familuv By: Yanie Baharom July 6, 2018 @ 4:00pm

Amalkan 8 Tip Ini, InsyaAllah Rumah Tangga Kekal Bahagia

Perkahwinan adalah satu ikatan suci menggabungkan dua hati. Namun, kadangkala dua hati tersebut susah untuk bersetuju tentang sesuatu perkara. Pergaduhan berlaku dan mulalah operasi bermasam muka.

Sebenarnya, anda boleh menjadikan rumah anda syurga di dunia jika anda mengamalkan lapan tip rumah tangga bahagia seperti dokongsi dibawah.

1. Honeymoon atau bulan madu

Usah spektikal dengan percutian honeymoon atau bulan madu. Ia tidak semestinya dilakukan selepas pasangan sah diijabkabul sebagai suami-isteri atau ketika inai masih merah dijari.

Akan tetapi harus dijadikan acara wajib sempena sambutan ulang tahun perkahwinan untuk mengembalikan semula memori indah pengantin baru sekaligus kehangatan dalam rumah tangga.

Maklumlah bila sudah ada zuriat, tumpuan isteri terutamanya beralih fokus kepada anak-anak sehinggakan tanpa sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Ruang kosong yang ditinggalkan itulah, yang membuatkan lelaki suka ‘makan luar’ sekaligus mendorong kewujudan orang ketiga mahupun kekasih gelap.

2. Selalu ungkapkan kata-kata cinta dan kasih sayang

Ingat tak zaman kita berkenalan dahulu? Kita saling mengucapkan kata-kata yang baik dan indah kepada satu sama lain. “Saya rindu awak” atau “saya tidak sabar untuk berjumpa awak” selalu disebut-sebut.

Untuk memastikan ikatan cinta masih utuh antara anda dan pasangan, pastikan anda terus memberi kata-kata cinta dan kasih sayang, walaupun anak sudah berderet!

“Saya sayang awak”, “selamat pagi sayang” atau “semoga awak seronok di tempat kerja hari ini” sudah cukup untuk buat si dia tersenyum simpul sendirian dalam kereta sewaktu memandu ke pejabat!

3. Jadi pendamai ketika pasangan sedang emosi

Foto: ummi

Bila pasangan marah, anda pun nak melentinng sama. Hal ini perlu dielakkan ya. Peraturan mudah, jia pasangan anda sedang marah atau tidak berpuas hati akan sesuatu, jangan turut sama melenting atau melakukan sebarang provokasi.

Anda harus menjadi ‘penyelamat dunia’. Anda mulakan bicara secara lembut kemudian mulakan perbincangan seterusnya memujuk. Kalau isteri kena peluk  atau dapat bunga daripada suami tu, mesti senyumnya sampai ke telinga, nak marah pun tak jadi!

4. Jangan lokek berikan pujian kepada pasangan

Kadangkala, kita sangat cepat untuk mengkritik kesilapan pasangan kita tetapi lambat atau lebih teruk, langsung tidak memuji, kebaikannya.

Anda inginkan rumah tangga yang bahagia dan menyeronokkan? Banyakkan berkata “Terima kasih sebab tolong buangkan sampah”, “Baiknya suami saya ini…dia belanja makan!”, atau “Bagusnya isteri saya tolong masakkan sarapan pagi ini. Sedap sangat.”

Anda akan perasan yang kata-kata pujian ini akan mendorong mereka untuk berbuat lebih banyak lagi perkara baik dalam perkahwinan anda.

5. Selesaikan masalah sebelum masuk ke kamar

Foto: Liputan6.com

Sebelum masuk tidur,  pastikan apa saja perkara yang mengganggu fikiran atau perasaan anda  diluahkan terlebih kepada pasangan supaya dia tahu di mana salah dan silapnya.

Ia akan memupuk kemahiran komunikasi dan yang paling penting, menambah persefahaman antara satu sama lain. Malah, menyimpan perasaan semata-mata untuk menjaga perasaan adalah tidak bagus untuk kesihatan.

6. Jangan sesekali ungkit cerita lama

Jika kita ada tabiat suka mengungkit kisah atau perkara lama, mungkin telah tiba masanya untuk membuang tabiat buruk tersebut. Kata-kata seperti “hari itu pun awak buat lagi” atau “kalau awak tidak buat benda ini dulu..” tidak sepatutnya diucapkan.

Pergaduhan dan pertengkaran adalah lumrah dalam perkahwinan. Cumanya, jangan biarkan pergaduhan lama yang
telah pun selesai memburukkan lagi keadaan pada masa sekarang.

Fokus kepada masalah semasa dan kunci mulut anda daripada mengungkit kesalahan lama. Percayalah, ia akan membantu rumahtangga anda.

7. Kerap bersentuhan

Foto: kabarbaikonline

Bila bercakap tentang sentuhan fizikal, ia bukan sahaja melibatkan sentuhan sewaktu di kamar. Sebenarnya banyak lagi cara fizikal lain untuk menunjukkan kasih sayang kepada suami atau isteri kita.

Peluklah isteri atau suami setiap pagi sebelum pergi ke kerja sekurang-kurangnya 10 saat. Berikan
juga ciuman mesra secara harian.

Ia tidak berhenti di situ sajja. Salam tangan pasangan kita dan peluknya sekali lagi apabila kita pulang ke rumah.
Sentuhan sebegini akan membuatkan mereka berasa amat disayangi. Kalau tak percaya, cubalah nanti ya!

8. Jangan meninggi suara atau menjerit kepada pasangan

Jika perlu berbincang akibat berlakunya salah faham, pastikan ia dilakukan secara tenang dan rasional. Antara tip rumah tangga bahagia yang paling penting adalah jangan sesekali menjerit kepada pasangan anda.

Anda hanya dibenarkan untuk berbuat demikian jika rumah anda terbakar dan anda mahu dia menyelamatkan diri!

Kata-kata yang diucap secara kasar, yang selalunya berlaku ketika kita menjerit, hanya akan melukakan lagi hati mereka.

Walaupun kata maaf telah diberi dan diterima, akan ada satu masa yang mereka akan teringat semula kata-kata yang melukakan itu.

Okay, cukup perkongsian setakat ini saja. Mulakan rumah tangga yang bahagia dengan mencuba 8 Tip ini sebagaimana yang telah dikongsikan dan lihat kesan positifnya nanti.

Sumber: The Asian Parent

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 23 Dec 2019
familuv Mon, 27 Apr 2020

Hukum puasa Ramadan jika tidak mengerjakan sembahyang

Ibu bapa perlu didik anak mengerjakan sembahyang

familuv Wed, 21 Nov 2018

Bajai Rasa Kasih Di Hati Anak-Anak Dengan Mengamalkan 3 Minit Bonding Time Setiap Hari

Cara ini boleh dilakukan di rumah dengan memberi tumpuan penuh pada anak sekurang-kurangnya selama tiga minit.

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
familuv Mon, 11 Mar 2019

Kanak-Kanak jalani pembedahan paru-paru akibat tersedak bertih jagung

Awas, bertih jagung penyebab si kecil menderita!

familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

familuv Thu, 2 Aug 2018

9 Barang Lazim Di Rumah Yang Boleh Mengancam Keselamatan Anak Anda

Sentiasa prihatin terhadap apa yang ada di rumah anda.

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

#tilljannah Thu, 8 Dec 2022

Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat Isteri, Warganet Akui Anwar Ibrahim Lelaki Sejati Buat Azizah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi bualan netizen kebelakangan ini.   View this post on Instagram   A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman […]

familuv Wed, 29 Jan 2020