Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas March 19, 2018 @ 2:08am

Tahniah! Baby Pipi Merah Selamat Dilahirkan!

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39,  yang baharu sahaja menimang bayi comel pipi merahnya di sebuah pusat perubatan pada jam 8.17 pagi tadi.

Puteri sulongnya itu yang dilahirkan secara pembedahan seberat 3.55 kilogram berada dalam keadaan baik dan sihat.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa aka Datuk K, memilih hari Isnin untuk bersalin memandangkan tarikh berkenaan bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada 1 Rejab.

Seperti yang dinyatakan melalui perbualan telefon dalam program ‘Melodi’ semalam, Siti mohon diberi ruang untuk berehat dan tidak mahu lagi menerima tetamu pada hari pertama melainkan ahli keluarga terdekat.

“Selepas beberapa hari baharulah saya boleh menerima tetamu yang mahu melawat,” ujar Siti.

Berhubung wajah dan nama anak, Siti dan suami turut memaklumkan akan berkongsi maklumat tersebut selepas tujuh hari atau pada waktu yang sesuai kelak.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi,” ujar Datuk K.

Tentu ramai peminat Siti tak sabar nak melihat bayi pipi merah ini kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 15 Aug 2021

11 Sektor Ekonomi Dibenar Beroperasi Esok

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok. 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan […]

Featured Wed, 22 Dec 2021

Tamat Status Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Nikahi Bekas Pemain Bola Sepak

Pelakon Oktovia Manrose, 30, telah sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak Felda United, Mohamad Khairul Efsan Mdisa 31, pada malam Selasa. Dengan sekali lafaz Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia dinikahkan […]

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Thu, 21 Aug 2025
error: Content is protected !!