Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom June 6, 2018 @ 6:44pm

Kerana Risaukan Keselamatan Anaknya Yang Dijaga Oleh Bekas Suami, Janet Jackson Hubungi Polis

Superstar Janet Jackson menelefon pihak polis pada malam Sabtu lalu selepas bimbang dengan keselamatan anak lelakinya, Eissa Al Mana.

CNN melaporkan pihak polis telah membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak berusia hampir dua tahun itu bagi pihak Janet yang ketika itu bawah jagaan bapanya, Wissam Al Mana.

Polis kemudiannya mengesahkan menemui Eissa yang sedang berada dalam keadaan baik bersama bapanya.

Janet berkahwin dengan jutawan dari Qatar itu pada Oktober 2012 sebelum mengumumkan dia hamil dengan anak pertamanya pada Oktober 2016 ketika dia berusia 50 tahun.

Janet dan Wissam telah berkahwin pada 2012 dan telah menyambut kelahiran Eissa pada Januari tahun lalu. Malangnya mereka mengesahkan perpisahan mereka tiga bulan kemudian.

Foto: people.com

Proses perceraian pasangan itu masih berjalan di mahkamah.

Janet dikatakan bimbang dengan keselamatan anaknya selepas mendakwa sikap Wissam yang panas baran mungkin boleh membahayakan anak mereka.

Kebimbangan itu turut diluahkan oleh pengasuh Eissa yang mengadu kepada Janet sebelum penyanyi itu menelefon polis.

Sumber: CBS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Jun 2022
Featured Thu, 7 Aug 2025

“I Am Jobless! Aku Perlukan Filem Yang Best”- Sharnaaz Ahmad

Mamu mencari naskhah yang baik untuk lakonannya.

Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Trending Tue, 13 Jul 2021
Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022

“Manja Tak Kami?” – Berjoget Anak Beranak, Netizen Simpati Nasib Cahaya Mata Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyyan tular di media sosial. @aliffsyukriterlajaklarisManjaaa tak kami??♬ No comment […]

Trending Tue, 20 Oct 2020
error: Content is protected !!