Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops July 12, 2018 @ 2:00pm

Ibu Bapa, Amalkan 6 Perkara Ini Supaya Anak Anda Membesar Dengan Bijak

Rasanya tak ada ibu bapa yang tak harapkan anak mereka untuk membesar bukan saja dengan sihat tapi juga untuk menjadi seorang individu yang bijak.

Kepintaran ini boleh dipupuk dari kecil, dan ibu bapa tak sepatutnya harapkan sistem persekolahan saja untuk mendidik anak mereka.

Ibu bapa sendiri memainkan peranan penting dalam tumbesaran mental anak mereka. Ada beberapa perkara yang mereka boleh amalkan supaya anak mereka tampil pintar.

1. Kerap bercakap dengan anak anda

Perbualan dengan si kecil membantu kembangkan pusat bahasa dalam otak mereka dan menggalakkan mereka untuk berfikir dan memberi respon yang betul.

2. Baca buku untuknya

Jika anak anda tak boleh membaca lagi, satu idea yang baik adalah untuk menunjukkan perkataan sementara anda sedang membaca. Ini akan bantu otaknya untuk mengenal huruf dan kaitkannya dengan bunyi bacaan huruf tersebut.

3. Gunakan matematik di dalam perbualan harian

Perkenalkan konsep nombor, mengira, penambahan, tolak dan sebagainya. Mereka tak perlu memahaminya secepat mungkin; cuma pastikan anda konsisten dan biasakan.

4. Biarkan mereka selesaikan masalah dengan sendiri

Problem-solving adalah sebuah skil yang penting untuk anak anda, terutamanya bila dia dah besar. Cuba untuk tak buat semua benda untuknya; sebaliknya biar dia fikir sendiri apa nak buat.

5. Galakkan kreativiti melalui seni

Biarkan anak anda melukis, melakar, menyanyi, menari atau menceburi diri dalam apa saja jenis karya seni yang mereka nak. Galakkan mereka untuk terokai kreativiti mereka dan think outside the box.

6. Uji daya ingatan anak anda

Tanya dia soalan, seperti apa yang mereka makan untuk sarapan, atau apa warna baju mereka. Ini akan bantu menajamkan memori mereka dan akan menyenangkan mereka untuk mengingati pelbagai perkara.

Sila cuba!

Sumber: theAsianparent.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Wed, 19 Jun 2024

Terima Ratusan Komen Berbaur Makian Setiap Hari, Ibu Aliff Aziz Sifatkan Netizen Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Peribahasa ‘Seperti Lembu Dicucuk Hidung’ bermaksud: Orang yang mengikut sahaja kehendak orang lain.

Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

familuv Tue, 19 Jun 2018

Ikuti Langkah Ini Dan Anak Anda Tidak Perlu Lagi Guna Lampin Pakai Buang

Lebih jimat kalau anak sudah tidak pakai lampin pakai buang lagi. Anda wajib praktik teknik ini!

Featured Mon, 12 Jan 2026

Mimi Lana Akui Khilaf Terlepas Pandang Bayaran Jurusolek, Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Mimi Lana tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang jurusolek.

Featured Tue, 22 Feb 2022
error: Content is protected !!