Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops April 24, 2018 @ 8:17pm

Buat Kaki Tidur Lewat, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tidur Awal

Setiap manusia memerlukan tempoh antara enam hingga lapan jam sehari untuk tidur. Namun begitu, masyarakat hari ini sukar untuk memenuhi keperluan untuk tidur lebih awal kerana tuntutan kerja dan gaya hidup yang sibuk.

Malah, ada segelintir yang terlalu leka dengan gajet hingga tidak sedar sudah lewat malam. Namun, tahukah anda tidur yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Berikut merupakan 5 sebab mengapa anda perlu untuk tidur lebih awal.

1. Kembalikan Tenaga

Selepas seharian melakukan aktiviti, malam merupakan waktu yang paling ideal untuk tubuh berehat. Tidur yang cukup dapat membantu proses pembaharuan sel dalam badan dan mampu mengembalikan tenaga yang hilang. Justeru, tidur yang mencukupi mampu meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

2. Hilangkan Stres

Tidur yang berkualiti dapat menghilangkan bebanan stres dan mengurangkan depresi. Ia juga mampu menyeimbangkan emosi kita dan mengelakkan kita berasa mudah marah.

3. Turunkan Berat Badan

Tidur awal mampu mempengaruhi penurunan berat badan. Para peneliti di Universiti Chicago berkata, mereka yang diet dengan memiliki waktu rehat yang baik lebih banyak mengalami kehilangan lemak hingga 56% dari berat badan. Mereka yang kurang tidur pula mudah merasa lapar kerana hormon tertentu dalam tubuh akan naik dalam darah dan mendorong nafsu makan.

4. Jantung Sihat & Panjangkan Jangka Hayat

Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Menurut kajian, serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Oleh itu, tidur awal yang secukupnya adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.

Bukan itu saja, tidur yang tidak mencukupi juga dikatakan akan menyebabkan hayat seseorang itu pendek. Ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. Oleh itu, tidur lebih awal kerana ia dikatakan mampu memanjangkan jangka hayat.

5. Tingkatkan Sistem Imunisasi

Sistem imunisasi amat penting untuk tubuh badan kita melawan dan menahan daripada serangan pelbagai penyakit. Jika seseorang terus-menerus berjaga malam ia mampu memberikan kesan terhadap sistem penahanan tubuh. Justeru, tidur awal mampu meningkatkan sistem imunisasi kita sekaligus menjamin kesihatan yang baik kepada kita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Pening Kepala Nak Packing Barang Untuk Balik Raya? Cuba Tip Ini

Tip packing barang nak balik raya ini akan membantu anda!

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Bila Sinki Dekat Rumah Anda Tersumbat. No. 4 Memang Berkesan!

Masalah sinki tersumbat mesti akan mengganggu kaum wanita yang biasanya adalah orang yang paling sibuk melakukan tugasan di rumah.

Featured Wed, 11 Sep 2019

Panduan minum kopi dengan betul

Hidup cergas dan sihat dengan secawan kopi

Gaya Hidup Sat, 24 Nov 2018
Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

5 Lokasi Percutian Dengan Nama Unik Di Malaysia, No. 1 Paling Lucu

Mendengar nama lima lokasi percutian ini memang boleh membuatkan sesiapa saja ketawa terbahak-bahak.

Bayangkan nama pulau, Pulau Kentut. Sudahlah Pulau Kentut, ada pula Pulau Kentut Kecil dan Pulau Kentut Besar. Pulau yang jika dilihat dalam kedudukan demografik, cuma bersebelahan itu terletak di Langkawi Kedah.

Gaya Hidup Thu, 7 Feb 2019

Suka menunjuk-nunjuk dan tayang kemewahan cara orang kaya baru nak naik! 

Golongan hartawan sekarang lebih mementingkan pendidikan dan kesihatan. 

error: Content is protected !!