Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom October 16, 2018 @ 4:00pm

Jangan Terlalu Yakin Bahasa Rojak Digunakan Anda Betul, Periksa Maksudnya Dulu!

Bahasa rojak atau bahasa campur bukanlah sesuatu yang asing dan ia digunakan sejak zaman-berzaman, mungkin tempias daripada kesan penjajahan.

Yang pasti bahasa rojak sudah diterima masyarakat dan digunakan sebagai bahasa santai dalam kehidupan sehari-harian. Kini muncul pula budaya bahasa hipster!

Rojak atau hipster, jom kita lihat contoh ayat di bawah adakah tatabahasa dan struktur ayat yang digunakan anda dengan mencampur adukkan bahasa Melayu dan Inggeris membawa maksud yang betul?

Foto: Wanista

Contoh ayat:

“Dah kenapa ni blur sangat, cable dah putus kot, dah kena sound pun slumber je, action pulak tu, macamlah terror sgt, spender pun mak bapak beli, ada hati nak tackle anak datuk, budgetlah sikit..”

Penjelasan maksud sebahagian perkataan bahasa Inggeris yang digunakan dalam teks di atas:

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌1. ‌‌TACKLE
English : menangani, mengatasi
Orang kita : Mengurat

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌2. ‌‌CHOP
English : Cincang
Orang kita : Rubber stamp

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌3. ‌‌BUDGET
English : Belanjawan
Orang kita: murah

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌4. ‌‌ACTION
English : Bertindak
Orang kita : Berlagak

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌5. ‌‌BLUR
English : Kabur, samar-samar
Orang kita : Bingung

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌6. ‌‌SOUND
English : Bunyi
Orang kita : Marah

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌7. ‌‌SLUMBER
English : Tidur lena
Orang kita : Bersahaja

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌8. CABLE
English : Kabel
Orang kita : “Orang Dalam”

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌9. TERROR
English : Keganasan
Orang kita : Hebat

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌10. ‌‌SPENDER
English : Orang yang berbelanja
Orang kita: Seluar dalam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Sat, 10 Apr 2021

“Bantu Usahawan Luaskan Peniagaan..” – Kempen Salam Sayang Ramadan TV3 Suntik Semangat Ramai

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) tampil dengan Kempen Salam Sayang menerusi siaran langsung di TV9 malam tadi. Mengangkat tema Salam Sayang, tema ini merupakan kesinambungan kepada Setulus Ikhlas yang dibawakan pada tahun lalu. Tahun ini, […]

Featured Sat, 11 Dec 2021

Kes Buli Pelajar di MRSM, Polis Tahan 6 Suspek Utama

Polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, […]

Featured Wed, 28 Dec 2022
error: Content is protected !!