Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: tex_admin May 14, 2018 @ 12:50pm

Macam Ini Rupanya Nak Buat Bayi Aktif Dalam Perut. No.2 Paling Berkesan!

Bagi anda yang baharu sahaja disahkan hamil pasti menzahirkan rasa gembira yang tidak terhingga kan? Pastinya anda mula prepare dari segi mental dan fizikal. Lagi-lagi pada mereka yang baharu pertama kali hamil. Mesti excited!

Kali ini penulis nak kongsikan kepada anda bagaimana cara yang perlu anda lakukan apabila bayi dalam kandungan tidak aktif. Jururawat yang merawat anda dan kandungan pasti akan mengingatkan anda untuk mencatat pergerakan bayi dalam kandungan seawal 16 minggu ke atas. Tapi, kalau bayi dalam kandungan tidak aktif macam mana ya?

Jangan risau, ini cara yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan tahap pergerakan bayi dalam kandungan. Selepas anda mencuba cara ini, anda akan merasa bayi anda mula bergerak seperti menendang.

1. Baring

Foto: Babble

Anda boleh baring ke sebelah kiri, kemudian tumpukan perhatian untuk merasakan pergerakan bayi selama kira-kira 2 jam. Anda akan merasakan bayi bergerak sebayak 10 kali, dan sekiranya kurang daripada itu perlu menghubungi doktor ya.

2. Makan atau minum

Foto: Livestrong.com

Anda juga boleh minum segelas air oren untuk mengejutkan bayi anda. Makanan juga akan memberi kesan yang sama. Selain itu, ia juga akan merangsang pergerakan dan menggalakkan bayi untuk menendang.

3. Guna irama muzik

Foto: Gravidanza

Anda boleh mendengarkan lagu kepada bayi dalam kandungan. Tetapi, janganlah pilih lagu yang terlalu rancak atau dipasang dengan kuat. Pilih lagu yang santai dan menenangkan. 

Mudah sangat caranya kan? Jadi, lepas ini anda perlu alert dengan pergerakan bayi ya. Bagus sebenarnya bayi yang aktif dalam kandungan, barulah kita tahu bayi kita sihat. Penulis nak pesan, jangan anda berdiam diri sahaja kalau bayi dalam kandungan tidak bergerak, takut nanti bayi mati dalam kandungan, anda sendiri pun tidak tahu. Moga dijauhkan!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 7 Jun 2018

Harus Bijak Pikat Hati Anak Agar Si Degil Akhirnya Mendengar Kata

Anak yang degil dan keras kepala adalah perkara yang biasa dilalui oleh ibu bapa.

familuv Thu, 30 Apr 2020
familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

familuv Mon, 24 Sep 2018
familuv Thu, 20 Sep 2018

Victoria Beckham Kongsi Rahsianya Tentang Membesarkan Anak-Anak Yang Sopan

Keluarga Beckham selalu nampak bahagia. Apakah rahsia mereka?

familuv Tue, 24 Mar 2020
familuv Mon, 4 May 2020

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Sentiasa pesan pada anak, bekerja kerana Allah

familuv Sun, 29 Mar 2020

Ingin anak bijak dan kreatif, lakukan aktiviti ini

Bantu rangsang minda kanak-kanak

familuv Mon, 3 Jun 2019

Pancing isteri dengan nota lucu, muka yang kelat berubah semanis kurma. Cubalah!

Suami atau teman lelaki harus lebih kreatif dalam memujuk pasangan!

familuv Fri, 14 Dec 2018

Yana Samsudin Kongsi Tip Bila Anak Tantrum

Tantrum dalam kalangan anak-anak memang normal.

error: Content is protected !!