Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom June 22, 2018 @ 4:00pm

Breastfeeding Dan Berenang Petua Ramona Zam Zam Rampas Kembali Saiz Asalnya

Enam bulan bergelar ibu, pelakon dan model jelita Ramona Zam Zam menyifatkan hari-hari yang dilalui bersama puteri sulungnya, Ivanna Alashkar yang dilahirkan pada 7 Disember 2017 itu, bagai sebuah mimpi.

“The most magical day of my life,” ujar Ramona.

Malah bersyukur kerana kehadiran bayi cukup comel itu yang menjadi pelangkap hidup dia dan suami, Rami Alashkar. Bahkan menjadikan mereka sebagai insan yang lebih bertanggungjawab dan baik setiap hari.

Foto: Instagram Ramona Zam Zam

Yang pasti dalam sibuk menguruskan anak, bintang KL Special Force itu tetap kekal menawan dan berjaya kembali kepada saiz asalnya UK8! (small).

Bagaimanakah dia mengemudi kehidupan hariannya yang sibuk dengan anak kecil namun masih kekal cantik dan bertenaga? Jom lihat apa kata Ramona.

Foto: Instagram Ramona Zam Zam

1. Apakah trik anda dalam mengimbangi antara kerja dan peribadi?

Semuanya bergantung pada cara displin diri dalam pembahagian masa. Saya tidak memerlukan pembantu peribadi untuk menguruskan perihal saya dan semuanya saya uruskan sendiri kerana ia lebih mudah.

2. Kongsikan momen paling manis dalam hidup Ramona setakat ini?

Terlalu banyak! Tetapi paling saya ingin highlight adalah zaman persekolahan bagaimana saya menghabiskan masa bersama keluarga dan sahabat handai. Tidak lupa juga zaman bercinta dengan suami, semuanya cukup indah dan romantik hinggalah saya selamat melahirkan permata dalam hidup kami.

3. Apa perasaan anda bergelar ‘ibu muda’?

Sangat suka! Walaupun hidup saya agak kelam-kabut tetapi saya anggap ia suatu cabaran untuk saya tempuh ujian ini dalam hidup saya.

4. Apakah rutin harian anda kini?

Lebih banyak meluangkan masa bersama anak kerana dia memerlukan sepenuh perhatian daripada saya. Breastfeeding all over again and again.…ha ha ha!

5. Kenalkan sedikit anak comel Ramona?

Namanya Ivanna Alashkar, baru berumur enam bulan setengah. Berdarah kacukan separuh Melayu dan Palestin. Ivanna mirip seperti bapanya manakala personaliti dia lebih kepada saya. She’s very cartoonish!

6. Adakah anda melihat diri anda sebagai seorang yang stylish?

Ia bergantung pada situasi. Saya seorang yang sangat ringkas bagi stail harian, cukuplah sekadar berbaju-T, denim dan kasut sniker. Tetapi, jika saya hadir ke majlis formal yang memerlukan saya untuk dress up, pasti saya melaram sakan!

7. Apakah persalinan pertama yang anda tidak muat selepas bersalin?

All my favourite jeans! Tetapi kini agak lega kerana sudah mula muat untuk digayakan.. ha ha ha!

8. Apakah rahsia penjagaan badan anda selepas bersalin dan kini anda seperti ‘back to shape’?

Nothing much! Cukup sekadar breastfeeding dan beri tumpuan sepenuhnya pada anak sudah mampu membuat anda kembali langsing seperti sedia kala. Kadangkala, jika ada masa saya akan ke gimnasium untuk mengeluarkan peluh dan aktif dalam aktiviti berenang.

Sumber: Eh!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Oct 2018
Featured Fri, 27 Apr 2018

Kencing Di Dalam Kolam Renang Bukan Saja Jijik Tapi Boleh Mudaratkan Diri Sendiri

Pasti ramai antara kita yang pernah membuang air kecil di dalam kolam renang. Begitupun, tindakan tersebut sebenarnya perlu dielakkan. Selain menjijikkan, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Walaupun Anda Score Subjek Geografi, 6 Negara Ini Mungkin Anda Tak Tahu

Dalam 193 (mengikut daftar PBB) negara yang ada di dunia ini, berapa banyak negara yang anda tahu? Kalau anda boleh score dalam subjek Geografi pun, rasanya masih ramai yang tidak dapat senaraikan kesemua 193 buah negara itu. Lebih –lebih lagi negara yang kecil.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Jawab Q&A Session, Naufal Isa Kongsi Erti Sahabat Sejati – “Walaupun Jauh Kita Masih Doakan Dia”

Pempengaruh, Naufal Isa yang sering muncul dengan kandungan motivasi menjelaskan erti sahabat sebenar. @naufal.isa Sahabat ni,melengkapkan. Bukannya saling mencari kesalahan. Sahabat ini juga bukan soal sejauh mana sempurnanya kita. Tetapi soal sejauh mana kita saling […]

Featured Mon, 11 May 2020
Featured Fri, 6 Jan 2023

Tak Kisah Berpakaian Sederhana, Fynn Jamal Berniqab Demi Kejar Ganjaran Akhirat

Penyanyi Fynn Jamal yang sudah beristiqamah mendekatkan diri dengan hal keagamaan berpesan untuk tidak terlalu taksub dengan fesyen yang lagha. @ayana2262 #assalamualaikum_🙏 ♬ bunyi asal – 𝚈𝚊𝚗𝚊1202 Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh […]

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

15 Gambar Kek Viral Yang Akan Buat Anda Geli Hati, No. 14 Paling Kelakar!

Bukan semua orang ada kepakaran untuk menghasilkan kek.

error: Content is protected !!