Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom April 6, 2018 @ 1:54am

Pakai 7 Warna Ini Sepanjang Minggu Dan Rasai Getarannya

Warna dapat membangkitkan aura seseorang, itu memang ada kebenarannya. Contohnya apabila memakai warna yang ceria, ia serta-merta membangkitkan mood keseronokan kepada seseorang.

Tapi tahukah anda, ada warna tertentu yang boleh membangkitkan aura harian anda. Berdasarkan The Law Of Repetation Cronology (Hukum Ulangan Kronologi) yang merupakan cabang ilmu keseimbangan diri dan alam, hari yang datang secara berulang-ulang membawa bersama suatu getaran cahaya visual yang mendominasi hari tersebut. 

Setiap hari mempunyai dominasi getaran warna yang berbeza. Ia berulang kerana menyamai satu pusingan lengkap yang memakan 7 fasa masa kejadian alam. Penggunaan warna yang tepat memberi perbezaan yang berbeza disebabkan setiap warna mempunyai peranannya.

1. Isnin : Putih = Lambang Kesucian

Hari pertama dalam seminggu iaitu Isnin  dianggap sebagai permulaan hari, jadi amat penting untuk kamu kembali ke kuliah atau tempat kerja dengan mood yang positif. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kamu berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

Foto Kredit : besugarandspice.com

2. Selasa : Merah Jambu/Ungu = Suburkan Kasih Sayang

Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura positif daripada merah jambu membuatkan kamu berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi kamu untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh ketua atau pensyarah. Warna ini juga membuatkan kamu ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.

Foto Kredit : hawesandcurtis.com

3. Rabu : Biru = Memudahkan Komunikasi

Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong kamu untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat. 

Foto Kredit : comoorganizarlacasa.com & quora.com

4. Khamis : Kuning /Jingga= Bergerak Aktif

Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan kamu bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh kamu kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

Foto Kredit : aliexpress.com

5. Jumaat : Hijau = Beri Ketenangan

Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri kamu.

Foto Kredit : shinythoughts.net

 6. Sabtu :  Merah = Berani Mencuba

Warna merah sesuai dikenakan pada hari ini kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong kamu agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.

Foto Kredit : pinterest.com

7. Ahad : Hitam = Untuk Istirehat

Warna hitam membuatkan kamu berada dalam zon selesa dan privasi. Suasana ini amat sesuai untuk kamu istirehat agar kembali bertenaga merencanakan masa depan.

foto kredit : fandfnow.com

Sumber : murnimohdyusof.blogspot.my 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 May 2020
Oh Lawa Mon, 29 Apr 2019

Penampilan Neelofa semasa di Milan Fashion Show ini berharga RM14,109.07! Anda sanggup?

Dia memang berani dalam memperagakan sesebuah gaya yang berbeza.

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Oh Lawa Wed, 27 Mar 2019
Featured Fri, 21 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 7 May 2018

10 Selebriti Wanita Hollywood Sudah “Serik Dan Cuci Tangan” Daripada Pengambilan Suntikan Wajah

Kecantikan fizikal memainkan peranan besar dalam menentukan kerjaya kebanyakan wanita di sana sehingga memberikan tekanan kepada mereka untuk mendapatkan botox atau filler.

Oh Lawa Sun, 27 May 2018

Berikan Nafas Baru Kepada Baju Raya Lama Anda Supaya Nampak Baru

Jangan buang baju lama anda! Mereka boleh digunakan lagi jika anda tahu cara-cara untuk memperbaharuinya.

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Fri, 7 Jun 2019

‘Kelembapan’ kata kunci sebenar untuk miliki kulit cantik

Nak cantik? Ketahui perkataan asas yang perlu anda ingat.

Oh Lawa Thu, 31 May 2018

Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ Tampilkan Koleksi Raya Daripada Duta Selebriti Terkenal

Anggunkan lagi penampilan Syawal anda dengan koleksi lebaran daripada Jakel.

error: Content is protected !!