Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: tex_admin June 19, 2018 @ 11:00am

Awas Pencinta Kucing, Bulu Kucing Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda!

Kucing antara haiwan yang menjadi pilihan semua orang lebih-lebih lagi pencinta haiwan untuk memeliharanya di rumah. Ada yang menjadikan kucing ini sebagai peneman setia mereka!

Namun harus diingatkan bukan mudah untuk memelihara kucing ya, kerana kucing juga perlu diberikan vaksin agar terhindar daripada penyakit. Tetapi tetap ada bahayanya juga! 

Kalau nak tahu, bulu kucing agak merbahaya kepada kesihatan kita. Kucing yang suka bermain di kawasan terdedah kepada kekotoran menjadi punca utama bahayanya bulu kucing ini. Parasit atau bakteria yang melekat pada bulu kucing akan menjejaskan tahap kesihatan tubuh badan. Terutamanya pada mereka yang sedang hamil atau sedang mengalami penyakit gangguan daya ketahanan tubuh.

Foto: Huffington Post

Ini antara risiko yang akan terjadi disebabkan bulu kucing:

1. Penyakit Cakar Kucing (cat scratch disease)

Bagi kucing, penyakit yang berpunca daripada bakteria ‘Bartonella Henselae’ tidak menimbulkan gejala-gejala tertentu. Tetapi, kemungkinan bakteria tersebut akan merebak ketika anda mengusap-usap bulunya. Tangan yang tidak dicuci akan menyebabkan bakteria merebak di badan anda pula.

Manakala sekiranya terkena cakaran kucing atau gigitan, akan adanya benjolan kecil dalam jangka masa 10 hari. Kesan daripada itu, mulalah gejala-gejala mual, muntah, demam, menggigil, lelah dan peradangan. Tetapi berbeza pula bagi mereka yang memiliki daya ketahanan badan yang baik, penyakit cakar kucing ini tidak akan meninggalkan kesan yang serius.

2. Menyebabkan Asma

Bulu kucing juga boleh menyebabkan asma. Ini terjadi kerana bakteria pada bulu kucing tersebut telah menyerang sistem pernafasan. Kehadiran bulu kucing yang gugur dan berselerak pada sekeliling ruang tamu dan tempat tidur akan menyebabkan penyakit asma ini sukar pulih.

3. Kurap

Untuk pengetahuan anda, kurap merupakan jenis infeksi kulat pada bahagian kulit. Penyakit ini berlaku mungkin tanpa anda sedari ketika membelai dan mencium kucing. Kalau anda perasan, kucing akan menjilat seluruh tubuhnya untuk membersihkan bahagian yang kotor, parasit yang tertinggal pada bulu kucing tersebut akan menular ketika anda membelai bulunya. 

4. Alergi

Sebenarnya bulu bukanlah penyebab kesan alergi. Bahaya bulu kucing sebenarnya adalah disebabkan oleh infeksi melalui air liur kucing, kulit, dan urine. Ini adalah kerana ketika kucing menjilat dirinya, bulunya akan terkena air liur tersebut. Kesan alergi biasanya dapat menimbulkan efek alergi yang kelihatan seperti gejala flu. Selain itu, anda juga akan mengalami kegatalan pada bahagian mata, bersin dan batuk.

Cara Mencegah Bahaya Bulu Kucing

Bagi pencinta kucing, tidak salah jika  hendak memelihara kucing. Syaratnya, anda perlu memastikan kucing tersebut bebas daripada penyakit. Paling penting sekali, anda perlu membersihkan diri setelah memegangnya. Cuci tangan dengan menggunakan sabun anti bakteria, terutamanya sebelum anda menyediakan hidangan makanan.

Jadikan rutin setiap bulan dengan membawa kucing kesayangan anda berjumpa dengan doktor haiwan. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan kucing dan memberinya vaksin yang sepatutnya. Anda juga perlu menjaga kebersihan kucing dengan membersihkan kuku dan badannya menggunakan syampu khas.

Sumber: www.wow.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 11 May 2018

5 Jenis Makanan Ini Boleh Bantu Ibu Hamil Yang Mengalami Masalah Anemia. Wajib Ambil Tahu!

Bagi anda yang sedang hamil dan mengalami anemia, 5 jenis makanan ini bagus untuk anda!

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Fri, 10 Aug 2018

Meneruskan Legasi Ibu Bapa Mereka, Ini Wajah Lapan Pewaris Seni Hollywood Yang Dijangka Meledak

Dengan status sebagai pewaris bintang ternama juga, mereka ini mudah mendapat peluang bagaimanapun tekanan yang berlaku apabila sering dibandingkan dengan bakat serta keupayaan orang tua mereka

Featured Mon, 31 Jan 2022

Tahniah! Neelofa Selamat Melahirkan Baby Boy

Tak sabar nak tengok baby boy Lofa!

Featured Fri, 17 Sep 2021
Featured Fri, 13 Feb 2026

Watak Paling Dibenci Kini Jadi Sebutan! Ustaz Irfan ‘Angkat’ Nama Firdaus Karim

watak Ustaz Irfan dalam drama Doa Yang Terlindung semakin mencuri perhatian dan menjadi antara karakter paling hangat diperdebatkan penonton.

error: Content is protected !!