Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 7, 2023 @ 5:34pm

[VIDEO] Siti Nurhaliza Tak Sangka Aafiyah Rajin Bantu Rakan OKU Di Sekolah – “Masya-Allah Anak Ibu, Penting Kita Tunjuk Contoh Baik…”

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui terharu apabila mendengar kisah puterinya, Siti Aafiyah Datuk Khalid yang rajin membantu rakan Orang Kurang Upaya (OKU) ketika di sekolah.

Menerusi sebuah video temubual Siti Nurhaliza bersama Mingguan Wanita, pelantun lagu Sehebat Matahari ini tidak menyangka anaknya gemar membantu rakannya itu.

“Saya tak boleh lupa sebab anak kita kan, saya tak sangka. Di sekolah Affiyah ada seorang anak orang kurang upaya (OKU), dia pakai wheelchair.

“Cikgu kata Aafiyah yang akan bantu dia ambil air, banyak perkara dia bantu.. saya masa tu MasyaAllah, Aafiyah bagusnya,” tuturnya,

Jelas Siti Nurhaliza lagi, antara perkara yang paling utama apabila menjadi seorang ibu bapa adalah untuk mempunyai sikap yang baik agar boleh menjadi teladan buat anak-anak.

“Kadang-kadang benda ni yang kita kena terapkan kepada anak-anak. Seperti ibu kena tunjuk contoh yang baik, supaya anak-anak boleh melakukan perkara yang sama,” ujarnya lagi.

@mingguanwanita

Tokti terharu Afiyah bantu kawan OKU di sekolah. Sejuk perut ibu mengandung.

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terharu mendengar kisah anak pelantun lagu Cindai ini.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza hangat menjadi perbualan ramai apabila tular keperibadian murninya yang telah menghulurkan bantuan menampung kos rawatan pembedahan jantung kepada individu tidak dikenali.

Artikel Berkaitan: Individu Dedah Siti Nurhaliza Beri Bantuan ‘Operation’ Jantung Anak – “Kami Sekeluarga Terhutang Nyawa & Budi”

Susulan itu, penyanyi Faizal Tahir juga turut mendedahkan Siti Nurhaliza seorang yang tidak berkira dan sering memberi bantuan secara senyap.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza ini adalah antara kalau boleh saya nak cakap Hamba Allah, manusia yang paling baik pernah saya jumpa.

“Hati dia tu Allah sahaja yang tahu, dia antara orang yang senyap-senyap sokong daripada belakang ketika saya pergi ke misi membantu pelarian di Syria.

“Ini adalah contoh yang rasa saya yang Malaysia perlu dibanggakan, perlu dicontohi. Buat benda baik tak perlu secara senyap, tak perlu bisingkan,” ujarnya ketika di konsert Faizal Tahir baru-baru ini.

@kick_kapoor8989

Wajah Siti Nurhaliza merah padam bila FT bongkarkan kebaikan beliau……insan yang patut dicontohi.. #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza

♬ Dirgahayu – Faizal Tahir & Dato’ Sri Siti Nurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

Nak Tenung Muka Siapa Hingga Tertidur

Nak Tenung Muka Siapa Hingga Tertidur tu Fathia Latiff, habis Twitter di share pada semua

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

童缤毓:我本身有点敏感体质!拍摄片场灵异事件令拍摄阻滞重重

马中合资爱情惊悚电影《双生》1213上映;片场灵异事件令拍摄阻滞重重,童缤毓”我本身有点敏感体质!“

familuv Tue, 5 Mar 2019

Manfaat dan kemudaratan “tandem nursing”. Ibu bapa sila ambil perhatian!

Semakin kerap anak menyusu, semakin banyak susu terhasil

Featured Thu, 23 Apr 2020
Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Baju Raya Sepasang, Aidilfitri Sherry Ibrahim Tetap Meriah!

Benda boleh jimat, buat apa nak membazir kan?

Featured Sat, 25 Apr 2020

Awas jangkitan malaria, cegah sebelum menjadi wabak

KKM sasar sifar malaria sempena Hari Malaria Sedunia

Trending Tue, 12 Apr 2022

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pembatalan kelulusan kit ujian kendiri

error: Content is protected !!