Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 19, 2019 @ 9:00am

Bakal pengantin jumpa mesej sedih mendiang ibunya pada tapak kasut kahwinnya

Hanya sebulan selepas Emma Letts bertunang pada 2016, ibunya disahkan menghidap kanser paru-paru. Pada 2017 ibu Emma menghembus nafas terakhirnya sebelum sempat melihat Emma berkahwin.

Begitupun, sebelum pemergiannya ibunya dikatakan telah mengambil inisiatif bagi memastikan yang beliau dapat menemani anaknya pada hari yang penting itu.

Tanpa pengetahuan Emma yang tinggal di Leicester, United Kingdom, ibunya meninggalkan satu mesej rahsia pada tapak kasut kahwinnya sebelum beliau meninggal dunia.

“Wanted you to have a gift from me on your wedding day. Your wedding shoes are my gift to you. Hope you have a magical day. Lots and lots of love and big hugs, Mum xxxx.”

“Ibu mahu kamu terima hadiah daripada ibu pada hari perkahwinanmu. Kasut kahwinmu ialah hadiah daripada ibu kepada kamu. Ibu harap kamu lalui satu hari yang penuh magis. Ibu sangat sayangkan kamu.”

Sedihnya!

Foto: Love and Lace

Tidak lama selepas Emma bertunang dengan Richard, Emma telah menempah sepasang kasut di kedai Lace and Love.

Tetapi pada awal bulan itu, barulah Emma menerima kasut berkenaan sebagai persediaan untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Hanya pada ketika itu, Emma mendapat tahu bahawa ibunya telah membuat bayaran bagi pihaknya dan meninggalkan mesej yang meruntun hati itu. Mesej itu membuatkan Emma menangis!

“Saya langsung tidak tahu mengenai perkara ini, tetapi tunang saya mengetahuinya. Saya sangat terkejut.

“Saya menarik keluar satu kasut itu daripada kotak dan ternampak sebahagian daripada mesej yang tertulis pada tapaknya, tetapi saya tidak dapat mengagak ia daripada siapa,” kata wanita berusia 38 tahun itu, kepada BBC.

Sebaik saja menyedari mesej itu adalah daripada ibunya, beliau menangis dan mengakui terharu dengan keprihatinan ibunya.

“Saya mula menangis. Saya boleh bernafas, saya tidak mampu bercakap,” katanya.

Pada hari-hari terakhirnya, ibu Emma ada menulis surat kepada ahli keluarganya, tetapi malangnya beliau kesuntukan masa sebelum sempat meninggalkan mesej terakhir untuk Emma.

Itu sebabnya mesej pada kasut kahwin Emma itu amat penting dan berharga bagit bakal pengantin itu.

Foto: Love and Lace

Pemilik Lace and Love, Amanda Weise, berkata mereka memang ada menawarkan servis penulisan mesej peribadi pada kasut untuk semua pelanggan.

Mereka boleh menekap tulisan penghantar, tetapi ibu Emma memilih tulisan komputer memandangkan tangannya terketar-ketar.

Amanda menambah yang beliau tidak pernah menulis mesej yang sesedih itu pada sepasang kasut kahwin.

“Walaupun saya telah menghasilkan beratus pasang kasut, sebelum ini saya tidak pernah menghasilkan sepasang kasut dengan mesej yang penuh emosi dan kesedihan.

“Saya pernah membuat kasut untuk pelanggan dengan gambar orang tersayang mereka yang telah meninggal dunia, tetapi bukan hadiah daripada seseorang yang sakit tenat,” katanya.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tiada Penyingkaran, Ada Kena Prank Tukar Pasangan… Couple Mana Yang Diserap Masuk? Jom Recap Episod 6!

Episod keenam Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta 90-an berlangsung pada malam tadi. Episod itu telah menyaksikan persaingan antara empat pasangan iaitu Syafeek & Zazo, Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena serta Pasya […]

Featured Sat, 26 Jul 2025
familuv Tue, 18 Dec 2018

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Pastikan anda membeli buku-buku cerita yang menarik ya!

Featured Fri, 27 Feb 2026

Fazura Puji Que Haidar Lelaki ‘Green Flag’ – “Dia Beradab, Tak Suka Menunjuk & Ada Kualiti Yang Saya Suka”

Fazura sifatkan Que Haidar sebagai seorang lelaki yang ‘green flag’ dan merendah diri.

Gaya Hidup Tue, 12 Jun 2018

4 Trik Kupas Bawang Putih Dengan Cepat. Mana Satu Pilihan Anda?

Trik kupas bawang putih ini mencepatkan lagi tugas anda di dapur.

Eat Travel Mon, 21 May 2018

Nak Belajar Cara Membuat Bubur Lambuk Kampung Baru, Nah Ini Resipinya

Keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan sejak 60 tahun lalu tidak pernah berubah

error: Content is protected !!