Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin June 18, 2018 @ 10:00am

Stres Dengan Masalah Rambut Berminyak & Berbau? Cuba 3 Petua Berkesan Ini

Memiliki rambut yang cantik dan sihat pasti menjadi idaman bagi setiap wanita. Tapi kalau rambut kita mula bermasalah seperti berkelemumur, berminyak dan berbau, macam mana pula ya?

Lagi-lagi pada mereka yang berhijab, pasti akan stres dengan masalah ini. Kalau anda nak tahu, rambut yang berminyak adalah disebabkan daripada pori pada kulit kepala yang memiliki kelenjar minyak. Bagi anda yang mempunyai masalah rambut berminyak dan berbau, bolehlah amalkan 3 tip ini. Pasti berkesan! 

1. Cuka epal

Cuka epal antara salah satu bahan yang boleh membantu mengatasi masalah rambut yang berminyak. Sebenarnya, asam asid yang terkandung dalam cuka epal ini dapat membantu menyeimbangkan pH di kulit kepala.

Selain itu, ia juga membantu mencegah penghasilan minyak yang berlebihan. Bagi anda yang mahukan rambut yang lembut dan bersinar, anda boleh menjadikan cuka epal ini sebagai tonik rambut. 

Cara untuk menggunakan cuka epal ini pula adalah dengan mencampurkan dua atau 3 sudu makan cuka epal ke dalam cawan yang berisi air. Kemudian, selepas anda mencuci rambut dengan menggunakan syampu, gunakan cairan cuka epal ini pula.

Ratakannya di atas kulit kepala anda dan biarkan beberapa minit dan bilas dengan air bersih. Anda boleh lakukan cara ini dua atau tiga kali seminggu.

2. Jus lemon

Jangan terkejut, lemon juga dapat membantu mengatasi masalah rambut berminyak. Lemon mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh meningkatkan kesihatan rambut anda. Sama seperti cuka epal, sifat asam daripada lemon ini juga membantu menyeimbangkan pH pada kulit kepala dan mengawal pengeluaran minyak.

Anda boleh mencampurkan perahan dua biji lemon ke dalam dua cawan air. Tambahkan 3 sudu teh madu kemudian sapukan campuran tersebut pada kulit kepala dan urut dengan perlahan-lahan selama beberapa minit. Setelah itu, biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air suam. Anda boleh lakukan cara ini 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

3. Lidah buaya

Sebenarnya, vitamin, mineral dan enzim yang terdapat dalam lidah buaya sangat membantu untuk menghilangkan minyak yang berlebihan pada kulit kepala anda. Ia dapat membantu detoksifikasi kulit kepala dari kekotoran dan mengawal penghasilan minyak. Selain itu, lidah buaya juga boleh memberi nutrisi pada akar rambut kita.

Caranya pula, anda perlu mencampurkan satu sudu teh gel (isi lidah buaya) dan satu sudu makan perahan lemon dalam mangkuk kecil. Ketika anda mencuci rambut, anda boleh gunakan ramuan tersebut dan biarkan selama beberapa minit sebelum membilasnya dengan air bersih. Anda juga boleh jadikan ramuan ini sebagai syampu harian anda.

Semoga dengan perkongsian tip ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah rambut yang berminyak. Ingat ya! Walaupun kita berhijab, rambut harus dijaga dengan rapi agar ia sentiasa sihat. Selamat mencuba.

Sumber: Hijabista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 May 2023
Featured Sun, 30 Apr 2023
Cahaya Mata Fri, 28 Oct 2022

Kecil-Kecil Dah Tampan! Baru Sambut Birthday 2 Tahun, Penampilan Anak Ruzaini Jamil Curi Perhatian

Pereka fesyen popular, Ruzaini Jamil menyambut ulang tahun anak sulungnya, Rahil yang berusia 2 tahun, semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini itu di laman Instagram, dia mengucapkan rasa syukur […]

Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ini Soal Nyawa!”- Che Ta Takkan Bekerjasama Dengan Pelakon Enggan Ambil Vaksin

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pelakon yang belum atau tidak mahu mengambil vaksin. Menurutnya, tidak logik sekiranya terdapat segelintir produksi yang […]

Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Fri, 30 Sep 2022
error: Content is protected !!