Sihat By: Yanie Baharom August 8, 2018 @ 1:00pm

Tak Suka Minum Susu Dan Makan Ikan Punca Utama Penyakit Riket

Tidak suka minum susu atau makan ikan, antara jenis kesulitan juga permasalahan biasa sering dihadapi ibu bapa dalam melayani kerenah anak-anak.

Akan tetapi, jika kamu menyayangi anak kamu, jangan terlalu menurut cara mereka sebaliknya ada sesetengah hal khususnya untuk kebaikan anda perlu memaksa mereka mengambil pemakanan sihat bagi menghindari penyakit kronik.

Tahukah anda, anak-anak yang tak suka minum susu atau makan ikan, pendek kata kekurangan vitamin D dan kalsium, boleh terdedah pada penyakit rickets atau riket (dalam bahasa Melayu)  iaitu gangguan tulang yang menyebabkan tulang jadi lembut dan mudah patah serta kecacatan!

Oleh itu, penting untuk anda tahu tentang penyakit ini bagi mencegah atau mendapatkan rawatan awal agar kesan jangka panjang pada anak boleh dielak.

Apa itu penyakit riket?

Riket adalah gangguan tulang yang selalu berlaku pada kanak-kanak. Ia menyebabkan tulang menjadi lemah dan cacat.

Penyakit riket ini selalu dikaitkan dengan kekurangan nutrisi. Ia terjadi kerana pengambilan vitamin D yang kurang dan kurang pendedahan pada cahaya matahari.

Riket biasanya dihidapi oleh kanak-kanak, tapi orang dewasa juga boleh mendapat penyakit ini yang dikenali sebagai osteomalacia. Dalam kebanyakan kes, anak telah mengalami kekurangan nutrisi dari peringkat awal kanak-kanak.

Foto: penyakitnyerisendiherbal

Tanda dan simptom penyakit riket adalah seperti berikut:

– anggota badan bayi jadi lembik
– sakit tulang
– tulang lembut
– tulang patah dengan mudah
– pembengkakkan kosokulum, atau tulang belakang pada tulang di antara tulang rusuk dan plat payudara
– alur Harrison, garis melintang di dada di mana diafragma melekap pada tulang rusuk
– paras kalsium dalam darah rendah
– lutut bercantum pada kanak-kanak yang lebih berumur
– tengkorak lebut
– ketinggian dan berat kurang
– kecacatan pada tulang belakang, pelvik atau tengkorak
– kaki bengkok
– kekejangan otot yang tidak terkawal yang boleh menjejaskan seluruh badan
– pergelangan tangan lebar
– Simptom ini adalah mengikut keparahan penyakit

Komplikasi yang boleh berlaku

1. Jika tak dirawat, kanak-kanak yang mengalami riket terdedah pada patah tulang. Orang yang mengalami riket parah dan berlanjutan boleh mengalami kecacatan tulang kekal.

2. Paras kalsium yang rendah dalam darah boleh menyebabkan kekejangan otot, sawan dan kesukaran bernafas.
Kes yang jarang berlaku, riket boleh melemahkan otot jantung.

Penyebab penyakit riket

1.  Kurang vitamin D

Badan memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium dari usus. Cahaya UV dari matahari membantu sel kulit untuk menukarkan vitamin D dari tak aktif ke aktif.

Jika anak tak cukup vitamin D, kalsium tak diserap dengan baik dari makanan yang mereka makan dan menyebabkan paras kalsium dalam darah rendah.

Kekurangan kalsium menyebabkan kecacatan pada tulang dan gigi serta masalah saraf dan otot.

Menambah vitamin D dalam makanan adalah sangat mudah. Ini antara senarai makanan yang kaya dengan vitamin D:

Foto: Swanson Vitamins

– Telur
– Minyak ikan
– Marjerin
– Susu dan jus
– Ikan sardin dan salmon

2.  Genetik

Riket hypophosphatemic adalah kesalahan genetik yang menghalang buah pinggang untuk memproses fosfat dengan betul. Paras fosfat rendah dalam darah menyebabkan tulang lemah dan lembut.

3. Penyakit

Beberapa penyakit buah pinggang, hati dan usus boleh mengganggu cara badan menyerap mineral dan vitamin dan menyebabkan riket. 

Rawatan penyakit riket
Rawatan riket adalah dengan menfokuskan untuk menaikkan pengambilan kalsium, fosfat dan vitamin D pada pesakit.

Ini melibatkan pendedahan kepada cahaya matahari, makan minyak ikan dan ergocalciferol atau cholecalciferol iaitu vitamin D. Pendedahan pada cahaya matahari dan pengambilan kalsium biasanya cukup untuk merawat atau mencegah riket.

Jika penyakit ini dialami kerana masalah genetik, pesakit akan diberikan ubat phosphorus dan hormon aktif vitamin D.

Jika ia disebabkan oleh penyakit seperti buah pinggang, penyakit ini perlu dirawat dan dikawal. Justeru itu, ibu bapa perlu pastikan pemakanan anak tinggi dengan vitamin D dan kalsium.

Pendedahan cahaya matahari juga penting tapi jangan dilakukan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kanser kulit.

Foto: Sunlight Institute

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Sep 2019
Sihat Tue, 20 Nov 2018

Menghindari Diabetes, Satu Daripada 6 Manfaat Berjalan Kaki 15 Minit Selepas Makan!

Berjalan selepas makan cukup hanya 15 minit, akan membuat paras gula darah menurun sebanyak 12 hingga 22 peratus.

Featured Sat, 9 May 2020
Featured Mon, 6 Apr 2020

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

PKP masa sesuai untuk berhenti merokok

Sihat Wed, 19 Sep 2018

Tertelan Gula-Gula Getah Boleh Meragut Nyawa, Itu Berita Mengarut Tapi…

Gula-gula getah hanya sedia dinikmati sekiranya anak anda berusia lima tahun ke atas.

Featured Sat, 25 Apr 2020
Featured Wed, 26 Jun 2019
Sihat Mon, 24 Dec 2018

Ini Yang Wajib Anda Tahu Tentang Penyakit Influenza A (H1N1) Yang Boleh Dijangkiti Oleh Anak

Influenza A (H1N1) merupakan sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit.

Featured Wed, 1 Apr 2020

4 panduan mudah elak bibir menggelupas, merekah

Ambil tindakan segera agar tidak merebak.

Sihat Mon, 21 Oct 2019

Yap Chan Kor, pusat perubatan tradisional untuk sakit kronik

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kronik?