Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin August 11, 2018 @ 9:00am

Denda RM250 Jika Tidak Kibarkan Jalurkan Gemilang?

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi, setiap pemilik premis atau peniaga di Kuantan akan dikenakan denda sebanyak RM250 jika gagal mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang pada 1 Ogos sehingga 16 September depan.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Izad Zainal Muhammad Safian berkata arahan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Pahang telah termaktub dalam terma lesen MPK.

Menurutnya, notis pekeliling tersebut sudah dikeluarkan oleh pihak mereka sejak bulan Julai yang lalu.

Foto: WZWH

“Oleh itu, kami menasihati pemilik premis perniagaan untuk mengibarkan bendera dan perlu memastikan bendera tersebut dalam kedaan baik, tidak koyak atau pudar.

“Kami berharap arahan tersebut diterima oleh peniaga untuk menghidupkan sambutan Hari Kebangsaan ke-61,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, langkah itu juga adalah untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Lagi bagus jika semua negeri pun buat macam ni kan? Barulah bulan kemerdekaan kita tahun ini meriah!

Sumber: NST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 May 2020
Featured Tue, 10 Jan 2023

Nasihat Suami Jangan Aniaya Wanita, Mawar Rashid Harap Raf Yaakob Tak Kahwin Lain

Pelakon cantik, Mawar Rashid memberi pesanan buat suaminya, Raf Yaakob untuk tidak menganiaya perempuan dengan menduakan hati seorang isteri. @mawarashidMacam mana mood para isteri harini?♬ original sound – mawarashid Menerusi perkongsian di TikTok, Mawar memberi […]

Gaya Hidup Mon, 12 Nov 2018

Menurut Kajian, Pelajar Malaysia Paling Hormat Kepada Pengetua Berbanding 35 Negara Lain

Rakyat Malaysia memang mempunyai nilai sahsiah yang baik!

Featured Mon, 9 Mar 2020

Cik Puan Sofie kesayangan rakyat Kelantan!

Sentiasa tampil manis, kelibatnya dinanti.

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

8 Cara Berhadapan Krisis Kewangan

Keadaan ekonomi semasa yang merudum di peringkat dunia sudah tentunya memberi impak kepada semua. Namun, bagaimana caranya untuk kekal tenang berhadapan krisis kewangan ini? Ini caranya: 1) Jangan buang masa Ramai yang sudah tertekan membazirkan […]

Featured Tue, 19 Mar 2019

Bakal pengantin jumpa mesej sedih mendiang ibunya pada tapak kasut kahwinnya

Ibunya tidak sempat untuk bersamanya pada hari bahagia itu.

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

20 Tip Mudah Untuk Hilangkan KG Dalam 10 Hari

Laman web Stylecraze memberikan 20 tip mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba.

Acara Tue, 29 Oct 2019

Kempen Always Be Clean (ABC) tingkat kesedaran kebersihan untuk kanak-kanak

Kerjasama diantara KPJ Ampang Jaya dan Antabax bagi menjayakannya!

Gaya Hidup Sun, 16 Dec 2018

Lihatlah Gambar Majlis Perkahwinan Wanita Dari Keluarga Terkaya Di India, Mewah & Meriah!

Tetamunya terdiri daripada golongan artis Bollywood, Beyoncé dan juga Hilary Clinton!

error: Content is protected !!