Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 22, 2018 @ 10:00am

Tak Perlu Pergi Kedai Untuk Makan Telur Bistik, Ikut Saja Resipi Mudah Ini

Peminat-peminat telur semua! Anda mesti suka makan telur bistik, kan?

Tapi jangan tersilap pula! Telur bistik ni bukan macam telur bungkus di mana inti-inti sayur dan daging “dibungkus” dengan telur.

Telur bistik ni lagi senang nak buat. Tak payah bungkus-bungkus macam nasi pattaya; tuangkan saja intinya ke atas telur yang dimasak macam telur dadar. Budak kecil pun boleh buat!

Yang menariknya, telur ini disertakan dengan sayur dan daging, jadi ia boleh dijadikan sebagai sebuah meal yang lengkap. Tak payah makan dengan nasi pun boleh.

Nak cuba masak? Ini dia resipinya:

Bahan-bahannya:

  • 3 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/3 cawan daging cincang atau ayam yang dipotong kecil-kecil
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 inci halia, dicincang halus
  • 5 biji cili padi, dicincang halus
  • 1/4 cawan mixed vege (carrot, jagung, kacang peas)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu besar sos cili
  • 1/2 kiub pati daging lembu
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit air
  • Sedikit sos ikan

Optional, untuk hiasan:

  • Cili merah, buang biji dan dadu kecil
  • Hirisan daun bawang

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang-bawang, cili padi dan halia hingga harum.
  2. Masukkan sos tiram dan kacau. Masukkan juga kiub pati daging serta daging cincang dan kacau rata bersama sedikit air. Biarkan ia masak sekejap.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato dan kacau hingga sebati dan pekat dengan api kecil. Tambahkan mixed vege, gaul rata dan biarkan masak.
  4. Rasa sedikit dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul hingga rata dan matikan api.
  5. Masukkan sedikit serbuk lada hitam ke dalam campuran telur dan kacau hingga rata.
  6. Panaskan kuali leper anda dengan sedikit minyak. Goreng telur tadi dengan stail telur dadar hingga masak. Letakkan di atas pinggan.
  7. Curahkan campuran daging cincang tadi ke atas telur dan ratakan.
  8. Kalau nak, hiasi dengan daun bawang dan cili merah kecil.

Tips: Kalau nak telur anda garing, masukkan sikit cuka sewaktu anda pukul telur itu. Goreng di dalam minyak panas. In case ia hangus sebelum masak, perlahankan api dan tutup kuali.

Sumber: Tiffin Biru

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 4 Jun 2018

Berbuka Puasa Di Hotel Tenera Bagai Menikmati Masakan Air Tangan Ibu

Memperkenalkan tema “Sajian Nostalgia – Hargai Kenangan Lama”, hidangan yang disediakan berasa seolah menikmati masakan air tangan ibu.

Eat Travel Fri, 31 May 2019
Eat Travel Sun, 3 May 2020
Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

Eat Travel Mon, 9 Mar 2020

Petua mudah kurangkan rasa masin tanpa menggunakan air

Kata orang tua-tua, masakan terlebih masin itu tandanya jodoh dah dekat

Eat Travel Sat, 2 May 2020
Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020
Eat Travel Wed, 12 Sep 2018

Keenakan Ais Krim Gula Apong Setanding Sundae McDonald’s

Tambah memikat ais krim gula apong dihiasi dengan kacang cincang, serpihan Nestum atau serbuk Oreo.

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
error: Content is protected !!