Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin July 19, 2018 @ 5:00pm

Tak Perlu Pergi Ke Kafe Hipster Untuk Makan Garlic Bread. Buat Sendiri Ikut Resepi Viral Ini!

Siapa tak suka makan garlic bread memang rugi! Kalau cecah bersama mushroom soup lagi terangkat kesedapannya kan? Memang rugilah siapa yang tak suka. 

Biasanya kalau nak makan garlic bread ini kena pergi lepak kat kafe-kafe hipster kan? Asyik makan kat luar pun boring juga, apa kata anda buat sendiri sahaja kat rumah. 

Anda bolehlah tiru resepi viral garlic bread ini, memang senang membuatnya, sedap pun sedap! Ini resepinya:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Roti Gardenia

Marjerin 

Bawang putih (tumbuk halus)

Daun parsley kering (parsley flakes)

Garam secukup rasa

Cara-Caranya:

1. Gaulkan marjerin, bawang putih yang telah ditumbuk dan garam sehingga sebati.

2. Kemudian, taburkan daun parsley dan gaul sebati.

3. Gaul sehingga sebati. Bolehlah rasa, kalau tawar tambahkan lagi garam ikut citarasa anda.

4. Potong memanjang roti dan susun di dalam loyang. Sapu rata adunan marjerin tadi di atas roti tersebut.

5. Seterusnya, bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah Celcius selama 10 hingga 15 minit.

6. Sedia untuk dihidangkan, boleh cicah bersama mushroom soup!

Selamat mencuba!

Sumber: Tehtarikchannel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Mr Millennium Akui Sukar Realisasi Babak Era 60-an

Pengarah drama Mr Millennium, Azmi Hata mengakui cabaran semasa sesi penggambaran bagi drama itu sukar kerana mempunyai genre komedi dan penggambaran untuk babak era 60-an. Mengulas cabaran sepanjang sesi penggambaran, Azmi memuji pelakon yang mampu […]

Eat Travel Mon, 1 Oct 2018

Anda Berani Berjalan Atas Jambatan Kaca Di Negara China Ini?

Kos pembinaan jambatan tertinggi dan terpanjang dunia ini adalah 39 juta US Dollar. 

Featured Tue, 20 May 2025

“Harap Istiqamah! Tapi Nafkah Anak Tak Settle Lagi?” – Linda Hashim Tampil Respons ‘Hijrah’ Beego Sertai Tabligh

Linda berharap suaminya itu istiqamah sekaligus tidak lupa nafkah akan anak-anaknya.

Featured Thu, 13 Jan 2022

HKL Kenal Pasti Pegawai Farmasi Biadab, Bakal Ambil Tindakan

Adab tu penting dik, tak kiralah nak handle macam mana sekalipun…

Featured Mon, 31 Mar 2025

Sharnaaz Ahmad Sebak, Pertama Kali Beraya Tanpa Arwah Ayah – “Tahun Pertama Adalah Tahun Paling Sukar”

Sharnaaz Ahmad sebak kali pertama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran sosok seorang ayah.

Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

4 Resipi Cheesecake Yang Tak Memerlukan Oven Untuk Buat

Apa-apa pun, rasa kek-kek ini tetap sedap!

Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Wed, 28 Aug 2019
Featured Tue, 19 Aug 2025
error: Content is protected !!