Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin October 1, 2019 @ 9:10am

Sniker botol plastik, inisiatif Aldo selamatkan bumi

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Bersempena dengan kempen kitar semula butik Aldo Malaysia, syarikat pengeluar kasut terkemuka itu  memperkenalkan kasut sniker mesra alam pertama keluaran syarikat itu, dengan nama RPPL atau disebut ripple.

Hadir dengan rekaan yang moden, kasual dan mudah digayakan dalam pelbagai acara, keistimewaan utama kasut ini adalah dihasilkan daripada bahan kitar semula dan berimpak rendah yang digunakan dalam pembuatan kasut berkenaan, sekali gus menyumbang kepada usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Koleksi RRPL turut menampilkan rekaan kasut slip-on bagi pengguna yang memerlukan kasut ringkas dan mudah untuk dipakai ke mana-man. Foto: Aldo Malaysia

Sebagai contoh, bahan yang digunakan dalam pembuatan fabrik kasut RPPL itu diambil daripada botol terbuang yang jika tidak digunakan, akan menyumbang kepada pencemaran ekosistem laut di seluruh dunia.

Untuk setiap pasang RPPL, sebanyak tiga ke enam botol digunakan bagi membuat fabrik kasut berkenaan yang pastinya selesa untuk dipakai oleh semua golongan pengguna.

Sementara itu, bahagian tapak kasut RPPL pula menggunakan material busa BLOOM, satu produk inovatif hasil daripada alga biojisim (biomass) yang diformulasikan menjadi bahan boleh kitar semula.

Alga ataupun rumpai air adalah sejenis tumbuhan parasit yang boleh tumbuh dengan cepat tanpa apa-apa bahan bantuan seperti baja dan racun perosak. Kehadiran alga di dalam ekosistem seperti tasik dan laut berupaya mengganggu kelestarian hidupan di kawasan berkenaan.

Selain itu, busa BLOOM juga tampil sebagai bahan alternatif kepada material yang biasa digunakan untuk membuat tapak kasut iaitu petrokimia, bahan sampingan yang diperoleh daripada petroleum.

Dua impak utama pembuatan koleksi RPPL terhadapap alam sekitar ialah mengurangkan pencemaran air dan juga menurunkan tahap kebergantungan terhadap bahan api fosil dalam proses pembuatan kasut. Foto: Aldo Malaysia

Tampil dengan koleksi untuk lelaki dan perempuan, produk terbaharu Aldo ini juga dipercayai mampu mengurangkan sebanyak 46 tan gas karbon dioksida daripada atmosfera bumi, di samping menyumbang kepada pemeliharaan lebih kurang 2.5 juta liter air bersih dan terpakai yang pastinya menyumbang kepada kelestarian hidupan laut.

Apa yang lebih menarik lagi tentang kelestarian koleksi ini, kotak kasut bagi setiap jenis RPPL yang hadir dengan empat variasi warna ini juga diperbuat 100 peratus daripada bahan boleh kitar semula.

Untuk kempen kedai kitar semula Aldo yang bermula daripada akhir September sehingga akhir Oktober 2019, syarikat berkenaan bekerjasama dengan iCYCLE, penyedia penyelesaian pengurusan bahan buangan dan kitar semula.

Pengguna berpeluang untuk menyertai kempen alam sekitar di Butik Aldo Malaysia terpilih sambil mendapatkan rebat sebanyak RM80. Foto: Aldo Malaysia

Bagi para pengguna yang berminat untuk menyertai kempen ini, bawa satu beg yang dipenuhi dengan botol plastik kosonga dan pergi ke 5 butik Aldo terpilih iaitu Paviliom, KLCC, The Gardens, One Utama dan Sunway Pyramid untuk diletakkan di tong kitar semula yang disediakan.

Peserta kempen ini akan dihadiahkan dengan rebat sebanyak RM80 ringgit yang tentunya boleh digunakan dalam pembelian koleksi sniker RPPL yang mesra alam.

Kesemua koleksi RPPL boleh didapatkan di butik Aldo terpilih dengan harga RM399.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Jun 2026

“Dia Workaholic Tapi Anak-Anak Akan Jadi Keutamaan” – Lisa Surihani Dedah Sisi ‘Fatherly’ Yusry

Kata Lisa, Yusry tak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa walaupun jadual kerjanya padat.

Oh Lawa Thu, 18 Oct 2018

Aktiviti Lasak Bukan Lagi Penghalang Buat Wanita Berhijab. Najwa Sports Collection Harus Dimiliki

Najwa Sports Collection menyediakan penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang tidak berkompromi dengan aurat atau gaya.

Featured Tue, 6 Nov 2018

Menurut Kajian, Makan Buah Pir Berkulit Merah Boleh Cantikkan Kulit

Lagi banyak makan, lagi cantik kulit anda!

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ditanya Siapa Buat? Pakar Psikiatri Dedah Bella Sebut Nama ‘Benon’ & Buat Pergerakan Isyarat

Semoga adik Bella terus kuat dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Featured Tue, 9 Nov 2021

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kajian tersebut dijangka berakhir pada hujung tahun ini

Featured Tue, 21 Mar 2023
error: Content is protected !!