Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 7, 2018 @ 1:44pm

4 Khasiat Epal Hijau Yang Anda Tidak Tahu Selama Ini

Adakah anda gemar makan epal hijau? Bagi anda yang suka rasa masam, anda pasti suka akan buah epal hijau ini. Buah ini adalah antara buah-buahan favourite bagi mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan.

Epal mempunyai kadar lemak yang rendah, tetapi ia mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. Serat inilah yang membantu anda berasa cepat kenyang. Nak tahu antara khasiat epal hijau ini? Jom baca ini:

1. Mengatasi masalah sembelit

Epal hijau dapat membantu membersihkan saluran usus serta membuang sisa toksik dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Selain itu, zat masam epal hijau merupakan pembersih sistem tubuh yang baik. Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia boleh membantu anda!

2. Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Epal hijau kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan serta mengandungi vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan kandungan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas dan membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.

3. Mengandungi karbohidrat

Kalau anda nak tahu, sebiji epal hijau mempunyai anggaran 22 gram per 154 gram karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan dan apabila dia ditambah dengan serat yang ada dalam epal ini, ia dapat menggalakkan rasa kenyang.

4. Makanan tinggi serat

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat ini dapat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan kita.

Ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Selain itu, serat dalam buah epal hijau ini juga dapat membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. 

Anda dah tahu kan antara khasiat epal hijau ini? Lepas ini bolehlah biasakan diri anda untuk makan  buah ini setiap hari. 

Sumber: Women Media Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Thu, 5 Jan 2023

Nas Ahmad Terjah Diuji Masalah Jantung – “Ya Allah! Lainnya Dia Sekarang”

Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik

Featured Thu, 6 Jul 2023
Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Sebelum melancong, anda perlu menitikberatkan tahap keselamatan anda nanti.

Featured Wed, 29 May 2024

Didakwa Bersikap Perkauman, Chef Wan Tampil Mohon Maaf – “Saya Hormat Semua Budaya & Agama Di Seluruh Dunia”

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga ia jadi pengajaran buat semua.😎

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Fail Cerai Bukan Sebab Faisal Halim Tak Ada Duit  & Tak Handsome” – Peguam Isteri Perjelas Punca Cerai

Peguam tampil menjelaskan situasi sebenar mengapa anak guamnya memfailkan perceraian.

Featured Mon, 20 Feb 2023
error: Content is protected !!