Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops October 14, 2018 @ 12:00pm

Ini Resipi Sos Bolognaise Yang Berasaskan Sayuran, Khas Untuk Pengamal Diet Vegetarian

Sos Bolognaise adalah yang paling popular antara kesemua sos-sos untuk hidangan pasta. Ia merangkumi lebih daripada 800 kalori dan hampir 1,800 miligram sodium.

Sajian tradisional ini melibatkan beberapa ramuan penting, seperti daging (kadangkala sampai tiga jenis), krim, keju dan pasta. Ia memampatkan jumlah lemak tepu, yang sepatutnya dimakan dalam setengah hari, ke dalam satu hidangan.

Kalau itulah kesnya, bagi anda yang nak menjaga badan, mana boleh makan pasta Bolognaise ini! Sama juga bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian di mana mereka tak boleh memakan ramuan yang berasal daripada haiwan.

Nasib baik dah ada variasi sos pasta Bolognaise ini yang bukan saja bebas daripada daging haiwan, malah menggunakan gantian ramuan yang lebih sihat.

Jika anda berminat, rujuk kepada video ini untuk pelajari cara penyediaannya. 

Bahan-Bahan:

  • 285 gram cendawan cremini
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 sudu besar minyak
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukup rasa
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk oregano
  • 55 gram pes tomato
  • 1 tin tomato lenyek (crushed tomatoes)
  • 480 ml stok sayur
  • 425 gram kacang kuda, ditapis
  • Daun basil segar, sebagai hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Dalam sebuah food processor, kisar cendawan dan bawang hingga perlahan-lahan ia hancur menjadi ketulan halus.
  2. Panaskan minyak di dalam pan di atas api sederhana tinggi.
  3. Masukkan cendawan dan bawang kisar ke dalam pan dan taburkan sedikit garam dan lada. Tumis hingga sayuran itu telah keluarkan air dan menjadi lembut, iaitu kira-kira selama 8 minit.
  4. Masukkan bawang putih dan oregano. Kacau hingga wangi, iaitu selama 30 saat.
  5. Tolakkan sayuran ke bahagian tepi pan dan tuangkan pes tomato. Secara perlahan-lahan dan berperingkat, gabungkan sayuran di tepi dengan pes tomato hingga ia satu pes yang sekata.
  6. Tambahkan tomato lenyek dan kacau hingga ia betul-betul sebati dan pekat.
  7. Tambahkan stok sayur dan kacau hingga sos ini menjadi lebih pekat. Perlahankan api ke sederhana rendah jika ia berbuih dan menggelegak sangat.
  8. Sementara menunggu sos ini untuk mendidih, masukkan kacang kuda ke dalam food processor dan kisar sedikit demi sedikit hingga ia hancur.
  9. Tuangkan kacang kuda ke dalam penapis dan rendamkannya ke dalam mangkuk sederhana berisi air. Tuskan penapis selama 1 minit untuk menghapuskan kanji daripada kacang kuda tadi. Apabila air dalam mangkuk dah nampak keruh, alihkan penapis.
  10. Masukkan kacang kuda ke dalam sos dan kacau selama sekurang-kurangnya 1 minit untuk memberikan kacang kuda tadi masa untuk masak. Dah siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty, Cooking Light

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 11 Oct 2019
Eat Travel Wed, 10 Jun 2020

Nasi dagang Kak Engku penuhi cita rasa selera Pantai Timur

Makan seperti satu keluarga, erat silaturahim

Eat Travel Wed, 12 Sep 2018
Eat Travel Tue, 17 Jul 2018
Eat Travel Sun, 23 Sep 2018

Inilah Resipi Terbaik Biskut Cip Coklat Yang Khas Untuk Orang Vegan

Vegan, maknanya tiada ramuan tenusu tapi masih sedap dimakan!

Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Ini Rahsia Resepi Ayam Panggang Madu Yang Paling Sedap!

Cuti sekolah dah mula, jom panggang ayam bersama keluarga tercinta!

Eat Travel Wed, 17 Apr 2019

Resipi ‘Strawberry Popsicle’ untuk dicuba bersama anak menggunakan dua bahan sahaja. Enak dan mudah!

Aktiviti memasak di dapur dapat meningkatkan kemahiran motor anak anda.

Eat Travel Fri, 12 Apr 2019
Eat Travel Wed, 1 Aug 2018

Homemade Pizza Ini Memang Lazat Habis!

Pizza hasil air tangan anda sendiri lebih puas di makan!

error: Content is protected !!