Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom July 17, 2018 @ 6:00pm

Karakter Dominan Isteri Bikin Suami Kecut Perut

“Daud tu mana boleh pekena teh tarik lama-lama, bini dia garang macam singa.”

Pernah atau tidak anda mendengar perbualan sebegini. “Takut Bini”, istilah bagi menggambarkan seorang suami yang sentiasa menuruti permintaan isteri. Jika anda sejenis suami pak turut, boleh jadi anda adalah suami yang takut pada isteri!

Biasanya suami yang redha dengan sikap dominan isteri kerana enggan isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya dan sebagainya.

Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan suami takut isteri. Selain dari faktor kewangan, mungkin juga disebabkan sikap isteri yang terlalu emosional.

Jom kita tengok mengapa segelintir suami takut isteri.

1. Terlalu sayangkan isteri

Foto: Mengutip.com

Jika kita sayangkan seseorang itu pasti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan dia dengan baik. Andai anda dan isteri bertengkar sudah pasti keadaan menjadi bertambah rumit. Sebagai suami yang penyayang, anda terpaksalah mengalah. Lagipun jika terpaksa berdebat, anda tetap akan kalah!

2. Usia isteri lebih tua daripada suami

Foto: Beautifulnara

Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Anda tidak berani untuk mengeluarkan mendapat meskipun diminta. Bahkan, ada juga lebih senang mendiamkan diri. Biarpun isteri lebih tua daripada anda, tetapi anda adalah ketua keluarga. Semua keputusan dalam rumah tangga berada di tangan anda.

3. Isteri berpangkat besar

Foto: New York Post

Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, anda menjadi suami yang takut pada isteri!

4. Isteri penuntut dan cemburu

Foto: Neil Rosenthal

Ciri-ciri suami takut isteri juga boleh dilihat daripada sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri. Biasanya si isteri akan mengawal apa-apa aktiviti yang anda dilakukan, menentukan ke mana anda boleh pergi, siapa yang boleh anda jadikan teman atau apa yang boleh anda perkatakan serta cuba mengawal anda melalui perasaan bersalah anda.

5. Serah isteri buat keputusan 

Foto: KreditGoGo.com

Ada ketikanya anda seperti kehilangan wibawa di mata isteri. Tidak ada satu pun keputusan yang anda ambil tanpa persetujuannya. Sebagai suami, tidak seharusnya anda menuruti semua yang diucapkan oleh isteri. Apatah lagi jika perkara tersebut tidak elok untuk anda dan keluarga.

Sekiranya isteri anda yang paling dominan dalam membuat keputusan dan anda hanya diam sahaja, ini bermakna anda juga salah seorang daripada suami yang takut pada isteri!

Bagaimana, adakah anda juga termasuk dalam kategori suami yang takut pada isteri? Cubalah kenali siapa pasangan anda dan fahami siapa dia. Pesanan untuk isteri, jangan lupa bahawa syurga anda di bawah tapak kaki suami.

Sumber: Women Online Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 15 Apr 2020

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Patuh pada suami, ibu bapa jangan dilupakan

familuv Mon, 23 Mar 2020
familuv Thu, 16 Apr 2020
familuv Thu, 27 Sep 2018

Ketahui Perubahan Pola Waktu Tidur Anak Yang Betul

Pola tidur anak akan berubah mengikut umur mereka.

Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Beraninya! Usia 3 Tahun, Alisa Anak Hairul Azreen Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang – “Anak Paskal Betul!”

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah […]

familuv Thu, 15 Nov 2018
familuv Thu, 11 Jul 2019
familuv Fri, 30 Dec 2022

Sambut Birthday Ibu ke-64, Remy Ishak Ucap Jutaan Terima Kasih Pada Pakar Bedah

Pada Ogos lalu, pelakon Remy Ishak pernah berkongsi mengenai ibunya, Basrah Md Dris mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi jantung (CICU) Hospital Serdang dan turut meminta orang ramai mendoakan ibunya. Artikel Berkaitan: Ibu Sedang Bertarung Nyawa […]

familuv Mon, 21 Jan 2019

Is it safe to eat imitation crab sticks while you’re pregnant?

Find out the benefits and dangers of this food.

error: Content is protected !!