Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops July 30, 2018 @ 6:00pm

7 Faktor Kenapa Terjadinya Kedutan Di Bahagian Mata. Jangan Stres!

Kedutan di bahagian mata merupakan antara tanda-tanda penuaan. Kedutan pada mata berpunca daripada kontraksi dari otot orbicularis oculi dan terjadinya kontraksi sementara pada saraf di dalam otak.

Tidak dinafikan kedutan pada bawah mata boleh menganggu penampilan seseorang wanita. Namun, bagaimana pula jika usia belum mencecah 30-an, namun sudah ada kedutan di bahagian mata.

Mesti rasa tak best kan lebih-lebih lagi kedutan pada bawah mata boleh menganggu penampilan seseorang wanita. Ketahui faktor berlakunya permasalahan ini supaya anda dapat elakkan daripada melakukan perkara tersebut.

1. Stres

Tekanan atau stres boleh menyebabkan ketegangan pada mata. Perkara ini akan menyebabkan kedutan yang tidak diingini timbul. Justeru, cuba tangani tekanan yang dihadapi dengan sebaiknya.

2. Komputer

Jangan bekerja terlalu lama di hadapan komputer kerana aktiviti ini akan menghadkan gerakan kelopak mata. Ia menjadi punca utama kepada mata yang lelah apabila melakukan sesuatu dalam tempoh masa yang lama.

3. Mata kering

Mata kering adalah antara penyebab utama tanda penuaan ini mula menyerang kerana ia turut memberi efek iritasi pada kornea atau konjuntiva.

Jika anda mengalami mata kering, cuma perlu ambil langkah mudah dengan menitis ubat mata biar kekal lembap kerana kandungan ubat mata ini akan membantu melemaskan otot mata lalu mengurangkan kedutan mata.

Namun, harus mendapatkan preskripsi yang betul daripada pakar terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

4. Kurang tidur

Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja memberi kelelahan pada tubuh badan tetapi juga pada mata. Ini kerana, ia boleh membuatkan kelopak mata menjadi kejang dan jika dibiarkan berterusan, masalah seperti kedutan ini akan menjadi sukar untuk dirawat.
 
5. Kafein

Walaupun kafein menjadi asas kepada piramid pemakanan manusia, akan tetapi jika mengambil kafein secara berlebihan, ia bisa meningkatkan tekanan pada bahagian mata lalu mempercepatkan kedutan pada bahagian mata.
 
6. Kurang nutrisi

Nutrisi yang tidak seimbang juga menjadi punca permasalahan ini. Kekurangan vitamin magnesium membuatkan kelopak mata mudah kejang.
 
7. Alahan

Jika mengalami alahan terhadap sesuatu, pastinya bahagian mata akan mula terasa gatal kemudian berair lalu mulai bengkak. Adalah lebih baik jika tidak digosok.

Seeloknya cuci dengan air bersih dan terus berjumpa dengan doktor pakar. Ini kerana, di dalam kelopak mata, terdapat sejenis cecair dipanggil histamine yang akan merembes keluar bagi membantu pergerakan kelopak mata.

Sumber: Glam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

Pakaian Dalam Serlah Bentuk Badan

Walaupun tidak kelihatan di pandangan mata kasar, pemilihan pakaian dalam yang tepat hakikatnya amat penting. Memakai coli yang tepat adalah langkah pertama untuk tampil fabulous . Ini saranan Pakar Pakaian Dalam, Tomima Edmark mengenai cara […]

Featured Wed, 14 Mar 2018

12 Tips Makeup Untuk Wanita Yang Bercermin Mata

Kebanyakan orang yang rabun mesti memilih untuk memakai contact lens daripada pakai cermin mata.

Featured Thu, 14 Jun 2018

5 Cara Ini Mampu Buatkan Kulit Wajah Anda Putih Berseri! Tak Percaya, Cubalah!

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan.

Featured Tue, 14 Apr 2020

Guna istilah popular PKP, koleksi Lebaran Larney tular!

Stay At Home Kebaya atau Lockdown Kurung Kedah, mana satu pilihan hati?

Featured Tue, 5 Nov 2019
Oh Lawa Thu, 24 Jan 2019
Featured Wed, 20 Feb 2019
Oh Lawa Tue, 12 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 31 Jan 2018

Etika Fesyen Yang Perlu Anda Tahu

Pakaian mencerminkan diri seseorang. Secantik mana busana yang digayakan, namun jika tidak mengikut etika fesyen yang digariskan, ia pasti mencacatkan penampilan si pemakai.

error: Content is protected !!