch this video

Memang tak rugi datang sebab pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di zon-zon utama yang disediakan dari jam 8 pagi sehinggalah 11 malam!

Bagi mereka yang ingin menyertai tarian kecergasan kelolaan jurulatih kecergasan, Hanif Shawn, anda boleh daftar segera dan klik di sini. Yang paling best, anda yang daftar awal berpeluang untuk dapat merchandise Gegaria yang exclusive ini (T-shirt, Drawstring Bag & Bandana) secara percuma tau! Bukan itu saja, anda juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM1000 menerusi Dance Off Challenge! Wow hebat!

Dah penat menari, anda boleh singgah di Zon Gegaria Gaya Hidup untuk mendengar perkongsian atau mengajukan soalan tentang topik kesihatan kepada Dr. Say, Hanif Shawn dan Nana Al-Haleq.

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh berjumpa dengan selebriti-selebriti di booth berkenaan antaranya Elfira Loy yang berkongsi tentang topik fesyen dan kecantikan, Wani Kayrie (Kejayaan dalam SPM 2017), Faizdickie dan Vikar (Menukar minat kepada kerjaya), Noriana The Face Designer (Tutorial solekan), meet & greet bersama Bunkface, Reen Rahim, Eyka Farhana, Ejen Ali dan ramai lagi!

Bagi yang minat makan dan masak, boleh ke booth Makan Makan dan lihat demonstrasi makanan oleh Chef Naem dan selebriti jemputan. Anda juga berpeluang memenangi hadiah apabila menyertai Pertandingan Makan yang diadakan.

Bagi peminat permainan video, anda boleh ke zon E-Sports kerana di sana terdapat free-to-play game yang anda boleh cuba antaranya VR (Rush of Blood), PS4 (Dragon Ball Z), Nintendo Switch (Mario Kart 8 Deluxe), Fifa Online 3 dan F1 Racing Stimulator. Anda juga boleh menyaksikan pertarungan Fifa Online 3 dan Tekken 7.

Jangan lupa juga singgah di Gegaria Throwback Tunnel di mana anda pasti terpukau dengan pameran gambar yang ada di sana. Sambil-sambil menunggu konsert petang oleh IAMNEETA, anda boleh jalan-jalan di zon Gegaria Komuniti untuk mencuba perkhidmatan yang ditawarkan.

Dan pastinya yang paling dinanti-nantikan adalah acara kemuncak Gegaria Fest iaitu konsert daripada artis terkenal tanah air yang menampilkan Noh Salleh, Bunkface, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo dan Bittersweet.

Apa tunggu lagi, jom kita gegarkan Gegaria Fest di Matrade, KL pada 31 Mac ini. Jangan lupa untuk menggunakan tandapagar #GoGegaria, #KitaOK dn #YOUCANDUIT di laman sosial anda dan kongsikan pengalaman hebat anda di Gegaria Fest. layari laman Facebook GoGegaria atau laman sosial Instagram @GoGegaria untuk maklumat lanjut. Jumpa di sana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

Acara Thu, 20 Feb 2020
Acara Thu, 22 Aug 2019
Acara Mon, 20 Jan 2020
Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Acara Mon, 4 May 2020
Acara Mon, 16 Dec 2019

AEON pasar himpunan Walt Disney Year of Mouse & Mickey Love

Tawar pelbagai barangan khusus untuk dewasa

error: Content is protected !!