Sihat By: tex_admin April 26, 2018 @ 2:00pm

Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Atasinya

Pernahkah anda mengalami sakit tumit yang kerap? Sebenarnya, wanita lebih mudah mengalami sakit tumit berbanding lelaki, lebih-lebih lagi kalau wanita itu sedang hamil.

Wanita yang sedang hamil akan mengalami banyak perubahan, mungkin ada dalam kalangan anda yang sedang hamil akan baik-baik sahaja, tapi ada juga wanita yang akan rasa sakit atau kurang selesa. Salah satu sakit yang biasa dialami oleh wanita hamil adalah sakit tumit atau Plantar Fasciitis.

Rasa sakit tumit ini adalah disebabkan gelung tisu penghubung dari tumit ke jari kaki sedang membengkak. Kalau tumit anda berasa sakit yang menusuk apabila naik tangga atau berdiri untuk tempoh masa yang lama, anda mungkin mengalami Plantar Fasciitis.

Mesti anda tertanya-tanya punca sakit tumit ini menyerang wanita yang sedang hamil kan? Ini antara punca dan cara untuk mengatasinya:

1. Ligamen yang lebih kendur dan lembut akibat hormon relaxin

Foto: Footcarefact.com

Tahukah anda, semasa anda hamil, plasenta, lapisan uterus dan membran yang mengelilingi janin akan mengeluarkan hormon relaxin. Tahap hormon relaxin paling tinggi semasa 3 bulan pertama akan membantu proses penanaman telur ke dalam dinding rahim dan meningkatkan plasenta.

Relaxin juga membantu mengawal perubahan sistem kardiovaskular, sistem ginjal dan fungsi arteri dalam tubuh wanita yang hamil. Tetapi, apabila sampai ke trimester ketiga, hormon relaxin ini akan mengendur dan melembutkan ligamen pada bahagian punggung bagi persediaan untuk proses bersalin. Ia juga akan menyebabkan ligamen yang lain dalam badan kita akan berubah seperti ligamen di lutut dan kaki sehingga boleh menjejaskan kestabilan tubuh anda.

2. Berat badan yang bertambah

Ketika hamil, penambahan berat badan adalah penting untuk ibu dan perkembangan bayi. Tapi penambahan tersebut juga adalah punca mengapa wanita hamil kerap sakit tumit kaki. Hal ini juga, akan menyebabkan penambahan tekanan pada tapak kaki dalam pada masa yang sama ligamen juga akan kendur dan keadaan ini akan menyebabkan fascia plantar membengkak dan koyak.

Ini pula cara untuk atasi sakit tumit:

1. Rawatan di rumah

Anda perlu banyakkan berehat dan elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan tumit bertambah teruk contohnya senaman berlari. Sebaiknya ketika anda sedang baring, naikkan kaki sekurang-kurangnya 6 inci lebih tinggi dari paras jantung selama 15 minit bertujuan untuk memperbaiki aliran darah. 

Selain itu, anda juga boleh lakukan senaman stretching yang paling mudah untuk bahagian betis dan plantar fascia selama 3 hingga 5 kali sehari untuk memanjangkan tali tumit agar tidak terus kendur. Anda juga boleh membeli kasut yang mempunyai sokongan lengkungan dan kusyen yang baik. Ataupun ketika anda ingin tidur, gunakan night splint untuk menghalang plantar fascia dari memendek atau kendur semasa anda tidur.

Foto: J-Brace

2. Rawatan tanpa pembedahan

Anda juga boleh mendapatkan ubat penahan sakit dan ubat anti-inflamasi yang bukan daripada steroid. Contohnya anda boleh makan jenis ubat seperti Ibuprofen dan Paracetamol akan melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak.

Foto: Radio NZ

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan suntikan steroid terutamanya kortison yang merupakan ubat anti-radang yang dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Rawatan gelombang extracorporeal juga boleh anda lakukan untuk merangsang proses penyembuhan tisu-tisu yang rosak. Rawatan jenis ini tidak melibatkan pembedahan.

3. Pembedahan

Pembedahan adalah langkah terakhir jika anda mengalami sakit tumit yang berpanjangan (6 bulan atau lebih). Antara pembedahan yang boleh dilakukan adalah pembedahan gastroknemius dan pembedahan plantar fascia. 

Pembedahan gastroknemius – untuk memanjangkan otot betis dan meningkatkan gerakan pergelangan kaki.

Pembedahan Plantar Fascia – ligamen akan dipotong bagi melegakan ketegangan.

Untuk pengetahuan anda juga, sakit tumit ini tidak akan hilang dengan sendirinya selepas anda melahirkan anak. Sebaiknya, anda perlu atasi sakit tersebut dengan melakukan pencegahan awal seperti yang telah penulis kongsikan tadi. Semoga info ini bermanfaat dan memberi anda pengetahuan yang baharu.

Sumber: Healthline , Physioworks , TheAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 18 Oct 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan narsistik?

Ketahuinya sekarang, mungkin anda salah seorang daripadanya.

Sihat Tue, 25 Sep 2018
Gaya Hidup Tue, 8 Oct 2019

6 teknik regangan yoga mudah yang anda boleh amalkan di pejabat

Nak buat di meja kerja pun boleh. Mudah sahaja!

Featured Mon, 4 Nov 2019

Makan waktu malam punca berat badan naik sekadar mitos?

Jumlah kalori yang diambil adalah penyebabnya, bukan waktu makan

Featured Mon, 13 Apr 2020
Sihat Thu, 19 Dec 2019

Menongkah arus strategi promosi klise, TKO Nutrition lantik duta pelangsingan lelaki!

TKO Nutrition produk lengkap dengan pakej coaching rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan.

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Bahagian intim berbau? Awasi ‘tombong’ musuh wanita!

Jangan dibiar, anda mungkin kehilangan rahim.

Featured Sat, 11 Apr 2020

6 cara mudah untuk kekal sihat tanpa perlu berbelanja!

Berpandukan sifir sihat, anda selamat

Sihat Wed, 2 Jan 2019

9 Azam Tahun Baru Tentang Kesihatan Yang Para Doktor Ingin Anda Buat

Inilah panduan terperinci untuk anda yang nak sihat.

error: Content is protected !!