Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops April 20, 2018 @ 11:00am

Peminat Salted Eggyolk Mesti Cuba Resipi Ayam Goreng Oleh Chef Cilik Danish Harraz Ini

Beberapa tahun lepas, ramai orang kecoh tentang trend masakan salted eggyolk (kuning telur masin) yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis masakan.

Hidangan yang paling popular mungkinlah salted eggyolk croissant, tapi peminat salted eggyolk mesti cuba makan dengan ayam goreng. Rasa power!

Chef cilik Danish Harraz baru-baru ini ada berkongsi sebuah resipi seperti ini tapi dia hanya menggunakan kepak ayam. Lagi syok makan!

Digelar “Crispy Salted Egg Wings”, masakan ini macam ayam goreng biasa. Cuma ia disaluti dengan sos telur kuning masin. Fuhhh, bayangkan saja pun dah tahu sedap.

Kalau anda tak kenal siapa Danish Harraz ini, no problem. Baru saja berumur 11 tahun, chef muda ini telah belajar memasak dengan sendiri, ya! Dia kata cikgunya ialah Internet. Dia kini mempunyai 99,000 followers di Instagram. 

Foto: NSTP

Anda boleh check out akaun media sosialnya dan lihat sendiri apa yang dia pernah masak. Macam-macam ada! Bukan itu saja, kek dan biskut pun dia pandai buat!

Contohnya, tengok dia masak Crispy Chicken Schnitzel With Mushroom Black Pepper Gravy. Comel je!

Kalau berminat nak cuba masak kepak ayam goreng bersama sos telur kuning masin seperti yang Danish kongsi, jom tengok resipinya!

Bahan-bahan untuk kepak ayam goreng:

  • 12 – 14 ketul chicken wings
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • Serbuk lada Cayenne (optional, kalau nak pedas sedikit)

Cara-caranya:

  • Bersihkan ayam, keringkan dan perapkan dalam garam dan serbuk lada hitam selama 15 minit. Jika anda inginkan sedikit kepedasan, letakkan sedikit serbuk lada Cayenne di dalam perapan.
  • Di dalam mangkuk, gaulkan ayam tadi dengan tepung gandum dan serbuk penaik. Pastikan keseluruhan permukaan ayam itu disaluti tepung.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam secara deep fry dengan api sederhana.

Bahan-bahan untuk sos telur masin:

  • 4 biji telur masin
  • 20 helai daun kari
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar susu cair atau krim putar
  • 3-4 biji cili padi, dibuang biji dan dihiris (optional, kalau nak pedas sikit)
  • 1 sudu besar bawang putih, dicincang
  • 1 sudu kecil gula
  • ½ sudu kecil serbuk kari

Cara-caranya:

  • Asingkan telur putih dan kuning. Steam telur kuning selama 10 minit atau sehingga masak.
  • Hancurkan telur kuning sampai jadi mash.
  • Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masukkan daun kari, cili padi dan bawang putih. Goreng sehingga wangi.
  • Masukkan telur kuning dan kacau sehingga berbuih.
  • Masukkan susu cair atau krim putar, gula dan serbuk kari.
  • Biarkan sos ini mendidih dan surut sedikit sebelum dialihkan dari api.
  • Tuangkan sos ke atas kepak ayam sampai rata. Kemudian hidangkan ketika masih panas. Dah siap!

Ayam goreng yang rangup, dimakan pula dengan sos yang masin, berkrim dan pedas… Meleleh air liur bayangkannya. Jom cuba!

Sumber: Instagram Danish Harraz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 15 May 2018

Nak Cantik Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Ladies Kena Amalkan Penggunaan Minyak Pati

Daripada insomnia sehinggalah masalah jerawat, segala kebimbangan anda tentang penjagaan kecantikan boleh diselesaikan dengan bantuan minyak pati.

Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempoi Layan Pengamal Media, Anwar Ibrahim Ajak Pergi Kelantan Lawat Mangsa Banjir

@jason.yew Siapa nak ikut? PM bergerak ke Kelantan selepas sidang media #kerajaanperpaduan #DemiPertiwi #DSAIPM10 #anwaribrahim #banjir2022 #foryou ♬ original sound – JASON Update Tular sebuah video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempoi […]

Gaya Hidup Wed, 8 Aug 2018

5 Tip Untuk Mencegah Uban Di Kepala. Baru Sentiasa Nampak Muda!

Jangan biar rambut beruban burukkan penampilan anda!

Gaya Hidup Mon, 13 May 2019

Panduan mudah solat tarawih di rumah, indahnya beribadah

Jangan sedih kalau tidak sempat ke masjid

Featured Wed, 6 Mar 2019
Featured Tue, 16 Oct 2018
Gaya Hidup Fri, 28 Sep 2018
Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Perhatian Kepada Wanita Bekerjaya! Ini 5 Tanda Yang Akan Anda Alami Jika Terlalu Penat Bekerja

Sebenarnya, kalau terlalu penat bekerja, ia akan memudaratkan diri kita! Ketahui 5 tanda ini.

Gaya Hidup Thu, 4 Oct 2018

Tip Pemanduan Ketika Musim Hujan Yang Perlu Anda Praktikkan

Paling banyak kematian berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Featured Thu, 30 Apr 2020
error: Content is protected !!