Featured By: Ad Ops April 8, 2018 @ 8:00pm

12 Benda Mahal Tapi Merepek Yang Selebriti Barat Pernah Beli, No. 11 Paling Gila

Kalau dah artis tu, mestilah mereka berduit. Dan bila ada duit, tak sah kalau mereka tak berbelanja untuk barang-barang yang mereka tak perlu.

Sebuah rumah agam atau sebiji Ferrrari, boleh fahamlah lagi. Tapi kalau sekeping tiket ke angkasa lepas dan tengkorak dinosaur? Perlu ke beli?

Mesti mereka kata “Suka hati akulah!” tapi anda mesti terfikir kenapalah mereka membuat keputusan sedemikian. Baik derma je ke rumah anak yatim!

Jom tengok artis Barat mana yang ada banyak sangat duit tapi menggunakannya untuk benda-benda merepek.

1. Beyoncé berbelanja sebanyak US$100,000 untuk sepasang legging

Foto: AP Photo/Kevork Djansezian

Legging itu berjenama Balenciaga. Patutlah mahal! Dia memakainya untuk persembahannya di acara BET Awards 2007.

2. Paris Hilton membeli sebuah vila berharga US$325,000 untuk anjing-anjingnya

Foto: Phil McCarten/Getty Images

Foto: arquitetablog.blogspot.com / Twitter

Vila yang dibeli pada tahun 2009 itu mempunyai dua tingkat dan berkeluasan 300 kaki persegi. Siap ada balcony, chandelier kristal hitam dan perabot mewah. Ye, ia memang lagi cantik dari rumah anda.

3. Nicolas Cage bayar US$276,000 untuk sebuah tengkorak dinosaur

Foto: Getty Images / Brad Barket

Pada tahun 2007, dia berjaya kalahkan Leonardo DiCaprio dalam sebuah auction untuk membeli sebiji tengkorak Tyrannosaurus Bataar dari Mongolia yang berusia 67 juta tahun. Nak letak kat mana? Pada tahun 2015 pula, dia terpaksa bagi balik kerana tengkorak itu rupa-rupanya dicuri. 

4. Celine Dion pernah meminta sebuah humidifier berharga US$2 juta untuk dipasang

Foto: Getty Images

Semasa dia ada persembahan selama 3 tahun di Caesars Palace, Las Vegas sejak 2002, Celine meminta hotel tersebut untuk memasang humidifier supaya vokalnya terjaga. Alat itu digantung di atas pentas ketika dia perform.

5. Anak Beyoncé, Blue Ivy, dihadiahkan sebiji bath tub dilitupi kristal Swarovski berharga US$5,200

Foto: thediamondbathtub.com

Ahli kumpulan Destiny’s Child sama dengan Beyoncé, Kelly Rowland, telah belikan hadiah istimewa ini untuk baby shower Beyoncé. Bertuah betul Blue Ivy ni. Ketika menghadiri acara MTV Video Music Awards, dia memakai gaun berharga US$11,000. Kau ada?

6. Katy Perry bayar US$200,000 untuk sekeping tiket ke angkasa lepas

Foto: AP Images

Untuk hari lahir bekas suaminya Russell Brand yang ke-35, Katy menghadiahkannya sekeping tiket untuk menaiki kapal Virgin Galactic ke angkasa. Malangnya, pasangan itu kemudian telah bercerai, jadi tak tahulah apa dah jadi dengan tiket tu. Dengar cerita, pelakon kacak Ashton Kutcher pun telah membeli satu tiket untuk dirinya pada tahun 2013. Entahlah bila nak berlepas.

7. Mike Tyson membeli bath tub emas 24 karat berharga US$2.2 juta dan 3 ekor harimau bengal

Foto: Pinterest

Anda mungkin pernah nampak harimau Mike dalam filem The Hangover. Mike terpaksa mendaftar sebagai bankrupt pada tahun 2003 dan ia mungkin disebabkan oleh pembelian yang tak munasabah sebegini.

8. Johnny Depp berbelanja sebanyak US$30,000 sebulan hanya untuk wain yang diterbangkan dari serata dunia

Foto: Kevin Winter/Getty Images

Foto: t.thenewyoungturk.com

Dia juga pernah membeli kapal yacht berharga US$18 juta, mempunyai 14 rumah di sekeliling dunia, 45 kereta mewah dan 70 gitar koleksi.

9. Mariah Carey dan bekas suaminya Nick Cannon menghiasi sebuah bilik dengan gula-gula untuk anak mereka

Foto: Instagram Nick Cannon

Mereka semestinya tahu apa yang kanak-kanak impikan.

10. Victoria Beckham membeli iPhone disadur emas berharga US$35,998

Foto: www.goldgenie.com

Telefon bimbit itu direka oleh Stuart Hughes dan disalut dengan 150gram emas 24 karat. Laaa, buat apa beli? Setahun lepas itu mesti dia nak beli keluaran Iphone terbaru.

10. Lady Gaga berbelanja sebanyak US$50,000 untuk sebuah ghost-buster

Foto: Kevin Winter / Getty Images

Dia membeli alat pembaca medan electromagnet pada tahun 2010 untuk mengesan hantu-hantu ketika dia sedang mengadakan konsert jelajah. Wah! Takut hantu sampai begitu sekali! 

11. Bono beli tiket penerbangan berharga US$1,500… untuk topinya

Foto: Tim Mosenfelder/Getty Images

Ketika dalam perjalanan ke Italy pada tahun 2003 untuk sebuah konsert, penyanyi kumpulan U2 terlupa untuk bawa topinya di London. Jadi dia membuat perancangan untuk membawa topi itu, siap naik kapal terbang dan kemudiannya teksi, ke tempatnya di Italy. Bertuahnya. Kita nak beli tiket kapal terbang biasa-biasa pun fikir 6 kali.

12. Donald Trump membina sebuah bilik air emas untuk jet peribadinya.

Foto: Youtube The Trump Organization

Setelah membeli sebiji Boeing 757 berharga US$100 juta pada tahun 2011, Trump mungkin rasa dia masih tak nampak cukup kaya. Jadi dia tambah beberapa aksesori emas dalam jet itu, termasuklah sinki.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 May 2020

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Baju yang boleh dipakai di luar musim

Acara Mon, 29 Apr 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels bantu wanita jana pendapatan sampingan

Kursus asas kemahiran mampu tingkatkan ekonomi keluarga

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai. Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama […]

Featured Sun, 31 May 2020

Raffia Arshad, hakim wanita berhijab pertama di United Kingdom, hebat!

Inspirasi buat wanita Muslim di seluruh dunia

Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Featured Tue, 11 Jul 2023

Anjur Pertandingan Azan, Rosyam Nor Tawar Hadiah Lumayan Bernilai RM110,000

Terbaiklah Datuk! Jarang-jarangorang baut macam ni.

Featured Thu, 10 Mar 2022

Sarat Hamil, Elfira Loy Buat Aksi Lompat Jauh Sambil Berkasut Tumit Tinggi Buat Ramai Risau!

Fuh, seriau Min tengok! Berani betul bekas atlet lompat jauh ni ya 🤯

Featured Fri, 11 Mar 2022
Featured Sun, 2 Apr 2023

“Dia Tak Jaga Pun Anak Tapi Nafkah Masih Beriya Minta Tinggi” – Sam Bunkface

Makin banyak pula kes rumah tangga dalam kalangan selebriti…