Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin June 19, 2018 @ 9:00am

Hanya Guna Gula Dan Lemon Untuk Tanggalkan Bulu Pada Anggota Badan. Memang Jimat!

Pernah tak anda berasa tidak selesa apabila ada sebahagian anggota badan mula tumbuh bulu? Contohnya bahagian ketiak, kaki, kemaluan dan sebagainya.

Pastinya kalau anda nak cabut bulu menggunakan pencabut bulu itu akan mengambil masa yang lama kan? Ada juga dalam kalangan kita tidak mahu mencukur sebab takut kesan cukur itu akan menjadi hitam. Jadi, macam mana ya?

Jangan risau, anda boleh mencuba cara tradisonal Puan Rusmida Rusdi ini untuk menanggalkan bulu dengan mudah dan cepat. Menariknya, ia menggunakan bahan organik dan tidak akan memberi kesan sensitif kepada anda! 

Bahan-bahannya:

1 cawan gula

1/4 cawan air

1/4 air perahan lemon

Cara-caranya: 

Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam periuk kecil dan pasangkan api. Kacau rata hingga ia mendidih, selama 5 ke 7 minit. Kemudian tutup api dan biarkan ia menjadi sticky.

Cara kegunaan:

Apabila campuran itu telah menjadi suam, anda boleh sapukan pada tempat yang anda inginkan buangkan bulu, seperti ketiak ataupun betis. Biarkan ia kering dan kemudian tarik dengan pantas. Anda akan merasakan sedikit pedih pada bahagian tersebut dan untuk mengurangkan rasa sakit, sapukan pelembap.

Siap! Anda akan melihat semua bulu-bulu akan tercabut dan permukaan kulit akan menjadi licin. 

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Rusmida Rusdi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 16 May 2019
Featured Mon, 18 May 2020

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Di London pun boleh makan nasi kandar, nasi daging sedap

Gaya Hidup Fri, 31 May 2019

Merasa makanan ketika berpuasa, boleh atau tidak?

Rasa hujung lidah saja tahu, tapi jangan telan!

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019

Waris Mendiang Steve Irwin Dinobatkan Wildlife Photographer Of The Year!

Andai mendiang Steve Irwin masih hidup, tentunya dia berbangga dengan pencapaian Robert.

Gaya Hidup Tue, 6 Feb 2018

Tip Elak Cemburui Kebahagiaan Orang Lain

Siapa sahaja yang boleh menafikan impak negatif cemburu yang antaranya boleh mengundang tekanan, menyekat kebebasan, menjurus ketidakpuashatian dan seterusnya menyebabkan individu membuat sesuatu tidak terjangka.

Featured Tue, 13 Dec 2022
Gaya Hidup Mon, 10 May 2021

Rekaan Anggun Busana Muslimah Dapat Sambutan

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua rekaan habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes,” kata Datin Hamizan […]

Featured Wed, 30 Nov 2022

Nyanyian Duet ‘Jangan Pisahkan’, Didie Alias Minta Doa Warganet Buat Roslan Salleh

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi momen melawat pelakon veteran Roslan Salleh yang sedang sakit. Didie juga sempat berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan bersama Roslan yang sedang terbaring di atas katil. @mumydidiealias Alhamdullillah syukur dapat […]

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018

Gaji Wanita Ini RM4400 Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Atas Sofa Sahaja!

Wanita ini bertuah dipilih sebagai penguji sofa.

Gaya Hidup Thu, 22 Nov 2018

Ini Trik Berkesan Nak Perangkap Lipas Di Dalam Kereta

Jangan biarkan lipas bermaharajalela dalam kereta kesayangan anda!

error: Content is protected !!