Pernah tak anda terfikir bagaimana agaknya bentuk makanan yang berada dalam kotak ataupun tin setelah dipotong dua? Adakah bila dipotong isi dalamnya akan tumpah?
Penulis nak kongsikan kepada anda tentang seorang jurugambar, Beth Galton bersama Charlotte Omnes seorang penghias makanan telah membuat sesi fotografi makanan yang dipotong dua. Menariknya semua tekstur makanan yang dipotong tidak berubah dan ianya nampak kemas! Jom kita tengok.
1. Mi segera
Bagi mendapatkan bentuk sebegini, Beth Galton menggunakan gelatin makanan supaya sup mi segera ini menjadi keras tetapi masih mengekalkan bentuk asal.
2. Bijirin sarapan bersama susu
Sebelum dipotong, bijirin ini telah dicampurkan cairan alkali sebelum menuangkan susu ketika mengambil gambar. Ia bagi mengelakkan tekstur makanan menjadi terlalu lembik dan rapuh.
3. Aiskrim cup
Kepadatan aiskrim menyebabkan ia mudah untuk dipotong dan tidak perlu dicampurkan dengan apa-apa bahan.
4. Aiskrim kon
Untuk pengetahuan anda, mengambil gambar aiskrim yang dipotong ini bukannya mudah. Ini kerana, setelah aiskrim dipotong ia harus segera diambil gambar sebelum aiskrim tersebut cair. Barulah hasilnya kemas!
5. Popcorn
Untuk gambar ini, Galton terpaksa menggunakan Photoshop bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
6. Ayam goreng
Untuk memotong ayam goreng ini, isi ayam tersebut haruslah padat bagi memudahkan ia dipotong. Bagi aiskrim pula, Omnes sebagai penghias makanan mengambil inisiatif untuk menuangkan air kopi di atas aiskrim tersebut untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik dan menarik.
7. Ayam panggang
Sebenarnya, agak mudah untuk memotong makanan yang lebih padat seperti ayam panggang ini. Namun, pemotongan ayam panggang ini terpaksa menggunakan gergaji tajam agar potongan menjadi kemas dan sempurna.
8. Makanan tin
Bagi makanan yang mempunyai sup, Omnes akan menambah alkali dan gelatin untuk mengelak sup tersebut tumpah selepas tin itu dipotong.
9. Sosej
Pemotongan sosej ini perlu teliti agar nampak kemas dengan menggunakan pisau yang tajam. Untuk nampak lebih kreatif, Omnes menuangkan sos di atas sosej ketika sesi bergambar.
10. Aiskrim
Bagi aiskrim di dalam bekas yang besar pula, ia agak sukar untuk dipotong kerana cepat cair. Teksturnya juga akan cepat cair dan merosakkan gambar jika sudah menitis ke atas meja. Sukar kan?
Sangat kreatif kan penghasilan gambar makanan yang telah dipotong dua ini? Kalau kita yang buat pasti tak menjadi, yela ia memerlukan kepakaran dan penelitian yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tapi, kalau anda nak mencabar tahap kreativiti anda apa salahnya untuk mencuba kan?
Sumber: Idntimes , Bethgalton,com