Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 25, 2018 @ 4:00pm

Nak Muka Flawless Macam Izara Aishah? Pelakon Ini Kata Jangan Lakukan Kesilapan Lazim Ini

Di Malaysia, Izara Aishah adalah salah seorang selebriti yang memiliki wajah yang unik, disebabkan oleh darah kacukan Melayu-Pakistannya. Menambahkan lagi kecantikannya itu ialah kulit mukanya yang licin dan mulus.

Bila ditanya apa rahsia kecantikannya, dia berkata cara penjagaan kulitnya biasa-biasa saja.

“Tapi saya tak mengelap mula dengan tuala selepas mencucinya. Saya pakai tisu,” katanya kepada Hijab & Heels.

“Yelah, anda dah lap satu badan dengan tuala mandi. Tak tahulah apa kotoran yang dah melekat. Takkan nak pakai tuala yang sama untuk mengelap muka?”

Betul juga! Dengan menggunakan tisu yang sememangnya bersih, gerenti kulit anda kekal bersih setelah dicuci.

Jadi kalau anda nak muka flawless macam muka Izara, ikutilah cara penjagaan kulit yang dikongsikan ini.

Pelakon berumur 25 tahun ini juga mengingatkan anda untuk tanggalkan apa-apa makeup sebelum tidur agar kulit muka boleh bernafas semalaman.

Bila ditanya pula tips jaga badan, Izara terus terang mendedahkan yang caranya tidak sihat langsung untuk diikuti.

“Saya hanya makan bila saya lapar dan itu hanyalah sekali sehari. Jangan tiru sebab it’s not healthy,” dia berkata.

Dia akan makan proper meal sekali dalam sehari itu, dan bila-bila dia rasa lapar, dia akan makan “jajan” saja.

“Masa makan pun tak tentu. Kadang-kadang pukul 10 malam pun ada. Kadang-kadang terlupa nak makan kerana jadual saya terlalu packed,” katanya lagi. Wuish!

Tambahnya, suaminya Adib Khalid tidak mengikuti rutin makannya yang pelik ini. “Dia memang makan pada waktu yang betul. Kalau saya masak, saya tak makan. Dia seorang saja yang habiskan.”

So far, masakan Izara yang menjadi kegemaran Adib adalah ayam masak merah, butter chicken dan nasi padprik.

“Yang pentingnya dia tak nak ada apa-apa sayur dalam makanannya,” kata Izara sambil ketawa.

Pelakon J Revolusi ini ditemui di majlis berbuka puasa Shopee di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur Rabu lalu.

Di acara itu, platform e-dagang itu juga telah melancarkan inisiatif terbarunya iaitu Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad) di mana pelanggannya boleh membeli produk keluaran artis-artis tempatan kesayangan mereka.

Selebriti-selebriti pelopor Skuad ini terdiri daripada Izara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Nora Danish, Emma Maembong, Elfira Loy dan Heliza Helmi.

Shopee akan memperkenalkan barisan artis baru untuk Skuad ini pada setiap bulan, jadi nantikan giliran artis-artis seterusnya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 20 Jun 2018

Anda Alami Masalah Pori Muka Yang Besar? Amalkan 5 Tip Mudah Ini

Jangan biarkan pori-pori muka anda terbuka, lakukan 5 tip ini!

Featured Sat, 16 May 2020
Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

Featured Mon, 6 Dec 2021

“Mohon Doa Semua Ya”- Wani Kayrie Dijangkiti Covid-19

Dalam penyebaran wabak Covid-19 yang tidak pernah berhenti, tak mustahil untuk para penggiat seni dijangkiti Covid-19. Selepas pelakon Daiyan Trisha mengumumkan dia dijangkiti wabak terbabit, kini penyanyi Wani Kayrie pula mengumumkan dirinya positif Covid-19 menerusi […]

Featured Fri, 1 Jun 2018

Dinobatkan Sebagai Ratu Cantik Kaamatan, Kemenangan Hosiani Sememangnya Sudah Dijangka

Hosiani sememangnya calon favourite dan sejak awal lagi disebut-sebut mengambil alih gelaran berprestij itu.

Featured Wed, 24 Aug 2022
Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Wed, 25 May 2022

Suasana Upacara Pemakaman Tangmo Nida Pilu, Teman Lelaki Hadir Bawa Kucing Kesayangan

Selamat jalan, Tangmo… semoga keadilan terbukti untukmu 😭

Featured Thu, 17 Jul 2025
error: Content is protected !!