Euforia Bola 2026
Acara By: Maya Basir September 26, 2023 @ 10:11am

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

TAPAUfest bakal kembali kali ini dengan tema #SerumpunBerpesta di mana ia akan berlangsung di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 7 dan 8 Oktober 2023.

Berlatarbelakangkan tasik yang Indah dan gunung-ganang, TAPAUfest menjemput komuniti indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Menurut Pengarah Kreatif TAPAUasia, Ahmad Faris mengatakan festival tahun ini lebih memberi perhatian kepada butiran-butiran kecil mengenai komuniti indie.

“Dari taksub cuba nak jadikan festival kita lebih besar dan besar setiap tahun, kita buat keputusan untuk beri lebih perhatian kepada butiran-butiran kecil terutama dalam kurasi bagi membawakan komuniti indie dan rakyat Lenggong terlibat sama,” katanya.

Lebih menarik lagi, tahun ini TAPAUfest memberi penghormatan kepada wanita yang membentuk ‘scene’ ini.

Bagi hari pertama, persembahan akan dimulakan dengan kugiran ‘Midwest Emo’, Mascot dan seterusnya kumpulan reggae dub eksperimental asal Indonesia, Rub Of Rub, duo elektronik Wobbebong, kugiran legenda dari Singapura, Force Vomit.

Kumpulan Rock n’ Roll Jemson kemudian akan mengambil alih pentas dengan memberi penghormatan kepada era keemasan ‘rock kapak’ Malaysia sambil menyuntikkan bunyi moden dan elemen humor mereka yang tersendiri.

Menutup tirai hari pertama adalah penyanyi muda Indonesia, Nadin Amizah yang kian memenangi hati jutaan peminat terutamanya dari Indonesia dan Malaysia.

Dengan karya terbarunya “Rayuan Perempuan Gila” dan “Semuanya Dirayakan” mendapat sambutan hangat, persembahan Nadin berlatarkan tasik nanti pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup istimewa.

Hari kedua pula dimeriahkan dengan kugiran Indonesia, The Jansen, ‘Local Thrash Heroes’ dari Ipoh iaitu Muck, kugiran pertama dari Thailand, Door Plant, Bayangan dan Lomba Sihir dari Indonesia.

Bagi melabuhkan tirai TAPAUfest 2023 adalah dengan kemunculan Zee Avi dengan lagu-lagu melankolik nyanyiannya.

Satu perkara yang membezakan TAPAUfest daripada festival seni lain adalah peluang untuk berkhemah selama dua malam di Resort Tasik Raban dan merasai sepenuhnya pengalaman di Lenggong.

Tiket Pre Sale sudah boleh dibeli mulai sekarang sehingga 6 Oktober 2023 dengan harga:

Tiket Solo Daily (1 tiket Hari 1 atau Hari 2) – RM175
Tiket Solo Weekend (1 tiket Hari 1 dan Hari 2) – RM330
Tiket Geng Weekend (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) – RM1200

Untuk tiket dan maklumat lanjut jemput ke www.TAPAUfest.asia atau ikuti @TAPAUfest di semua media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Acara Mon, 14 Oct 2019

Pelancaran taman tema air Angry Birds pertama di dunia

Aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga pada musim cuti persekolahan!

Acara Sun, 15 Mar 2020
Acara Wed, 24 Oct 2018

Warga JB, Jom Singgah Ke Karnival Jom Heboh Di Angsana Mall Hujung Minggu Ini!

Jangan lupa singgah di booth Hijab & Heels juga ya!

Acara Tue, 9 Dec 2025

“Jadi Penyumbang Besar Ekonomi Negara, Program Hospital Pelancongan Jana RM3 Bilion & Tarik 2.5 Juta Pelancong” – Menteri Kesihatan

Tahun 2025 nampaknya memberi ‘boost’ besar buat industri pelancongan kesihatan negara.

Acara Fri, 1 May 2020

Nasi kerabu imbau kenangan berbuka di kampung

Hotel Maya buat penghantaran ke rumah

error: Content is protected !!