Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 26, 2018 @ 9:00am

Kecederaan Di Kaki Punca Bagaimana Ummi Nazeera Tahu Dirinya Hamil

Perkhabaran gembira berhubung kandungannya yang memasuki empat bulan dikongsi pelakon Ummi Nazeera, 28, semalam, melalui akaun Instagram miliknya.

Tahniah Hijab & Heels ucapkan kepada pelakon berwajah ayu ini kerana selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga, dia bakal bergelar ibu pada Oktober depan.

Pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, berkata, berita kehamilannya itu sesuatu yang cukup menggembirakannya dan suami termasuk keluarga kedua-dua pihak.

Foto : pepatung

“Saya tidak menyedari hamil pada awalnya namun sewaktu mengalami kecederaan ketika menjalani sebuah penggambaran filem Gol & Gincu Vol 2, menjadi penyebab bagaimana saya mengetahui hal itu.

“Ketika berkunjung ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan X-Ray untuk memeriksa kecederaan kaki saya akibat berlatih bermain futsal untuk salah satu babak salam Gol & Gincu, masa itulah doktor mengesyaki saya hamil.

“Bagaimanapun selepas ujian dilakukan keputusannya samar. Tiga hari kemudian saya tergerak hati untuk menjalankan ujian sekali lagi dan Alhamdulillah keputusannya saya sah hamil!” katanya.

Foto : Hangat dot com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Mar 2020

Raja Permaisuri Agong sedia hidangan untuk kakitangan hospital

Untungnya dapat rasa air tangan Tunku Azizah

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Featured Wed, 5 Sep 2018

Kylie Jenner Berikan ‘Tour’ Ke Rumah Besarnya, Anda Pasti Akan Rasa Jealous

Haih, sesetengah orang memang bertuah dalam hidup.

Trending Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Wed, 22 Oct 2025

“Tak Habis Lagi Ke Benda Ni?” – Isu Follow & Unfollow, Anzalna Nasir Tak Ambil Kisah 

Kata Anzalna, hidup ini bukanlah berdasarkan pengikut atau seberapa banyak ‘likes’ yang diperolehi memandangkan kehidupan sebenar bukanlah berlandaskan sosial media semata-mata.

error: Content is protected !!