Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops June 8, 2018 @ 9:00am

Alamak! Tertelan Gula-Gula Getah, Adakah Ia Membahayakan Kesihatan?

Ada bukti yang menunjukkan yang mengunyah gula-gula getah adalah baik untuk kesihatan. Jika anda mengunyah jenis yang tiada kandungan gula, ia boleh memberi manfaat kepada kebersihan mulut, kurangkan kekeringan dalam mulut, kuatkan enamel gigi dan melindungi gigi daripada mereput.

Tapi kadang-kadang sambil kita mengunyah itu, kita boleh terleka sampai kita tertelan terus. Oops!

Penulis pernah melaluinya. Ketika tengah mengunyah gula-gula itu, terasa dahaga. Penulis pun minumlah air, confident yang gula-gula itu takkan termasuk sekali ke dalam kerongkong bersama air sejuk. Tengok-tengok memang betul, “dihanyutkan”. Haih.

Ada orang kata kalau anda tertelan chewing gum, ia akan kekal di dalam perut anda selama 7 tahun. Biar betul?

Gula-gula getah memang tak sepatutnya ditelan, tapi kalau dah tersilap langkah, macam mana? Bahaya ke tak? Apa yang terjadi kepada gula-gula itu bila ia di dalam perut?

Foto: Vinicius Amano/Unsplash

Sebelum kita ketahui jawapannya, jom ketahui dulu gula-gula getah ini diperbuat daripada apa.

Menurut History Channel, bahan ini dah mula dikunyah sejak 9,000 tahun lalu, tapi bukanlah jenis yang ada perisa buah-buahan atau peppermint yang kita biasa kunyah itu.

Ia diperbuat daripada sesuatu bahan dipanggil chicle yang datang daripada pokok sapodilla dan tujuannya adalah untuk menghilangkan dahaga.

Gula-gula getah yang kita kunyah sekarang diperbuat daripada getah semulajadi atau sintetik yang dicampurkan dengan pemanis.

Bila kita mengunyah makanan, enzim-enzim dalam mulut akan memecahkan kandungan makanan tersebut bagi membantu kita menelan.

Setelah ia ditelan, lagi banyak enzim dan protein akan memecahkan lagi makanan itu di dalam perut supaya zat-zat nutrisinya dihantar ke bahagian badan yang lain. Bahan pecahan makanan yang tak diperlukan akan dibuang.

Menurut BBC, gula-gula getah lain macam sikit. Ia tak boleh dipecahkan atau dilarutkan oleh mana-mana enzim. Jika anda menelannya, ia akan kekal dalam bentuknya. Alamak!

Foto: thesmartlocal.com

Tak apa, tak apa. Ada berita baik. Sistem pencernaan dalam badan berupaya untuk menolak gula-gula getah ke luar melalui saluran penghadaman kita.

Jadi secara kesimpulannya, jika anda tertelan chewing gum, tak apa. Sistem pencernaan anda boleh mengeluarkannya. No problem.

Tapi janganlah sengaja menelannya pula! Ia berpotensi untuk membahayakan kesihatan kerana ia boleh tersangkut di dalam saluran penghadaman anda dan menyebabkan sekatan.

Memanglah kena ada gumpalan gula-gula getah yang besar untuk menyebabkan sekatan tapi ia boleh terjadi, lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak.

Sekatan ini boleh menyebabkan sembelit, sakit perut dan lain-lain kesakitan. Jadi hati-hati ya!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 7 Nov 2019

3 langkah mudah kenal pasti strok

Akronim STR boleh selamatkan nyawa pesakit strok

Featured Tue, 23 Jun 2020

Terlelap 1 saat boleh jadi punca kemalangan di jalan raya

Ketahui langkah pencegahan bagi elak tertidur

Sihat Wed, 26 Dec 2018
Semarak Sat, 26 May 2018

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Tip berguna ini untuk kekalkan tenaga yang berterusan untuk ibu hamil yang berpuasa.

Featured Wed, 19 Dec 2018
Sihat Thu, 6 Dec 2018
Featured Mon, 3 Sep 2018

eBay ‘Remove’ Produk Pemutihan Gigi Daripada Terus Dijual Kerana Mengandungi Bahan Penyebab Kanser

Produk tersebut mengandungi sehingga 44% carbamide peroxide dan 9% hydrogen peroxide.

Featured Tue, 14 Apr 2020

Formula KKM berkesan, tiada lengkungan ketara dicatat

Pemantauan berfokus bagi kawal jangkitan

Featured Mon, 23 Mar 2020

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Sesiapa sahaja boleh lakukan 4 langkah mudah ini

Sihat Wed, 27 Jun 2018

Ini Tip Elak Keracunan Makanan Ketika Kunjungi Open House

Kalau tak nak terkena keracunan makanan, ikuti 3 tip ini!

error: Content is protected !!