Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom July 17, 2018 @ 4:00pm

Buat Kamu Si Mata Kecil, Cuba 5 Teknik Ini Untuk Miliki Mata Galak Persis Aishwarya Rai

Mata galak pesonanya cukup memukau namun standard mata bagi kebanyakan wanita di Asia lazimnya bersaiz kecil atau dipanggil ‘monolids’.

Penggunaan pembayang mata serta penggaris mata mampu untuk membentuk ilusi mata besar, bulat dan bundar.

Ketahui teknik solekan yang boleh dipelajari anda, untuk menjadikan mata yang sepet kelihatan lebih galak.

Langkah 1

Foto: Beth Bender Beauty

Oleskan pembayang mata rona putih berkilau pada kawasan tulang kening. Teknik highlight ini adalah untuk memastikan tulang kening anda nampak lebih tinggi dan menjadikan ruang mata anda lebih besar.

Langkah 2

Foto: sincerelycorinne

Bagi wanita yang mempunyai mata kecil atau sepet amatlah disarankan untuk menggunakan pembayang mata dari himpunan warna-warna coklat gelap dan sapukan di seluruh kawasan bebola mata.

Sapu rata pembayang mata hingga sudut luar kawasan bebola mata. Cara ini bertujuan untuk membentuk kelopak mata kerana mata sepet tidak mempunyai kelopak mata dan membantu mata anda kelihatan lebih besar.

Kemudian, sapukan pembayang mata rona gelap seperti hitam atau coklat tua di sudut luar mata anda. Adunkan warna gelap ini di sekeliling kawasan bebola mata seperti bentuk bulan sabit.

Seterusnya, highlightkan kawasan tengah bebola mata dengan warna putih. Selain memberi penekanan di bahagian bebola mata, jangan lupa untuk sapukan juga pembayang mata di garisan bawah mata.

Langkah 3

Foto: The Makeup Culture

Gunakan pembayang mata rona coklat terang dan adunkan (blend) bersama dengan pembayang mata di bahagian atas bebola mata tadi supaya rona pembayang mata anda akan berubah menjadi semakin cerah apabila menghampiri kawasan tulang kening.

Langkah 4

Foto: Popsugar

Teknik seterusnya ini sememangnya memberikan impak luar biasa kepada mata mengikut bagaimana garisan yang dilakukan. Jika penggaris mata dilukis secara menipis dan semakin menebal pada hujung dan garisan luar mata, ia mewujudkan look klasik.

Malah aplikasi penggaris mata akan membuatkan mata kecil anda kelihatan lebih besar secara semula jadi. Ini dua trik solekan menggunakan penggaris mata;

Lukiskan satu garisan nipis pada garisan atas mata sepet atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata untuk efek yang lebih segar.

Kemudian, lukiskan garisan tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50-an dan 60-an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan efek mata yang lebih galak. Gariskan separuh sahaja penggaris mata di bawah mata.

Langkah 5

Foto: Business Insider UK

Pakaikan bulu mata palsu dan lentikkan dengan menggunakan pelentik bulu mata. Sapukan maskara agar mata anda kelihatan lebih galak dan besar.

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jul 2019

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Ilusi bentuk muka ilusi lebih tirus

Featured Wed, 15 Aug 2018

9 Fakta Menarik Tentang Maskara Yang Anda Tak Tahu

Dipercayai, wanita membelanjakan sebanyak RM12,000 untuk membeli maskara seumur hidupnya.

Oh Lawa Tue, 1 May 2018

Patutlah Barisan Victoria Secret Angels Ini Cantik-Cantik. Mereka Jaga Pemakanan Kaw-Kaw!

Mereka digelar antara wanita tercantik di dunia. Dengan raut wajah jelita, bentuk badan langsing dan sepasang kaki yang panjang, semua wanita pasti mencemburui dan ingin menjadi seperti mereka.

Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Oh Lawa Wed, 18 Apr 2018

Fenomena Siri Buppaesannivas, Bangkit Keghairahan Penduduk Thailand Berpakaian Tradisi

Fenomena siri televisyen bertema fantasi sejarah, Buppaesannivas (Love Destiny) di Thailand ketika ini, nampaknya berjaya mengembalikan minat penduduk negara itu untuk mengagungkan pakaian nasional mereka.

Featured Mon, 10 Jun 2019
Featured Tue, 14 Apr 2020
Featured Mon, 9 Mar 2020
Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018
Featured Wed, 14 Aug 2019

Selena Gomez bakal lancar rangkaian produk kecantikannya sendiri

Nak cantik macam Selena, kenalah kumpul duit dan beli!

error: Content is protected !!