Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops April 3, 2018 @ 2:39pm

Pelakon Kacak Hollywood Channing Tatum Sudah Berpisah Dengan Isterinya Jenna Dewan. Oh Tidak!

Mula-mula Chris Pratt yang berpisah dengan isterinya Anna Faris. Kini Channing Tatum pula dengan isterinya Jenna Dewan yang telah bersama selama 9 tahun.

Apa nak jadi dengan dunia percintaan pelakon-pelakon Hollywood sekarang? Cinta sejati dah tak wujud ke?

Pelakon filem 21 Jump Street ini, yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Everly bersama Jenna, mengumumkan berita sedih ini kepada akhbar People sebelum memuatnaik keterangan mereka di Instagram.

Foto: Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic

“Hai dunia! Kami ada perkara yang kami ingin kongsikan.

Kami mula-mula merasa pelik untuk berkongsi berita ini dengan semua orang tapi ini adalah akibat kepada kehidupan yang kami ingin lalui, dan kami tetap bersyukur. Kami hidup dalam masa yang luar biasa tapi masa inilah juga kebenaran boleh diputar belit. Jadi kami ingin berkongsi suatu kebenaran supaya anda tahu yang jika anda tak baca di sini, jadi ia semestinya fiksyen.

Kami sudah membuat keputusan dengan penuh kasih sayang di antara satu sama lain untuk berpisah. Kami jatuh cinta bertahun dahulu dan sudahpun melalui sebuah perjalanan penuh magis bersama. Kami masih menyayangi satu sama lain, tapi cinta telah membawa kami ke arah yang berlainan.

Tiada rahsia atau insiden yang mempengaruhi keputusan kami. Kami cuma kawan baik yang sedar yang inilah masa untuk berpisah dan pada masa yang sama membantu satu sama lain untuk hidup sebahagia yang mungkin. Kami tetap satu keluarga dan akan sentiasa menjadi ibu bapa yang penyayang untuk (anak kami) Everly.

Kami takkan memberi komen lanjut selain ini, dan kami berterima kasih untuk semua kerana menghormati privasi keluarga kami.”

Channing dan Jenna, dua-dua berumur 37, mula bertemu di set filem Step Up pada tahun 2006. Mereka mula berdating tak lama selepas itu dan berkahwin pada tahun 2009.

Foto: Lionsgate

 

We had to. #stepup10years

A post shared by Jenna Dewan Tatum (@jennadewan) on

Ura-ura mengenai perpisahan mereka mula tersebar ketika Jenna menghadiri parti Oscars Vanity Fair berseorangan pada bulan lalu. Alasannya, Channing ketika itu sedang menjaga Everly di rumah, jadi dia gembira dapat meluangkan masa dengan sendiri.

Pada bulan Februari lalu, Jenna pernah meluahkan pendapatnya tentang persepsi orang lain yang mengatakan dia dan Channing mempunyai kehidupan yang perfect. Jenna sebaliknya berkata mereka berdua sentiasa bekerja kuat untuk mengekalkan hubungan mereka.

“Tiada siapa yang perfect, tapi anda boleh bahagia jika anda cuba sedaya upaya untuk membesar ke hari tua bersama-sama.”

Sumber: People.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Jun 2018

自闭症少年字体超端正 网友惊叹:根本像列印出来

中国一名16岁少年林文彬「握着笔的手,在纸上一笔一画地写字」,就这样只是拍摄他写字非常端正公整的视频,吸引了730万人狂赞。

Featured Wed, 1 Feb 2023
Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

Filem Wed, 20 May 2026

Ini Respons Siti Khadijah Halim Bila Aweera Beri Ucapan Romantik – “Saya Tak Mahu Panjangkan Perkara Ini”

Siti Khadijah Halim tidak pernah mengambil serius terhadap segala perkongsian dibuat Aweera, termasuklah ucapan romantik.

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Trending Wed, 11 Apr 2018

Maut Akibat Buah, Awas Penggemar ‘Rockmelon’

Dilaporkan seramai tujuh orang maut dan keguguran selepas makan tembikai yang mengandungi bakteria listeriosis ini! Hati-hati semua…

error: Content is protected !!