Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 9, 2018 @ 3:40pm

Ini 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia. No. 2 Gerenti Buat Tekak Anda Loya

Hidangan yang lazat saja tidak cukup untuk menarik perhatian pengunjung jika persekitaran restoran tidak meyakinkan. Kombinasi hidangan yang menyelerakan dan konsep dekorasi yang hebat pastinya membangkitkan keterujaan untuk pengunjung kembali semuala ke restoran anda.

Tetapi bagaimana pula keadaannya jika pesanan makanan anda dihidangkan dalam “mangkuk tandas”? Atau anda terpaksa membelah bahagian tubuh mayat untuk menikmati menu yang dipesan.

Ketahui 10 restoran paling pelik di dunia.

1. Cannibalistic Restaurant (Jepun) 

Foto: twitter.com

“Nyotaimori” yang membawa maksud female body plate adalah satu nama restoran di Jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di dalam “tubuh mayat wanita”. Tubuh ini diperbuat daripada makanan dan diletakkan di atas meja operasi seperti di rumah sakit. Pengunjung boleh memakan mana-mana saja bahagian tubuh ini. Apabila dipotong, tubuh ini akan mengeluarkan darah, kononnya macam anda sedang membedah badan manusia. Sesuai sangatlah untuk manusia kanibal.

2. Toilet Restaurant (Taiwan)

Foto: pyorry.com dan moderntoilet.com

Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung (Taiwan) menyediakan nuansa tandas khusus pelanggannya. Dekorasi ruangan, kerusi dan tempat makan yang digunakan persis seperti di dalam sebuah tandas. Meja direka bentuk seperti sebuah bathtub, dan makanan yang disediakan diletakkan di atas piring dan mangkuk yang direka seperti jamban duduk. Makanan yang disajikan di sini bukan sekadar enak, tapi juga memberikan sensasi tersendiri kepada pengunjungnya.

3. Restaurant In The Sky (Belgium) 

Foto: raredelightsmagazine

Dinner In the Sky adalah salah satu restoran di Brussels yang menyediakan tempat makan yang mampu menampung 22 orang, pada ketinggian 150 kaki. Tempat makan yang direka khas dengan menggunakan kren itu, menjanjikan panorama indah namun awas! Jangan sampai garpu atau pisau anda terjatuh!

4. Dark Restaurant (China) 

Foto: reddarkpost.com

Sesuai dengan namanya, restoran yang terletak di Beijing China ini membawa anda ke suatu dunia gelap. Pengunjung yang datang akan dihantar ke meja makan oleh pelayan yang sudah dilengkapi dengan teropong malam. Khabarnya telefon dan peralatan elektronik tidak dibenarkan untuk diguna disini. Oleh kerana tidak boleh melihat makanan yang disantap, pengunjung benar-benar akan dapat rasa makanan yang mereka tidak pernah makan sebelum ini.

5. Restaurant Kuburan (India) 

Foto: atlasobscura.com

Restoran yang terletak di Ahmadabad ini bukan saja terkenal dengan menu teh susu dan roti gulungnya tetapi juga satu kawasan perkuburan di antara meja-mejanya. Pemilik restoran mengaku telah membuka restoran ini turun temurun selama 4 dekad, tapi tidak tahu siapa yang terkubur di situ.

6. Restaurant Di Penjara (Italy) 

Foto: thenewyorktimes.com

Restoran ini terletak di lokasi paling aman, iaitu penjara Fortezza Medicea di Italy. Dekorasi restoran ini bertemakan penjara tempat pembunuhan yang dilengkapi dengan tembok setinggi 60 kaki, menara pengawasan, kamera litar yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi juga dengan penjaga penjara lengkap senjata.

7. Restaurant Robot (China)  

Foto Kredit :  humanite.fr

Sebuah restoran di pusat kota Harbin-China, mempekerjakan sekitar 20 robot untuk melayani dan menghibur para tetamu. Restoran dibuka pada bulan Jun 2012 itu, menjadi salah satu destinasi utama untuk sesiapa yang mengunjungi ibu kota Heilongjiang itu. Anda pasti kagum apabila kehadiran anda disambut oleh seorang robot yang membawa anda ke tempat duduk, mengambil pesanan dan menghantar makanan yang dipesan.

8. Restaurant bawah laut (Maldives)

Foto: traveltriangle.com

Restoran bawah laut pertama diperkenalkan di Hilton Maldives Resort & Spa, pada April 2007. Restoran bernama Ithaa (baca eet-ha atau maksudnya pearl dalam bahasa Maldives), berada 5 meter di bawah Samudra Hindia yang dikelilingi oleh coral dan panorama bawah laut.

9. Condom Restaurant (Thailand)

Foto: Pinterest

Cabbages and Condoms adalah sebuah restoran yang terletak di bandar Bangkok, Thailand. Ada banyak kondom di dinding-dinding dan lukisan kondom di karpet. Sesudah makan, pengunjung akan diberi kondom. Sebahagian keuntungan daripada restoran ini digunakan untuk membiayai yayasan Population and Community Development Association (PDA).

10. Medical Restaurant (Taipei)

Foto: zabavnik.com

D.S. Music Restaurant di Taipei, Taiwan adalah restoran dengan nuansa medic. Dekorasi ruangannya adalah seperti rumah sakit, pelayannya berpakaian seperti jururawat, dan air minumnya juga dihidangkan dalam botol ubat bius.

Sumber artikel : http://hermawayne.blogspot.my/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Jan 2019
Featured Tue, 4 Jun 2019

Figura Lebaran 2019: Berhabis RM40,000 untuk Lebaran – Noryn Aziz

Pernah kumpul duit raya lebih RM1,000, wow!

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018

Gaji Wanita Ini RM4400 Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Atas Sofa Sahaja!

Wanita ini bertuah dipilih sebagai penguji sofa.

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

“Bukan Kakak, Tetapi Kekasih Saya…….” – 12 Sebab Lelaki Muda Tertarik Dengan Wanita Berusia

“Kakak awak ke tu?” atau “anak ikan baru Sis ke tu?”, pertanyaan begini barangkali pernah dialami pasangan kekasih yang mana teman wanita atau isteri lebih berusia daripada lelaki.

Malah ia bukanlah satu perhubungan yang aneh kerana kebanyakan lelaki muda sekarang lebih tertarik dengan wanita berusia.

Featured Fri, 29 Oct 2021

Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Wow, makin lama makin canggih!

Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

‘Sistem Imbuhan Untuk Tidur’ Diperkenalkan Di Jepun Bagi Meningkatkan Mutu Kerja

Point yang mencapai tahap tertentu akan mendapat ganjaran, contohnya 100 point bersamaan 100 yen.

Gaya Hidup Thu, 5 Jul 2018
error: Content is protected !!