Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin April 16, 2018 @ 5:30pm

Produk Kosmetik Daiso Ditarik Balik Kerana Mengandungi Bahan Penyebab Kanser. Jangan Guna Lagi!

Kita sedia maklum bahawa Daiso antara premis yang menjual pelbagai jenis produk dari Jepun dan kesemuanya ditawarkan dengan harga yang murah. 

Memiliki rangkaian premis di seluruh dunia, premis ini juga menjual pelbagai jenis produk kecantikan. Namun, baru-baru ini NHK penyiar berita dari Jepun telah melaporkan bahawa tiga produk Daiso didapati mengandungi bahan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser kepada sesiapa yang menggunakannya.

Mesti anda terkejut kan? Kalau anda nak tahu antara produk yang telah dikenal pasti adalah EverBilena Grey Hair Cover Up dalam Black, Dark Brown, dan Brown. Produk jenis touch-up pen ini jika diaplikasikan pada rambut yang beruban akan serta-merta mengubah mengikut warna daripada pen tersebut.

Foto: Daily Vanity

Semua rangkaian produk ini telah dihasilkan oleh Sunpalko, sebuah syarikat kosmetik yang berpusat di Tokyo, tetapi ia dikilangkan di Taiwan. Walaupun begitu, siasatan mendapati kehadiran bahan berbahaya itu dimulakan oleh syarikat Sunpalko. 

Pihak Daiso dan Sunpalko telah tampil memberitahu kepada NHK bahawa mereka tidak menerima sebarang aduan tentang produk tersebut daripada pengguna tetapi pihak mereka menasihatkan supaya pengguna tidak menggunakannya lagi. 

Foto: Arbamedia.com

Kalau anda nak tahu produk ini juga telah dijual di Daiso sejak Disember 2012 dan 2,000,000 unit telah dijual setakat ini di Jepun. Hasil daripada penemuan bahan penyebab kanser ini, Daiso Singapura telah menarik balik produk tersebut supaya tidak dijual. Pihak kami tidak pasti sama ada produk ini ada dijual di Daiso Malaysia ataupun tidak. Apa pun, anda perlu berhati-hati sebelum membeli sesuatu barang khususnya barang yang dijual dengan harga yang murah.

Sumber: Daily Vanity

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Jan 2026
Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Puteri Sarah Terkesan Isu Wanita Hamil Dicurangi – “Faham Sangat, Been There”

Puteri Sarah memahami situasi berkenaan kerana dia pernah menghadapinya

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Mon, 30 Jun 2025

Dakwa Jadi Mangsa Ciplak, Noraniza Idris Luah Rasa Kecewa

Alamak, Kak Ani jadi mangsa ciplak ke?

Featured Fri, 9 Jun 2023

Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

Tak sabar nak tahu keputusan kes…

Featured Fri, 30 Sep 2022
error: Content is protected !!