Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 3, 2018 @ 8:00pm

Tak Ada Oven Untuk Buat Cheesecake? Pakai Rice Cooker Pun Boleh! Ini Resipinya

Nikmatnya bila dapat makan cheesecake! Jika dibuat dengan betul dan dengan menggunakan ramuan yg berkualiti, fuuuh. Rasa macam heaven!

Daripada buat kek coklat yang dah biasa sangat, apa kata anda buat cuba buat kek keju pula?

Kerana ia adalah salah satu jenis kek yang paling popular di dunia, dah ada banyak variasi yang telah tercipta. Strawberi, mangga, coklat, durian, blueberry… Macam-macam yang anda boleh try.

Anda tak ada ketuhar untuk bakar kek anda? No problem! Tahukah anda? Periuk nasi elektrik pun boleh dipakai untuk membuat kek.

Di sini ada resipi mudah yang anda boleh cuba. Pastikan anda menggunakan rice cooker yang boleh disetkan secara automatik untuk memasak nasi putih biasa.

Jom cuba!

Bahan-bahannya:

200 gram cream cheese yang telah dilembutkan
2 biji
2 sudu besar jus lemon
200 ml susu penuh atau heavy cream
40 gram tepung kek adunan lempeng

Cara-caranya:

1. Di dalam mangkuk besar, gaulkan cream cheese, gula, jus lemon dan telur hingga sebati.

2. Masukkan susu dan tepung kek sedikit demi sedikit pada satu masa. Kacau betul-betul dan cuba untuk hancurkan ketulan bancuhan tepung yang terbentuk.

3. Untuk mendapatkan tekstur adunan yang halus, tapiskannya. Dengan menggunakan sudu, tekan lebihan adunan supaya ia hancur melalui penapis tersebut. Jangan membazir, ya!

4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk rice cooker dan masakkan selama satu pusingan memasak nasi putih.

5. Setelah dah settle, cucuk ke bahagian tengah kek itu dengan menggunakan sebatang lidi untuk memastikan sama ada ia betul-betul dah cukup masak. Kalau ia nampak bersih tanpa ada adunan yang melekat, maknanya kek anda dah cukup masak. Kalau ada adunan yang melekat, biarkan kek itu masak lagi dengan menggunakan setting “Keep Warm” pada rice cooker anda sampailah dah masak.

6. Keluarkan mangkuk rice cooker dan biarkan sejuk hingga ke suhu bilik.

7. Kemudian, letakkan sekeping kertas mintak di atas kek dan biarkan sejuk di dalam peti ais supaya ia keras.
Untuk mengeluarkan kek dari mangkuk rice cooker, gunakan pinggan kecil atau tangan anda sebagai tapak apabila anda terbalikkan mangkuk itu. Hati-hati, ya!

8. Potong dan hidangkan kek dengan topping kegemaran anda seperti sos coklat atau buah.

Senang macam kacang putih, kan? 

Untuk lebih faham cara-caranya, tengok video ini. Selamat mencuba! 

Sumber: Make Food Eat Food

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 6 Jun 2018

Teringin Nak Masak Mee? Cuba Resipi Mee Bandung Yang Mudah Dan Gerenti Sedap Ini

Kalau dan bosan dengan mee kari atau mee rebus, apa kata cuba masak mee bandung pula?

Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Wed, 8 May 2019
Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Sun, 24 May 2020
Eat Travel Mon, 14 May 2018

Nak Lebih Puas? Jom Makan Ais Kepal Milo Dalam Baldi Ini

Kalau anda peminat tegar Ais Kepal Milo? Jom try makan dalam baldi pula, memang puas hati!

Eat Travel Mon, 1 Oct 2018
Eat Travel Tue, 7 May 2019
Eat Travel Sat, 2 Feb 2019

Kekangan bajet untuk bercuti? Jom bergembira di 99 Wonderland Park, Jimat! 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini!  

error: Content is protected !!