Oh Lawa By: tex_admin April 20, 2018 @ 2:00pm

Dambakan Kulit Wajah Flawless? Ketahuilah 5 Jenis Vitamin Ini!

Jika berbicara soal kecantikan wajah, pasti anda akan terfikir tentang produk yang boleh merawat wajah kan? Sebenarnya, teknik penjagaan kulit wajah ini tidak terbatas pada produk penjagaan wajah semata-mata. Anda juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman, tidur yang mencukupi dan tabiat pemakanan berkhasiat termasuklah pengambilan makanan tambahan seperti vitamin.

Tetapi, adakah vitamin dapat membantu merawat kulit wajah kita agar terus kekal sihat dan cantik? Kalau anda nak tahu, vitamin sebenarnya ada terkandung dalam produk kecantikan yang anda gunakan setiap hari. Vitamin yang terkandung dalam produk penjagaan kulit wajah menjadi agen yang bertindak seakan nutrisi yang dibekalkan dari luar kulit, dan seterusnya membangkitkan lagi seri wajah anda!

Agaknya, vitamin jenis yang macam mana ya yang baik untuk kulit kita? Kalau anda nak tahu jom ketahui 5 jenis vitamin ini.

1. Vitamin C

Vitamin C biasanya kalau kita lihat dalam bentuk pil yang perlu dimakan. Namun, vitamin ini juga terkandung dalam produk penjagaan wajah yang biasanya boleh didapati di dalam produk pelembab. Ianya sangat berkesan untuk melawan noda di wajah seperti jeragat, kedutan serta bertindak sebagai agen anti penuaan. Bukan itu sahaja, kulit anda juga akan lebih licin dan lembut. Wow! Hebatnya!

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan vitamin C ini melalui pemakanan seperti buah betik, strawberi, nanas dan brokoli adalah jenis makanan yang sarat dengan vitamin C selain daripada oren. Paling best sekali, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin ini dapat menambahkan keberkesanan pelindung sinar yang disapu pada kulit dengan mengurangkan kerosakan sel akibat pancaran cahaya matahari.

2. Vitamin E

Jika anda menggunakan sunblock setiap hari, ianya bagus! Ini kerana, sunblock atau produk pelindung sinar mempunyai vitamin E yang bertindak membekalkan kelembapan pada kulit dan juga bertindak dalam melawan sinaran UV.

Tahukah anda, sebuah kajian yang telah dijalankan mengatakan vitamin E yang disapu pada kulit membantu mengurangkan kekeringan, kemerahan serta bengkak akibat pendedahan sinaran UV. Bukan itu sahaja, ianya turut menghalang proses penuaan kulit pra-matang. Antara makanan yang kaya dengan vitamin E adalah kekacang, avocado dan sayur bayam.

3. Vitamin A

Foto: Medical News Today

Jika anda nak kulit wajah sentiasa nampak muda remaja, vitamin A mampu menunaikan hasrat anda itu! Ini kerana, vitamin A berkesan dalam melawan kedutan dan melicinkan noda kasar pada wajah melalui teknik pengelupasan. Ianya juga boleh didapati dalam krim malam dan losyen. Ubi kayu, lobak dan ikan tuna merupakan pilihan makanan yang kaya dengan vitamin A.

4. Vitamin B3

Foto: Sportmix24

Vitamin B3 juga antara vitamin yang bagus untuk kulit kita. Hal ini kerana, vitamin B3 ini dapat mengurangkan kemerahan kulit serta pigmentasi dan mengurangkan bintik hitam. Krim malam atau losyen wajah dan serum antara produk yang mengandungi vitamin jenis ini yang bertindak meningkatkan pengeluaran sel ceramide dan asid lemak yang merupakan komponen utama dalam melindungi kulit secara luaran.

Anda juga boleh makan daging ayam dalam menu harian kerana ianya penuh dengan vitamin B3. Menurut kajian yang dijalankan di Australia, pengambilan vitamin ini secara berterusan sehingga setahun mampu mengurangkan risiko kanser kulit. 

5. Vitamin K

Adakah anda mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata? Jika ya, anda sangat memerlukan vitamin K! Kalau anda nak tahu, vitamin K dapat merawat masalah lingkaran hitam bawah mata. Anda boleh dapatkannya melalui produk krim mata.

Selain itu, vitamin K juga berkesan untuk menghilangkan parut malahan digunakan secara meluas oleh pakar perubatan untuk merawat pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan. Sapu krim yang mengandungi vitamin B3 ini juga boleh merawat kulit kusam yang tidak sekata. Sayuran seperti kale, daun basil dan asparagus mempunyai vitamin K yang tinggi.

Jadi, lepas ini sebelum anda menggunakan sesuatu produk, anda perlu semak ramuan yang ada dalam produk tersebut. Adakah terkandung vitamin-vitamin yang kami senaraikan ini. Jangan tahu beli sahaja tanpa semak! Amalkan juga pemakanan yang sihat ok! Barulah dapat kulit wajah yang berseri-seri.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 14 Feb 2019

5 tip penjagaan mutiara agar tetap kekal mewah! 

Pemakaian mutiara dipadankan dengan busana indah, sememangnya tampak cukup elegan. 

Oh Lawa Mon, 13 Aug 2018

Amalan Pupur Kopi Boleh Buat Kulit Anda Nampak Muda, Suka Ke Tidak?

Selepas siap mandi, amalkan pupur kopi ini setiap pagi selama dua minggu.

Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Hijab vs. Turban

Tidak keterlaluan jika dikatakan, penyanyi Crush, Yuna, telah membawa evolusi stail turban dalam kalangan Muslimah Malaysia. Hijabster kini lebih terbuka untuk menggayakan turban sebagai alternatif tampil berbeza berbanding gaya yang telah dicuba sebelum ini.

Featured Mon, 30 Sep 2019

Mahu rambut sihat berkilat seperti rambut artis K-Pop? Ikuti 6 panduan ini

Walaupun digayakan banyak kali, rambut mereka tetap tampak lembut.

Featured Mon, 7 Jan 2019

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Teknik ini bukan menggunakan pengetip bulu mata, ya!

Featured Fri, 14 Feb 2020

Isteri pun boleh jadi sehangat model Victoria’s Secret kalau suami lakukan ini…

Apabila isteri atau teman wanita merajuk, kebanyakan lelaki lazimnya tidak berusaha untuk memujuk, malah ada yang buat tidak endah. Walaupun tidak semua lelaki sebegitu, kebanyakannya memang sebegitu! Walhal wanita yang dikatakan makhluk Tuhan paling kompleks […]

Oh Lawa Mon, 9 Apr 2018

Transformasi Pakaian Lama Anda Kepada Sesuatu Yang Trendy Dengan Teknik DIY Ini

DIY atau erti kata lain Do It Yourself adalah satu daya kreativiti dalam memanfaatkan barangan terpakai dan menjadikannya sesuatu yang bermanfaat. Buat para gadis, video yang dikongsikan untuk anda ini pastinya dapat membantu sekaligus membuatkan anda berfikir dua kali sama ada mahu membuang baju lama atau bergaya ranggi dengannya  selepas mempelajari teknik DIY. Selamat mencuba!

Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Wed, 10 Jul 2019

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

3 produk ini wajib ada dalam beg anda